Koleksi 10 Resepi Pencuci Mulut Tanpa Oven Sekali Buat Mesti Semua Suka
Pencuci mulut merupakan sejenis hidangan yang lazimnya dihidangkan selepas hidangan berat. Biasanya pencuci mulut adalah hidangan manis ata savori yang dimasak menggunakan pelbagai jenis teknik, kemudian ia dihias dengan begitu menarik sebagai salah satu cara menaikkan selera.
Kali ini kami akan kongsikan kepada anda 10 resepi pencuci mulut yang tidak menggunakan oven. Teknik masakan yang digunakan di dalam resepi-resepi ini kebanyakannya ialah seperti mereneh,mengukus malah ada juga resepi yang tidak memerlukan sebarang teknik masakan kerana ia menggunakan bahan lain seperti gelatin yang digunakan di dalam penyediaan mousse. Bagi anda yang tidak punya oven tetapi ingin mencari idea dan ilham untuk menyediakan masakan pencuci mulut yang sedap. Berikut adalah 10 resepi yang telah dicuba dan ternyata menjadi yang boleh anda jadikan inspirasi jom kita lihat!
1) Resepi Agar-agar Mangga Susu
Resepi agar-agar ini merupakan resepi yang paling mudah untuk menyediakan pencuci mulut tanpa menggunakan oven. Ia menggunakan serbuk agar-agar dan dia menggunakan teknik mereneh sehingga mengelegak kemudian sejukkan sebelum dihidangkan, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan
Bahan-bahan
- 3 biji mangga (ambil isinya dan tinggalkan sikit untuk dijadikan inti)
- ½ cawan gula
- ½ cawan susu cair
- ½ cawan susu manis
- 1 sudu teh pewarna kuning
- 1 liter air
- 1 peket serbuk agar-agar
- Secubit garam
Kaedah
- Masukkan air dan serbuk agar-agar didalam satu periuk yang sesuai.
- Kisar semua bahan kecuali air dan serbuk agar-agar.
- Masukkan bahan yang telah dikisar didalam periuk dan masak.
- Masak sehingga ia mengelegak.
- Biarkan sebentar baru tutup api.
- Tuang didalam acuan yang sesuai.
- Masukkan baki mangga yang telah dipotong tadi.
- Sejukkan sebentar sebelum masukkan kedalam peti aias.
- Siap!
2) Resepi Mousse Strawberry Coklat
Resepi ini adalah sejenis resepi pencuci mulut yang menggunakan gelatin dalam penyediaannya. Menggunakan gelatin tidak memerlukan sebarang teknik masakan namun begitu anda perlu pandai mencairkan gelatin.cara tinggi dalam bahan-bahan. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan
Bahan-bahan
- Kek span coklat yang dipotong mengikut saiz bekas mousse. Atau anda boleh guna biskut digestive juga.
- 125g cream cheese
- 80g gula castor
- Pukul kedua bahan ini sehingga sebati dan gebu.
- 150g strawberi segar
- 2 atau 3 sudu besar gula castor
- 1 sudu teh jus lemon/limau
- Masak diatas dapur lebih awal dan sejukkan dahulu sebelum guna.
- 150g krim putar (pukul sampai pekat)
- 1 sudu besar gelatin + 30ml air ( double boil sampai jernih)
- Campurkan kedua bahan ini dengan mengguna teknik kaup balik..
- Kaup balik bahan B dengan A,kemudian apabila telah sebati tambahkan bahan C. Gaul ketiga-tiga bahan hingga sebati. Sejukkan didalam petiais selama 30 minit.
- 150g coklat gelap jenis butang (button dark chocolate)
- Susu Cair 70g
- 1 sudu besar butter
- Cairkan coklat dengan teknik double boil.Kemudian tambahkan susu cair dan butter. Jika masih ada ketulan butter yang belum cair, double boil semula hingga semua bahagian benar-benar cair.
- Kaedah menghias.
- Mulakan dengan dasar mousse tadi, tambahkan mousse ratakan semuanya dengan cara menghentak ia. Biarkan ia set lebih kurang 30min. Kemudian curah ganache coklat tadi,sebelum meletakkan buah strawberi sebagai hiasan.
