Pau gebu

seharian mengepau hari ni….
1 kilo dapat 57 biji
Doh yg dh siap di uli timbang dahulu dpt 1727 gram √∑ 30 gram = 57 pcs

Resepi pau gebu tanpa shortening
Pemilik resepi Iza lan
Sumber dari fb noyYullan
Di cube oleh Jalilah JJ

[Bahan A] 1/2 cawan minyak masak
2 1/4 cawan air (2 cawan + 1/4 cawan. Bukan 21 cawan)
3 sudu kecil yis (sebungkus=11gm)
2 sudu besar gula
1 biji telur .
?
[Bahan B] 1kg tepung pau
1 sudu kecil baking pawder
2 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil garam .
?
[Cara-Cara] (1) Bancuh bahan A. Biar berbuih sekitar 10 hingga 15 minit. Kalau tak berbuih maknanya yis mati. Kena bancuh lain dengan yis baru. (2) Ayak tepung gandum, baking powder dan susu tepung. Masukkan garam. Gaul. (3) Masukkan bahan A ke dalam bekas tepung. Uli hingga tidak melekat di tangan. (4) Bulatkan, letak dalam bekas yang disapu minyak, tutup permukaan bekas dengan plastic wrap, dan perap sekitar 5 minit. (5) Timbang doh 35gm. Leperkan dan masukkan inti kegemaran. Kemaskan.
Sapu minyak pada alas pau. (Saya guna papercup, leperkan papercup, dan sapu minyak). Letak pau di tengah alas pau.
Biar naik sekali lagi sekitar 10 minit (kalau cuaca panas lagi cepat doh naik). (6) Pastikan air kukusan dah mendidih baru kukus pau sekitar 7 minit. .
?
?
[Tip] .
?Jangan kukus terlalu lama. Nanti pau berkedut. Once kita mengukus, terus buat timer 6-7 minit. ?Masa pau masak, angkat pengukus tanpa membuka penutup terlebih dahulu (yang ada air kukusan tu bior le. Jgn diangkat sekali). Lepas tu sengetkan penutup supaya air tak menitis atas pau.
?
?
#ResipiNoyYullan
#Pau #Poa #SteamBuns

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *