Resepi Rendang Udang Daun Kunyit (Sangat Sedap)
Resepi ini merupakan sebuah resepi berasaskan rendang. Ia menggunakan bahan asas rendang iaitu cili, bawang, serai dan santan. Bagaimanapun resepi kali ini akan menggunakan udang sebagai bahan utamanya. Rendang lazimnya dimasak lama hingga kering dan mengeluarkan minyaknya sendiri, sebab itu bahan utama yanh digunakan ialah ayam tua atau daging.
Berbeza resepi yang dibawakan kali ini, dimana kita akan menggunakan udang galah, bagi anda yang tertanya-tanya bagaimana ingin buat rendang udang, berikut adalah bahan yang diperlukan.
Resepi Rendang Udang Daun Kunyit
Bahan-bahan
- 300 gm udang galah
- 500 ml santan pekat
- 15 ml minyak
- 5 helai daun kunyit – dihiris halus
- 1 batang serai p- ditumbuk pecah
- Sedikit asam keping
- Garam dan gula secukupnya
Bahan kisar
- 10 tangkai cili kering
- 8 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 5 sm kunyit hidup (serbuk kunyit)
- 3 sm lengkuas (pilihan)
- 2 batang serai
Kaedah
- Kemudian, tumiskan semua bahan kisar hingga pecah minyak.
- Seterusnya, masukkan santan, asam keping, serai, gula dan garam secukup rasa.
- Biarkan hingga mendidih dan sedikit pekat, baru masukkan udang dan daun kunyit yang telah dihiris.
- Teruskan masak sehingga udang masak.
- Siap!
Udang galah dimasak rendang amat sedap, dan untuk memelihara keenakan daging udang ia ditambah hanya selepas kuah menjadi pekat, jadi ia tidak perlu dimasak terlalu lama. Jangan lupa mencuba resepi ini ini, dan kongsikan bersama rakan anda agar ia dapat dimanafaatkan bersama ya. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.