Koleksi 25 Resepi Dessert Paling Sedap
Koleksi kali ini merupakan himpunan resepi dessert atau dalam bahasa melayu pencuci mulut. Pencuci mulut adalah sejenis makanan yang dijamu selepas hidangan utama. Ia mempunyai beberapa kategori, contohnya buah-buahaan sebagai pilihan sihat.
Manakala makanan berasaskan pastri seperti kek atau tart pula pilihan yang paling popular. Begitu juga pencuci mulut mempunyai pelbagai pilihan mengikut negeri-negeri. Tahukah anda kenapa namanya pencuci mulut? Ini kerana ia biasanya bertujuan melengkapkan hidangan makan utama agar anda tidak terasa ‘craving’ selepas makan.
Baiklah, bagi anda yang mencari-cari idea untuk mencuvyresepi pencuci mulit kali ini, bolehlah merujuk ke senarai berikut dimana kami himpunkan 25 resepi pencuci mulut dari pelbagai kategori. Jom kita lihat!
1) Resepi Agar – Agar Santan
Resepi ini telah dikongsikan oleh Norradiela Afiq di laman media sosial beliau dan mendapat banyak shares serta likes. Resepi ini merupakan antara resepj yang paling lama digunakan. Agar-agar santan diperbuat agar tali yang boleh didapati di kedai runcit dan juga santan. Anda boleh menggunakan santan kotak kerana ia lebih mudah. Amat sedap dinikmati ketika sejuk, berikut adalah bahan-bahannya
Bahan – bahan:
- 10-12 gram agar-agar (saya gunakan agar-agar bertali)
- 1 cawan santan pekat
- 1 cawan santan cair
- 1 biji telur
- 3 1/2 cawan air
- 1 1/4 cawan gula (kurangkan sedikit jika tak suka manis)
- 1/2 sudu kecil garam
- 2-3 helai daun pandan
- Beberapa titik pewarna hijau
- Beberapa titik perasa pandan
Cara – cara memasak:
- Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air.
- Jika gunakan agar-agar serbuk, terus tuangkan sahaja.
- Masak sehingga mendidih dan agar-agar larut.
- Masukkan gula, daun pandan, perasa pandan, pewarna hijau, garam dan santan cair.
- Masak sehingga sebati.
- Pukul sedikit telur bersama santan.
- Saya tapiskan supaya tiada ketulan apabila masak nanti.
- Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih selama beberapa minit.
- Tuang ke dalam loyang dan sejukkan
2) Resepi Taufu Fa Pandan Express
Resepi seterusnya ialah resepi taufu fa. Taufu fa amat mudah ditemui dipasar alama atau gerai yang menjual air soya. Ini kerana ia diperbuat dari bahan yang sama iaitu kacang soya. Namun resepi yang dikongsi oleh Norhamidah Abdul Hamid ialah resepi taufu fa express. Dikatakan express kerana cara membuatnya yang sangat senang dan pantas. Berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan :
- 8 gram agar agar tali,
- 2 liter air kotak kacang soya,
- 1 cawan air,
- Sehelai daun pandan,
- 2 cawan air ditambah 1 cawan gula@gula merah jadikan air gula.
Cara-cara :
- Masak agar agar bersama air sampai hancur.
- Masukkan air kacang soya dan daun pandan. Kacau selama 5 minit.
- Jika sudah 5 minit, tutup api.
- Tapis air dan masukkan dalam acuan.
- Sejukkan dan tunggu keras.
- Sudukan dalam bekas.
- Makan bersama air gula.
3) Resepi Tart Telur Buncit
Resepi seterusnya ini dikongsikan oleh Fasihatul Hafizah dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Ia merupakan kategori pastri dan biasanya dihidang didalam majlis keraian seperti harijadi. Lucu namanya ialah kerana kandungan cheesenya bulat, besar dan membukit sehingga ia dipanggil cheesetat buncit. Pun begitu cheesetart ini tidaklah sukar untuk sidesiakan, bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
Tart Crust
- 1/2 cwn butter
- 1/4 cwn gula aising
- 2 cwn tepung gandum
- Sedikit garam
- 2 sb tepung castard
- 1 sb tepung jagung
- 1 sb emplex
Filling:
- 2 biji telur + 1 telur kuning*
- 5 sb cream cheese*
- 1/4 cwn susu cair*
- 1 cwn gula halus*
- 1 sk esen vanilla*
- Beberapa titis jus lemon*
- 1 1/4 cwn susu segar
- 2sb tepung castard
- Sedikit garam
Cara – cara membuatnya:
Tart Crust:
- Pukul butter dan gula aising bagi sebati. (Adunan A)
- Campurkan tepung gandum, sedikit garam, tepung castard, tepung jagung, emplex dalam 1 bekas. (Bahan B)
- Masukkan campuran bahan – bahan B sedikit demi sedikit ke dlm adunan A dan gaul dengan tangan sampai jadi doh lembut.
- Terapkan doh dalam acuan tart dan cucuk dengan garfu.
- Panaskan oven & bakar pada suhu 160C selama 20 minit.
Filling
- Kisarkan bahan2 bertanda (*), kemudian masukkan susu segar, tepung castard dan kacau menggunakan whisk.
- Masukkan sedikit garam, kacau lagi dan tapiskan ke dalam kuali non stick/ periuk biasa.
- Kacau adunan tadi di atas api yg perlahan sehingga adunan memekat.
- Apabila sudah suam, boleh pipekan dalam crust tadi.
- Kemudian bakar lagi pada suhu 160C (api atas bwh) selama 10-15 minit.
4) Resepi Chocolate Burnt Cheesecake
Sebuah lagi resepi yang popular sejak akhir ini ialah resepi berikut. Resepi Chocolate Burnt Cheesecake adalah kek keju coklat yang sengaja dibakar hangus. Ia menghasilkan satu rasa pahit tetapi sedap berlemak lenih coklat dan cheese. Paling sedap dinikmati ketika sejuk,berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 500 g cream cheese
- 120g gula caster/halus
- 5 biji telur gred A atau B
- 200ml krim putar
- 250g dark chocolate yang dicairkan
- 10g serbuk koko
- 10g tepung jagung
Kaedah
- Mula-mula panaskan oven pada suhu 220c sekurang-kurangnya 10 minit.
- Gris dan lapik loyang bulat saiz 8” dengan kertas minyak yang besar hingga keluar dari loyang.
- Cairkan coklat dengan teknik double boil.
- Dalam mangkuk kesin pengadun, pukul cheese hingga lembut.
- Kemudian tambahkan gula dan pukul lagi hingga keduanya gebu.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga gebu dan sebati.
- Barulah masukkan krim putar, pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan pula coklat yang telah dicair.
- Gaul dulu kemudian pukul semula hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan tepung jagung dan serbuk koko.
- Masukkan kedalam loyang dan bakar pada suhu 220c selama 30 minit.
- Sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam didalam petiais sebelum keluarkan dari loyang.
- Siap.
5) Resepi Pavlova
Resepi Pavlova merupakan satu lagi pilihan pencuci mulut yang mulai popular dinegara kita ini. Resepi ini diperbuat dari telur putih dan gula sahaja, namun tepung jagung dan cuka ditambah agar ia lebih stabil. Pencuci mulut agak manis namun begitu ia menjadi lebih sedap apabila dihidangkan bersama hirisan buah dan juga krim yang lemak dan kurang manis. Untuk anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Telur Gred A 4 biji
- Gula kastor 1 cawan
- 1tsp cuka
- 1/2 sudu besar tepung jagung
- 1/2 sudu teh esen vanila
Hiasan atas (topping)
- 200ml krim putar
- 1 sudu besar gula castor (pilihan)
Buah-buahan
- Strawberi
- Pic
- Kiwi
Kaedah
- Panaskan dulu oven 140C. Lapikkan dulang dgn kertas minyak, sebelum tu lukis bulatan 7″ atas kertas tu. Ketepikan.
- Gunakan mangkuk pengadun jenis besi kerana ia lebih mudah dibersihkan. Juga pastikan mangkuk tersebut bebas dari sebarangminyak, air atau habuk. Untuk pastikan ia bebas dari sebarang minyak,boleh gunakan cuka dan sapu didalam bekas tersebut.
- Pukul telur putih dengan kelajuan sederhana,tambahkan gula sedikit demi sedikit bila telur kelihatan putih. Campurkan semua gula hingga habis. Kemudian tambahkan kelajuan pengadun.
- Terus pukul adunan hingga menjadi putih, berkilat dan kaku. Cara mudah untuk tahu tahap konsistensi yang betul ialah angkat pengadun (mixer) ke atas,terbalikkan. Jika adunan kaku dan tidak bergerak,bermakna adunan telah sedia untuk langkah seterusnya.
- Seterusnya, renjiskan tepung jagung dan cuka dengan mengunakan tenik kaup balik.
- Apabila telah sebati,kaup balik esen vanilla.n
- Adunan telah siap dibancuh dan untuk langkah seterusnya. Letakkan adunan tersebut diatas kertas yang telah disediakan tadi.
- Bakar pada suhu 140c selama 1jam 15min. Biarkan sekurang-kurangnya sejam didalam oven untuk memastikan meringue benar-benar kering dan rangup. Alih perlahan-lahan keatas papan atau piring pilihan anda.
- Hias dengan krim putar dan juga buah-buahan. Oleh kerana pavlova ini adalah sejenis manisan yang sangat manis, buah-buahan yang sesuai ialah jenis yang tidak banyak air dan masam sedikit.
