Resepi Rendang Udang Galah (Lazat Sangat!)

rendang udang galah

Rendang, selalunya dihidangkan pada musim perayaan. Namun begitu, rendang juga boleh dihidangkan pada makan tengahari. Terdapat pelbagai jenis rendang, antaranya adalah rendang ayam, daging, kerang dan yang paling istimewa dan kami akan bawakan kepada anda semua, resepi rendang udang galah.

Udang galah, siapa sahaja tidak suka kan? Rasanya amat lazat dan penuh, ditambah pula bersama lemak manis rendangnya. Sedap sangat!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Lenna Md Din dan ramai menyukainya di laman Facebook tau! Jom kita tengok!

Resepi Rendang Udang Galah

rendang udang galah
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 15 ekor udang – bersih & toskan
  • 3 btg serai*
  • 2 biji bwg besar*
  • 3 ulas bwg putih”
  • 1 inci halia*
  • 20 biji cili api*
  • 6 tgkai cili kering*
  • 3 helai daun kunyit – hiris ikut suka
  • Setengah sudu mkn srbuk kunyit
  • Setengah kilo santan
  • 1 kpg asam gelugor
  • Garam
  • Perasa – pilihan
  • 2 sd mkn kerisik
  • Setengah cawan air
  • Minyak untuk menumis

Langkah – langkah memasak:

  1. Kisarkan bahan yang bertanda (*)
  2. Tumiskan bahan tersebut sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan kunyit.
  4. Masukkan santan dan air. Kacau sehingga naik minyak.
  5. Masukkan garam, perasa dan asam keping.
  6. Masukkan udang dan daun kunyit.
  7. Kacau sehingga pekat.
  8. Siap!

Resepi yang anda boleh cuba:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *