Resepi Mini Murtabak Versi Paling Easy!
Murtabak, sebuah juadah yang digemari ramai. Selalunya, murtabak boleh didapati di pasar malam, ataupun di bazar ramadhan. Walaubagaimanapun, tahukah anda yang anda juga boleh menyediakan juadah ini sendiri? Sebenarnya, terdapar cara yang lebih ringkas untuk anda menyediakan murtabak ini tau!
Kali ini kami bawakan resepi mini murtabak yang lebih mudah untuk disediakan akan tetapi masih memberi keenakan yang sama seperti yang anda beli di kedai. Resepi ini menggunakan kulit popia sahaja tau, lebih mudah untuk didapati di pasaraya dan tidak renyah. Kalau anda hidangkan juadah ini kepada tetamu anda, pasti mereka suka!
Resepi ini dikongsikan oleh Sarina Md Nayan dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat reepi mini murtabak ini!
Resepi Mini Murtabak
Bahan – bahan:
- Baki lebihan kari ayam atau daging sebanyak 1 mangkuk.
Bahan lain:
- Kulit popia secukupnya
- 6 – 8 biji telur – dipukul terlebih dahulu
- Bawang besar – didadu
- Cili merah – hiris nipis
- Daun sup – dipotong 1/2 inci
- Daun bawang – dipotong 1/2 inci
Cara – cara memasak:
- Campurkan semua bahan di dalam lebihan kari ayam tadi. Gaul hingga sebati. Rasa masin dan manisnya.
- Sendukkan inti ke atas kulit popia. Letak atas pinggan supaya inti tak meleleh keluar.
- Lipat bentuk segi empat. Sapukan air di penghujung kulit popia supaya tidak terbuka apabila di goreng nanti.
- Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak. Goreng hingga kuning keperangan.
- Sedia dihidangkan bersama sos cili.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.