3) Resepi Kek Batik Oreo
Resepi seterusnya ini ialah perkongsian dari Ida Suzana yang menggunakan biskut Oreo ke atas kek batik menjadikan kek batik ini jadi lain dan lebih menarik. Oleh kerana kek batik telah melalui pelbagai inovasi dan telah diubah suai mengikut selera anda haruslah mencuba sendiri resepi ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Imej via Facebook
Bahan-bahan :
- 1 ketul buttercup (250 g)*,
- 2 cawan serbuk milo/vico* saya guna vico,
- 3 sudu serbuk koko *,
- ½ tin susu pekat *,
- Sepaket biskut marie,
- Sepaket biskut Oreo,
- 1 sudu kecil Esen vanilla *.
Cara-cara :
- Panaskan kuali, masukkan butter dan cairkan.
- Masukkan semua bahan bertanda*.
- Kemudian patahkan biskut marie dan campurkan adunan coklat bersama biskut. Ratakan dalam Loyang.
- Atas sekali susun biskut Oreo.
- Kemudian sejukkan dan masukkan dalam peti ais.
- Potong dan hidangkan.
4) Resepi Mango Panna Cotta
Seterusnya ialah resepi yang telah dikongsikan oleh Suzanna Raman dan mendapat banyak perkongsian dan likes di media sosial. Ianya sama seperti mousse kerana ia menggunakan gelatin didalam bahannya dan tidak menggunakan sebarang teknik membakar atau mengukus, bahan-bahan seperti pati mangga boleh dibeli siap dikedai yang membekal barang bakeri. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan
image via Facebook
Bahan – bahan:
- 400ml susu segar
- 200ml diary whipping cream
- 50gm gula castor
- 2 sdb gelatin
- 4 sdb air masak
- 1 biji mangga masak
- 1 sdb gula caster
- 1/2 sk jus lemon
(Kisarkan kesemua sehingga halus dan ketepikan)
Cara – cara memasak:
- Larutkan gelatin dengan 4 sdb besar air suam
- Panaskan susu, krim serta gula. Masak hingga gula larut dengan api perlahan
- Padamkan api masukkan gelatin. Kacau sebati
- Tuang dalam bekas yang anda suka. Simpan dalam peti sejuk selama 3 jam bagi set
- Setelah set keluarkan dari petisejuk dan sudukan puri mangga atas panna cotta
- Simpan semula dalam fridge bagi sejuk. Sedap dimakan sejuk – sejuk.
5) Resepi Agar-agar Santan
Resepi berikut merupakan perkongsian oleh Norradiela Afiq di laman media sosial beliau dan mendapat banyak shares serta likes. Ia merupakan sejenis pencuci mulut yang sangat terkenal dikalangan masyarkat kita dan sangat digemari. Pencuci mulut ini menggunakan serbuk agar-agar dan ia perlulah di masak sehingga mendidih supaya agar-agar ‘set’ apabila disejukkan dan berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
image via Facebook
Bahan – bahan:
- 10-12 gram agar-agar (saya gunakan agar-agar bertali)
- 1 cawan santan pekat
- 1 cawan santan cair
- 1 biji telur
- 3 1/2 cawan air
- 1 1/4 cawan gula (kurangkan sedikit jika tak suka manis)
- 1/2 sudu kecil garam
- 2-3 helai daun pandan
- Beberapa titik pewarna hijau
- Beberapa titik perasa pandan
Cara – cara memasak:
- Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air.
- Jika gunakan agar-agar serbuk, terus tuangkan sahaja.
- Masak sehingga mendidih dan agar-agar larut.
- Masukkan gula, daun pandan, perasa pandan, pewarna hijau, garam dan santan cair.
- Masak sehingga sebati.
- Pukul sedikit telur bersama santan.
- Saya tapiskan supaya tiada ketulan apabila masak nanti.
- Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih selama beberapa minit.
- Tuang ke dalam loyang dan sejukkan
7) Resepi Aiskrim Yogurt
Seterusnya ialah resepi pencuci mulut yang telah dikongsikan oleh Auni Hanani dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Ianya sangat mudah untuk disediakan dan ia menggunakan krim putar dan juga yogurt. Pencuci mulut ini tidak melibatkan teknik membakar sebaliknya ianya hanya perlu dibekukan sebelum dihidangkan, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
image via Facebook
Bahan – bahan:
- 1 cawan non diary whipping cream
- 1/2 cawan susu cair / fresh milk
- 1 sb ovellate
- 1/2 cawan susu pekat
- 2 cawan yogurt (asli/plain)
- Filling yg disukai
Cara – cara memasak:
- Satukan whipping cream, susu air/fresh milk dan ovellate.
