Lemang Tanpa Buluh

Alhamdulillah…menjadi LEMANG TANPA BULUH kita…lembut je kejadiannya. Saya guna acuan botol plastik sebagai pengganti buluh untuk dapatkan bentuk lemang (bukan bakar dlm botol plastik tu yea ?). Lepas ni bila2 masa pon boleh buat sendiri?

1. Masak pulut mcm biasa guna santan (tambahkan sedikit minyak ketika memasak pulut supaya mudah dikeluarkan dari acuan)
2. Setelah pulut suam isikan separuh acuan kemudian tutup dgn plastik dan padatkan (saya tekan2 guna penumbuk lesung ?)
3. Isikan lagi sehingga penuh dan padatkan lagi
4. Guncang2 acuan untuk keluarkan lemang
5. Letak lemang atas daun pisang yg sudah dilayurkan kemudian gulung
6. Kukus lemang selama 5 mnt
7. Setelah dikukus boleh juga digrill atau bakar dlm oven sekejap. Siap.

Kredit : Lovely Kitchen via Eka Zahra #MAHN

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *