Kastard merupakan hidangan pencuci mulut yang berasaskan krim atau susu dengan kuning telur. Kastard memberikan rasa manis dan berlemak, amat sesuai dihidangkan bersama puding. Kali ini, kami bawakan resepi puding kastad jagung yang amat sedap, lazat dan menyelerakan. Sesuai untuk dihidangkan buat seisi keluarga.
Puding Kastard Jagung yang kami bawakan hari ini mempunyai bahan yang mudah untuk didapati. Ini kerana, bahan – bahannya boleh didapati hanya di pasaraya berdekatan anda. Buat pencinta jagung, pasti anda akan menyukai puding kastard jagung yang membawa rasa jagung yang lebih kuat serta tekstur jagung apabila anda menjamahnya.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Haliza Zainol dan mendapat banyak perkongsian dan tanda suka di laman Facebook milik beliau. Mari kita lihat resepi ini!
Resepi Puding Kastad Jagung
Bahan – bahan:
Puding Jagung:
- 1 cawan tepung custard
- 5 cawan air
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan gula
- Secubit garam
- Sedikit esen vanilla
- Jagung
Kuah Kastad:
- 1 tin susu cair
- 2 cawan air
- Sedikit garam
- 6 sudu besar gula
- sedikit esen vanilla
- 2 sudu besar tepung custard
Cara – cara memasak:
Puding Jagung:
- Campurkan kesemua bahan kecuali jagung dan kacau supaya larut.
- Tapiskan ke dalam periuk dan masak di atas api sehingga pekat.
- Masukkan jagung dan kacau sehingga mendidih.
- Letakkan ke dalam acuan dan tunggu ianya mengeras.
- Simpan ke dalam peti.
Kuah kastad:
- Campur kesemua bahan dan masak atas api sehingga mendidih.
- Apabila kuah sedikit pekat, curahkan di atas puding tadi.
- Sejukkan dulu dan hidang semasa sudah sejuk!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!
Leave a Reply