- Putar hingga gebu.
- Masukkan susu pekat dan yogurt.
- Putar lagi sampai adunan naik dua kali ganda.
- Gunakan sudu, masukkan adunan aiskrim ke dalam cawan.
- Kemudian, sudukan filling yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Kemudian, masukkan semula aiskrim. Buat selang-seli.
- Akhir sekali, letak filling. Masukkan ke dalam freezer.
7) Resepi Tiramisu
Resepi berikut merupakan resepi cuci mulut yang berasal daripada Itali. Ia adalah sejenis pencuci mulut yang menggunakan sejenis biskut iaitu lady finger bersama keju dan juga krim. Walaupun kosnya agak tinggi namun begitu ianya amat berbaloi kerana mudah untuk disediakan, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan
Bahan-bahan
- 12 batang biskut lady finger
- 1 cawan kopi yang baru dibrew (sejukkan dahulu)
- 2 biji kuning telur
- ½ cawan gula halus
- Mascapone cheese/cream cheese 150 g
- Esen vanila 1 sudu teh
- 1 cawan krim putar
- Cari bekas yg sesuai anggaran saiz 6”. Asingkan
- Masukkan bahan A dalam bekas tahan panas,double boil sambil dikacau dengan hand whisk..
- Kacau hingga gula larut sepenuhnya. Ketepi dan biarkan ia sejuk.
- Masukkan cheese didalam mangkuk pengadun dan pukul hingga cheese lembut dan sekata, tambahkan esen vanila dan biarkan semuanya sebati.
- Tambahkan bahan B ini ke bahan A iaitu custard tadi. Kacau menggunakan hand whisk.
- Kemudian pukul krim putar hingga gebu, jangan lebih pukul kerana krim dan minyaknya akan berpisah.
- Akhir sekali kaup balik bahan C ini dengan bancuhan custard tadi.
- Untuk menyediakan tiramisu yang sedap,mula-mula celupkan lady finger kedalam kopi dan susunkan didalam bekas yang dipilih tadi. Ini perlu dilakukan segera kerana biskut lady fingers sangat mudah pecah bila terkena air.
- Susunkan lady finger hingga memenuhi dasar bekas tadi. Lapiskan dengan separuh dari adunan cheese custard tadi. Taburkan koko. Ulang untuk lapisan kedua.
- Akhir sekali tabur koko dipermukaan paling atas tadi.
- Simpan dalam petiais sekurang-kurangnya 12jam.
- Sedia dinikmati sekarang.
8) Resepi Kek Keju Tanpa Bakar
Seterusnya adalah resepi kek keju yang tidak perlu dibakar sebaliknya ia menggunakan gelatin sayur yang sangat mudah ditemui. Selain dari itu bahan seperti cream cheese atau mascarpone digunakan bersama kepingan biskut yang dihancur yang dugunakan sebagai dasar kek, berikut adalah cara-cara untuk menyediakan pencuci mulut ini.
Bahan-bahan
- 3-4 keping biskut digestive
- 50g butter cair
- 250g cream cheese
- 60g gula castor
- 1 sudu besar lemon jus (pilihan)
- 140ml yogurt asli
- 1 ½ sudu besar gelatin
- 50 ml air panas
- 150 ml krim putar (putar hingga gebu)
- Untuk dasar,kisar biskut digestive dan tambahkan dengan butter cair hingga ia boleh dikepal. Ratakan ia didalam loyang bersaiz 7”. Sejukkan didalam peti ais.
- Untuk bahagian inti, mula-mula rendam bahan B dahulu iaitu gelatin dan air panas,kemudian ‘double boil’ ia hingga ia menjadi jernih.
- Mula pukul bahan A, masukkan bahannya satu persatu hingga sebati. Masukkan bahan B yang telah jernih tadi. Akhir sekali masukkan krim putar yang telah dipukul tadi.
- Kaup balik semua bahan hingga gebu dan sebati.
- Tuangkan adunan ini kedalam loyang yang telah diisi dasarnya tadi.
- Sejukkan didalam petiais selama sekurang-kurangnya 6 jam.
9) Resepi Oreo Chocolate Mousse
Resepi berikut adalah satu lagi resepi pencuci mulut yang tidak menggunakan teknik membakar. Sebaliknya ia menggunakan gelatin dan cara untuk menyediakan masakan ini juga tidak memerlukan sebarang teknik memasak. Namun begitu ia memerlukan masa untuk ‘set’ didalam petiais sebelum dihidangkan. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan dasar
- Biskut Oreo ambil separuh dari bungkusan .(asingkan inti dan biskutnya)
- Mentega cair secukupnyer.
- Kisar halus biskut dan campurkan dgn butter cair tadi. Gaulkan keduanya sehingga boleh dikepal. Ratakan didalam bekas mousse.
- Cream cheese 250g
- 100g gula
- 1 biji telur
- 200ml krim putar
- Pukul cream cheese dan gula sampai sebati
- Masukkan telur
- Masukkan krim putar
- Akhir sekali masukkan baki oreo tadi tapi patah-patahkan dulu.
- Tuang dalam bekas mousse tadi, biarkan dalm petiais 30 min.
- 100g coklat gelap (cairkan secara double boil)
- 1biji kuning telur (pukul sikit)
- 1 sudu teh butter
- 1 sudu besar gelatin + 30ml air panas (double boil sampai jernih)
- 1 biji putih telor + 30gm gula kastor (pukul kembang,putih dan kaku)
- 100g krim putar (pukul pekat)
- Campurkan bahan A iaitu kuning telur dan butter ke coklat yg telah cair tadi
- Kemudian masukkan bahan B. Kacau sebati.
- Seterusnya masukan bahan C dengan cara kaup balik.
- Akhir sekali akhir kaup balik krim putar yang telah dipukul terlebih dahulu.
- Isikan mousse ini kedalam bekas yang telah diisi cream cheese tadi. Biarkan beberapa jam dalam peti ais hingga ia set. Kemudian hiaskan dgn fresh cream dan oreo.
10) Resepi Durian Crepe
Resepi terakhir didalam koleksi ini merupakan resepi yang pernah menjadi viral sebelum ini. Ia adalah sejenis masakan yang mengguanakan kulit dadar dan kemudian digulung bersama krim dan juga isi durian. Ia amat digemari dan cara membuatnya juga amat mudah, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan kulit
- 40g tepung gandum
- 40g tepung ubi
- 20g tepung jagung
- 20g tepung kastard
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu besar minyak masak
- 130ml susu cair
- 50ml air (bergantung pda kepekatan tidak terlalu cair n tidak terlalu pekat)
- 1 biji telur
- secubit garam
- pewarna kuning
- Mula ayak semua bahan kering dahulu.
- Masukkan bahan basah satu persatu mula dari esen vanila sambil kacau, akhir sekali masukkan air sedikit demi sedikit agar ia tidak terlalu cair.
- Tapis sebelum guna.
- Untuk mengoreng pula, mula-mula panaskan kuali tidak melekat (non -stick pan) apabila telah panas, gris sedikit minyak masak menggunakan minyak masak.
- Dengan guna senduk kecil tuang bancuhan,kemudian gerakkan kuali dan buat satu pusingan agar bancuhan tersebut meliputi semua bahagian kuali.
- Guna api kecil sahaja
- Tunggu ia mengelembung sedikit, angkat terus tidak perlu terbalikkan ia.
- Buat sehingga habis semua adunan.
- 1-2 cawan fresh cream
- Isi durian secukupnya (anggaran 5 ulas)
- Pukul krim sehingga ia kaku, ketepikan.
- Asing isi durian dari bijinya.
- Ambil sekeping kulit durian crepe.
- Menggunakan bahagian kasarnya, masukkan sesudu krim dan masukkan isi durian mengikut selera anda.
- Ulang sehingga habis.
- Masukkan dalam petiais sebelum dihidangkan.
Itulah dia 10 resepi pencuci mulut yang boleh anda cuba sendiri sebagai hidangan anda sekeluarga, malah ada ada juga resepi-resepi ini yang boleh dijadikan sumber pendapatan. Gunakan teknik yang betul dan juga peralatan yang betul bagi menghasilkan pencuci mulut yang sedap walaupun tanpa mempunyai oven, selamat mencuba!
Koleksi Resepi Menarik Lain
Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi yang boleh menjadi inpirasa dan memberi idea kepada anda. Diharap anda jangan lupa mencuba dan like dan share juga agar memberi manafaat pada orang lain.