Puding Roti Lapis Oreo
RESEPI PUDING ROTI LAPIS OREO ???
Bahan-bahan:
Bahan A :
8 keping roti putih – siat2
1 tin susu cair
1 cawan air (akak guna susu segar)
1/2 cawan susu manis (150g)
2 biji telur
1 sk esen vanilla
.
Bahan B :
1 peket agar2 serbuk (10-12g)
2 cawan air
1 cawan gula halus
.
Bahan C :
2 sb majerin/mentega
3 sb serbuk koko – diayak
12-15 keping biskut Oreo – patah2kan bersama krimnya sekali
Cara-cara :
1) Masukkan bahan2 A ke dalam blender dan kisar halus dan ketepikan.
.
2) Masak bahan2 B hingga larut dan mendidih lalu campurkan bahan yang dikisar tadi dan masak lagi hingga sebati dan pekat.Masukkan majerin/mentega, kacau dan matikan api.
.
3) Ambil 2/3 adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan kacau sebati. 1/3 bahagian lagi dibiarkan putih.
.
4) Basahkan loyang, tuang 1/2 bahagian adunan koko dan ratakan, masukkan ke dalam freezer utk 2-3 min.
.
5) Keluarkan loyang lalu tuangkan separuh adunan puding putih ke atas lapisan koko,taburkan biskut oreo dan tuang lebihan adunan putih menutupi biskut oreo tadi.Masukkan lagi loyang ke dalam freezer untuk 2-3 min lagi.
.
6) Keluarkan loyang semula dan tuang lebihan adunan koko dan ratakan.Simpan dalam peti ais bahagian pendingin/chiller untuk didinginkan.
Potong puding sesuai selera untuk disajikan.
~ Selamat Mencuba ~
FB | Share Supaya Tak Hilang
Sila Comment “Mohon Share” dan tekan Share supaya fanpage lebih aktif di News Feed. Tq
Sumber : Chef Fazalina
nak lagi resepi ? jom like Resepi Sedap