Resepi Ayam Panggang Lada Hitam (Sedap Ringkas)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi ayam panggang yang lazimnya dijual dikedai atau pasaraya. Ayam panggang lada hitam adalah ayam yang ditambahkan beberapa bahan dan paling lada hitam, kemudian ayam ini diperap beberapa jam sebelum ia dibakar menggunakan oven.

Resepi begini amat sesuai bagi mereka yang sedang berdiet kerana ia mempunyai sedikit minyak sahaja. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini

Resepi Ayam Panggang Lada Hitam (Sedap Ringkas)
Bahan-bahan

  • ½ ekor ayam saiz kecil
  • ½ labu bawang putih – parut
  • 2 inci halia – parut
  • 1 sudu besar lada hitam – tumbuk kasar
  • 2 sudu besar kicap manis/pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • Garam
  • Minyak masak

Kaedah 

  • Mula-mula gaul ayam dgn halia,bawang putih, kicap, lada hitam, sos tiram, madu, dan sedikit garam.
  • Masukkan dalam mangkuk tahan panas/loyang. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
  • Panaskan oven 180C. Curahkan minyak zaitun/butter  ke atas ayam dan bakar selama 1 jam atau sehingga ayam masak. Setiap 20 min jiruskan jus ayam yang keluar ke atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering.
  • Siap

Untuk rasa ayam yang lebih berjus, pastikan anda mencurah atas ayam menggunakan jus ayam yang keluar. Ulang setiap 20 minit agar ia masak garing dluar tetapi berjus didalam. Anda boleh menikmati ayam panggang ini bersama salad sayur dan juga sos ladi hitam. Apapun bagi anda yang tidak pernah mencubanya wajarlah mencuba resepi ini kerana ia bukan sahaja sedap tetapi juga amat mudah. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *