Otak-otak

Dah buat otak-otak dua kali.

Alhamdulillah tak mengecewakan.

Resepi otak-otak.
Setengah kilo ikan tengiri/kembung/sardin
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 sudu ketumbar
3 batang serai
3 biji buah keras
3 sudu cili kering/serbuk cili
1 cawan santan
1/2 cawan tepung jagung
Sedikit lada hitam

Kisar semua bahan2 kecuali tepung jagung.
Mula-mula,kisar/tumbuk isi ikan tadi. Asingkan.
Panaskan minyak. Tumis semua bahan2 yg dikisar sampai naik bau..
Masukkan tepung jagung yg dah dibancuh dgn santan.. Kacau sampai pekat.. Sejukkan.. Kemudian masukkan isi ikan.. Gaul rata..tambah garam,serbuk perasa dan gula.
Boleh balut dalam daun kelapa atau daun pisang..kemudian bakar sampai masak.. Siap.

Kredit resepi kepada ‎Murni Rahmat‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *