Resepi Kuih Keramat Terengganu (Sedap dan Menyelerakan!)
Kuih Keramat Terengganu merupakan kuih yang menyerupai cakoi. Akan tetapi ianya lebih manis, lebih padat dan berisi berbanding dengan cakoi yang lebih ringan dan kosong. Kuih keramat biasanya dimakan begitu sahaja tau!
Kali ini kami bawakan resepi kuih keramat Terengganu ini khas buat anda semua. Ianya tidak sukar untuk disediakan. Malahan, bahan pembuatannya boleh didapati di pasaraya berdekatan.
Resepi ini dikongsikan oleh Puah Norimah Rahman dan mendapat banyak perkongsian di Facebook beliau. Jom lihat!
Resepi Kuih Keramat Terengganu
Bahan – bahan:
- 1/2 kg tepung gandum
- 1/2 paket mauripan
- 3 sudu gula
- 1 sudu besar marjerin
- 2 sudu susu pekat/susu cair/susu tepung
- 1 biji telur
- Secubit garam
- Air suam secukupnya
Cara – cara memasak:
- Gaulkan semua bahan – bahan diatas kecuali air.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh seperti donat.
- Rehatkan sebentar selama lebih kurang 30 minit.
- Sapukan tangan dengan sedikit minyak, ambil sedikit adunan dan tarik memanjang.
- Terus goreng dalam minyak yang sedang panas.
- Gorengkan dengan api yang sederhana sehingga perang keemasan.
- Siap!
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!