Resepi Putu Mayam Berkuah (Sedap dan Unik!)
Putu Mayam adalah sebuah juadah tradisional kaum India. Walaubagaimanapun, putu mayam berkuah amat terkenal di sekitar pantai timur terutamanya di Kelantan.
Rasa juadah ini amat manis, oleh itu, ianya amat sesuai untuk dijadikan pencuci mulut. Cara pembuatannya tidaklah sukar, jadi sesiapa sahaja boleh menyediakannya!
Resepi ini dikongsikan oleh Ummi Sha di laman Facebook milik beliau. Jom kita tengok!
Resepi Putu Mayam Berkuah
Bahan – bahan:
Putu Mayam:
- 4 keping bihun (rendam dalam air panas 20 minit)
- 4 sudu besar tepung beras
- Pewarna pandan dan keladi
Kuah:
- 2 cawan santan pekat dalam tin/kelapa+ 2 cawan air
- 3 keping gula melaka/nisan
- Daun pandan
Cara penyediaannya:
Putu Mayam:
- Setiap satu keping bihun dicampur pewarna dan digaul dengan satu sudu makan tepung beras.
- Letak dlm acuan dan kukus selama 15minit api sederhana kuat.
Kuah:
- Satu kan semua bahan dalam periuk dan masak sampai mendidih
- Jika anda hendak pekatkan kuah, tambah tepung beras dalam 1 sudu makan
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!