Resepi Air Longan Teh Chrynsanthemum Viral Bulan Puasa

Resepi kali ini adalah resepi minuman yang dipopularkan oelh Khairul Aming influencer popular yang tidak asing lagi dinegara kita ini. Penyediaan air teh bunga ini sangatlah mudah kerana ia tidak perlu dimasaka sebaliknya ari yang digunakan ialah air teh segera bresama air longan dalam tin. Cuma campuran bahan-bahan ini memberi rasa yang unik dan sedap danoleh kerana ia sangat mudah dan sedap maka say acuba dan setakan disini bahan- baha yang telah digunbakan.

Bahan-bahan

  • 1 tin air longan
  • ½ peket asam boi
  • 1 kotak besar air teh bunga chrysanthemum
  • Limau kasturi
  • Ais secukupnya.

Kaedah

  • Mula-mula tuang semua 1 kotak teh bunga.
  • Tambah pula 1 tin longan bersama airnya
  • Masukkan asam boi dan limau kasturi siap belah dua dan perah jusnya, masukkan sekali kulitnya.
  • Tambah air batu dan bolehlah dihidang
  • Siap!

Kalau anda suka boleh juga tukar longan dengan laici tapi saya lebih suka longan kerana isinya lebih keras dan rangup. Ini adalah soal citarasa tapi bagi anda yang mencari-cari resepi untuk hidangan anda sekeluarga dan ingin keluarga anda boleh mencuba resepi ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain