Resepi Kung Pao Chicken (Variasi Masakan Ayam)

kung pao chicken

Sudah ketandusan idea untuk masak apa menggunakan ayam? Resepi ini sangatlah sesuai untuk anda. Resepi kung pao chicken ini pasti dapat memberi kelainan pada masakan anda.

Kung pao chicken sesuai untuk dihidangkan bersama dengan nasi putih. Jika nasi putih panas, pasti lebih enak di makan bersama dengan lauk ini.

Resepi kung pao chicken ini telah dikongsikan oleh Ungku Elaine di laman sosial Facebook miliknya. Pasti anda sudah tidak sabar bukan? Mari kita lihat bahan-bahan dan cara penyediannya!

Resepi Kung Pao Chicken

kung pao chicken
image via Facebook

Bahan – bahannya:

  • Isi ayam dadu kecil-kecil

Sauce:

  • 2 bawang holland kuning
  • Halia hiris halus
  • 4 bawand putih (diketuk)
  • 6 cili kering (potong-potong dan rendam air dan tos)
  • Daun bawang
  • Cili bangla (potong cube)
  • Cashew nut goreng
  • White pepper

Cara – cara penyediannya:

  1. Goreng ayam dengan minyak dan ketepikan.
  2. Goreng cashew nut dan cili kering  dan ketepikan.
  3. Goreng dan tumis halia, bawang putih, bawang besar dengan sedikit minyak.
  4. Masukan sos tiram, kicap manis Tamin, gula dan sedikit garam.
  5. Masukan ayam, cili bangla, cashew nut dan kacau sebati. Kemudian, masukkan white pepper.
  6. Tabur daun bawang dan siap untuk dihidangkan.

p/s: Jika mahu pekatkan kuah boleh tambah tepung jagung.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *