Resepi Avocado Shake Viral Lemak Berkrim Konpom Kenyang

Resepi kali adalah resepi yang telah menjadi viral iaitu sejenis minuman yang sangat mengenyangkan dan penuh dengan krim. Ianya banyak dijual digerai-gerai jalanan namun harganya tidaklah murah kerana harga buah avocado agak mahal. Oleh itu  perkongsian kali ini akan membawa kepada anda cara membuat avocado shake sendiri dirumah kerana ianya amat mudah untuk disediakan, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Isi avocado
  • Susu full cream
  • Susu manis sedikit
  • Ais
  • *anggaran sukatan adalah mengikut kuantiti orang yang menikmatinya.

Kaedah

  • Kisar semua bahan dan sedia untuk dihidangkan.

Avacado adalah sejenis buah yang sangat tinggi lemak sihat oleh itu ia mempunyai rasa berlemak. Untuk memilih avocado untuk dijadikan minuman pilihlah yang berwarna hitam atau coklat pekat. Kalau anda beli yang masih hijau, biarkan beberapa hari diruang dapur hingga ia berwarna gelap. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain