Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Agar-agar Mangga Susu (Dessert Mudah)

author name

Resepi berikut merupakan sebuah resepi pencuci mulut yang amat mudah disediakan. Agar-agar mangga susu, dimasak menggunakan bahan-bahan yang amat ringkas dan mudah didapati. Amat sesuai anda pengemar pencuci mulut yang sejuk, lemak dan tidak terlalu manis. 

Agar-agar adalah sejenis pencuci mulut yang amat mudah disediakan, berikut adalah bahan dan cara-cara yang diperlukan untuk menyediakan agar-agar ini.

Resepi Agar-agar Mangga Susu

Bahan-bahan

  • 3 biji mangga (ambil isinya dan tinggalkan sikit untuk dijadikan inti)
  • ½ cawan gula 
  • ½ cawan susu cair
  • ½ cawan susu manis
  • 1 sudu teh pewarna kuning 
  • 1 liter air
  • 1 peket serbuk agar-agar
  • Secubit garam

Kaedah

  • Masukkan air dan serbuk agar-agar didalam satu periuk yang sesuai.
  • Kisar semua bahan kecuali air dan serbuk agar-agar.
  • Masukkan bahan yang telah dikisar didalam periuk dan masak.
  • Masak sehingga ia mengelegak.
  • Biarkan sebentar baru tutup api.
  • Tuang didalam acuan yang sesuai.
  • Masukkan baki mangga yang telah dipotong tadi.
  • Sejukkan sebentar sebelum masukkan kedalam peti aias.
  • Siap!

Sebaiknya gunakan mangga yang sudah cukup masak. Pilihlah yang manis kerana ia lebih sedap, namun jika anda gunakan mangga yang sedikit masam. Pastikan anda tambahkan sukatan gula dan susu manis. Diharap anda akan mencuba resepi ini,selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *