Pudding Manggo Bingsoo
Pudding Manggo Bingsoo ….resepi ni sy reka sendiri hasil dr sy beli pudding ni..Lepas makan, sy agak2 bahan yg ada dalam puding tu. Maka berexperiment sy untuk mendapatkan resepi seperti rasa yg sy beli puding itu…alhamdulillah experiment resepi sy menjadi dan lebih menepati citarasa sy dari yg sy beli tu …. terasa makan mangga gitu dengan lembut masuk ke dalam tekak …..
Ini resepinya…sy kongsi untuk semua …
*****************************
Puding Manggo Bingsoo
Bahan A : Lapisan Bawah – Putih
750ml susu full cream anchor
250ml whipping cream
11 gm serbuk agar-agar
130gm gula ( nak manis lebih kan-rasakan ikut citarasa sendiri)
Cara:
1) Masak susu,agar-agar dan gula hingga mendidih
2) Bila mendidih tutup api dan masukkan whipping cream ..kacau rata.
3) Masukkan dalam loyang 10X10X3 .
4) Biarkan hingga beku
Bahan B : Lapis Mangga
1000ml susu Full cream
10gm serbuk agar-agar
130gm gula ( nak manis lebih kan-rasakan ikut citarasa sendiri)
1 ½ sudu teh tepung hoon kwe (putih)
1 biji telur
2 biji mangga masak ( 1 biji blender dgn susu, 1 dipotong memanjang)
Cara-cara
1) Kupas mangga dan hiris kecil-kecil memanjang untuk hiasan terlebih dahulu
2) Lebih mangga itu diblend dgn susu
3) Lepas tu sukat ..pastikan campuran susu + blend mangga tadi dapat 1000 ml (WAJIB 1000 ml)
4) Saya tidak guna paste mangga dan pewarna kuning sebab sudah cukup rasa mangga yang digunakan (hampir sebiji utk blend tadi)
5) Campurkan serbuk agar-agar, gula, telur dan tepung hoon kwe kedalam adunan blend susu + mangga tadi
6) Masak semua bahan tadi hingga mendidih.
7) Tuang ke atas lapisan A. Cakar dengan garpu lapisan A sebelum dituang lapisan B ini.
8) Biarkan beku
Bahan C : Atas sekali – Lapisan Jernih
500 ml air
6 gm serbuk agar-agar
60 gm gula ( nak manis lebih kan-rasakan ikut citarasa sendiri)
Mangga yang kita hiris panjang2 tadi utk hiasan
Cara – cara
1) Masak semua bahan-bahan hingga mendidih
2) Tuangkan ke atas lapisan B ..cakar dahulu bahagian B tu agar melekat bahagian C ni
3) Tabur dgn mangga yang kita hiris tadi.
4) Sejukkan . Sedap dimakan sejuk2.
Selamat Mencuba
Ikhlas dari saya: MrsNor Wahid
Kredit resepi kepada MrsNor Wahid via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)