Resepi Baked Honey Garlic Chicken Wing ( Pembuka Selera)
Resepi kali ini merupakan satu lagi resepi resipi yang biasanya dihidangkan jadi sebagai hidangan pembuka selera. Honey garlic chicken wing diperbuat daripada kepak ayam dan juga sos manis. Menu ini biasanya ditemui di restoran atau cafe. Namun begitu sebenarnya ia amat mudah untuk disediakan. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan bagi anda yang ingin mencubanya sendiri.
Resepi Honey Garlic Chicken Wing
Bahan utama
- 10 – 12 kepak ayam (dipotong drummet)
- 1 biji telur
- 2 sudu besar tepung jagung
- 4 sudu besar tepung gandum
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu teh lada hitam
Bahan Sos
- 7 sudu kicap manis
- 8 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
- 4 sudu madu
- 7 sudu sos cili
- 5 sudu sos tomato
Kaedah
- Perap kepak ayam bersama tepung jagung, tepung gandum, garam, serbuk cili, dan lada hitam.
- Bakar kepak ayam pada suhu 180c selama 30 minit
- Didihkan kicap manis, bawang putih, madu, sos cili, dan sos tomato.
- Salut ayam goreng bersama sos
- Siap
Bahagian ayam yang selalu digunakan didalam resepi ini ialah kepak ayam. Namun begitu anda juga boleh mengguna bahagian ayam yang lain. Gunakan cara yang sama untuk menikmati rasanya yang sedap. Diharap anda akan sudi mencuba resepi ini bagi hidangan anda seisi keluarga. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.