Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Asam Pedas Daging Chef Zam Guna Cube Roll No67

author name

Resepi kali ini ialah resepi asam pedas yang menggunakan daging .Paling sedap dihidangkan sebagai hidangan tengahari ataupun untuk makan malam. Resepi kali ini istimewa kerana ia adalah resepi dari Chef Zam yang sangat popular. Bahan-bahan digunakan terdiri dari rempah ratus yang mudah didapati namun memberi rasa yang sedap dan berbaloi untuk dicuba. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • Daging cube roll ½ kg (bersihkan dan potong sederhana besar)

Bahan-bahan kisar

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
    ½ inci kunyit hidup 
  • ½ tsp biji ketumbar
  • ½ tsp lada hitam
  • ½ tsp halba
  • ½ tsp jintan manis
  • Suku ibu jari belacan

Bahan lain

  • 1 mangkuk kecil cili kisar
  • Daun kesum (saya guna daun limau purut)
  • Bunga kantan
  • 2 tbsp air asam jawa ( anggar sendiri masamnya)
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Tomato
  • Bendi ( saya tak guna)

Kaedah

  • Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar dan biar hingga ia naik minyak.
  • Masukkan daging dan biarkan ia sebati dengan semua bahan.
  • Tambah air dan juga air asam jawa
  • Biar mengelegak dan tambah bunga kantan, garam dan juga serbuk perasa.
  • Akhir sekali masukkan tomato dan juga daun limau purut
  • Biarkan semua bahan mendidih sekali lagi dan tutup api.
  • Siap!

Dalam resepi ini saya menggunakan daging cube roll no 67. Jika anda membeli daging beku anda boleh tengok pada stiker harga yang biasanya memberi tahu daging ini jenis apa. Cube roll ini daging yang mempunyai urat dan juga lemak tetapi ia cepat lembut jadi tak perlu rebus daging terlebih dahulu. Lebih penting harganya juga murah dan mampu dibeli. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.