6) Resepi Kek Pandan Chiffon
Resepi berikut merupakan sebuah resepi pencuci mulut berasaskan kek iaitu kek chiffon. Untuk pengetahuan anda kek chiffon merupakan sejenis kek yang amat lembut dan cair didalam mulut . Lazimnya ia tidak dihidangkan bersama krim, kerana ia amat enak dinikmati begitu sahaja. Walaupun proses pembuatannya agak sedikit rumit, namun bagi anda yang sukakan cabaran didalam memasak, berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
A
- 225g tepung gandum
- 1 1/2 sudu teh baking powder
B
- 6 biji kuning telur
- 105g gula halus
- Secubit garam
C
- 125ml minyak jagung (minyak masak pun boleh)
- 162ml jus pandan (lebih kurang 5 helai)
- 1 sudu teh emulco pandan
- 165ml santan (kalau santan pekat sangat boleh campur air sikit)
D
- 6 biji putih telur
- 105g gula halus
- 1 sudu teh cream of tartar
- 2 sudu teh jus lemon
Kaedah
- Panaskan oven 170C.
- Ayak bahan A dan ketepikan.
- Didalam mangkuk besar, putarkan bahan B sehingga kembang & warnanya kuning pucat.
- Kemudian, masukkan bahan C. Putar hingga sebati.
- Masukkan bahan A sedikit demi sedikit ke dalam campuran B+C dengan menggunakan spatula.
- Kacau dengan kaedah kaup balik. Cukup sekadar sebati sahaja. Jangan terlebih kacau.
- Untuk bahan D, gunakan mangkuk lain yang kering lagi bersih. Putar putih telur dengan kelajuan maksima sehingga berbuih. Masukkan jus lemon dan putar lagi. Kemudian, masukkan gula & putar lagi sampai kembang dan kental (stiff peak) dimana ia takkan jatuh kalau terbalikkan mangkuk.
- Masukkan 1/3 adunan putih telur / meringue kedalam adunan A+B+C tadi dengan menggunakan spatula (kaedah kaup balik) sehingga sebati.
- Masukkan semua meringue ke dalam adunan tadi. Kaup balik hingga sebati. Ketika ini, adunan sangat gebu dan ringan.
- Masukkan ke dalam loyang & bakar selama 40-45 minit. Loyang tak perlu letak kertas/minyak. Tuang gitu je.
- Sejukkan dengan kaedah telangkupkan loyang supaya kek tak mendap. Lebih kurang 2 jam.
7) Resepi Durian Crepe Viral
Durian crepe merupakan sejenis makanan pencuci mulut yang amata sedsp berasaskan durian. Jika anda seorang peminat durian, resepi berikut amat berbaloi untuk dicuba.Tekstur hidangan pencuci mulut ini amat lembut terasa hingga ke dalam. Jom lihat resepi yang dikongsikan oleh Murni Rahmat di laman Facebook, berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan Kulit Durian Crepe :
- 2 cawan ditambah 1 sudu penuh tepung gandum
- 2 cawan santan/susu segar
- 2 cawan air
- 1 sudu gula
- Pewarna makanan hijau
- 3 biji telur gred A, kalau kecil tambah lagi 1
- Garam
- Setengah cawan minyak jagung/kelapa
- Seulas durian/perisa durian,\
Cara-cara :
- Kisar semua bahan lebih kurang 5 minit.
- Tapis dan biarkan kira-kira 15 minit atau sehingga buih tidak ada.
- Panaskan kuali yang tidak melekat, sapu minyak masak dengan tisu.
- Tuang sesenduk bancuhan dan lenggang-lenggangkan kuali sampai dapat bentuk bulat.
- Mesti buat nipis-nipis ya. Kalau tidak nanti tidak jadi crepe malah jadi lempeng durian.
- Api mesti kecik. Kalau api besar nanti crepe akan berlubang-lubang halus.
- Bahagian atas atau yang tidak kena api akan jadi bahagian kulit luar ya.
- Crepe tidak perlu dibalikkan sewaktu masak diatas kuali.
- Masak dalam 2 minit sudah cukup.
- Api wajib kecil, kalau boleh, masa bancuhan sentuh kuali, bunyi dia slow saja. Kalau bunyi kuat, konfirm tebal.
Resepi Inti Durian :
- Krim non-dairy,
- Durian,
- Susu pekat manis.
Cara-cara :
- Gaulkan isi durian dengan susu, tiada sukatan, kalau suka manis boleh letak banyak susu. Gaul sampai sebati, akan jadi macam paste/jem.
- Pukul krim yang sejuk sampai gebu. Kalau krim tidak manis, boleh tambah gula aising.
- Sudukan ke atas crepe.
- Tambah isi durian.
- Bungkus macam buat popia.
8) Resepi Pulut Mangga Thai
Pulut Mangga Thai merupakan salah satu pencuci mulut yang popular dari negera Thailand. Satu kelebihan apabila negara kita ini bersempadan dengan Thailand, kerana bukan hanya kita mempunyai hubungan yang baik malah pelbagai jenis masakan dari negara tersebut sangat sesuai dengan selera orang kita. Contohnya resepi berikut, diperbuat dari pulut dan dimakan bersama pulut merupakan salah satu menu popukar direstoran berasaskan masakan Thailand. Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk anda cuba sendiri.
Bahan-bahan untuk pulut mangga
- 400 gram beras pulut, rendam semalaman
- 1 cawan santan pekat
- 1 cawan santan cair
- 2-3 sudu besar gula
- sedikit garam
- beberapa helai daun pandan, atau daun pisang
- 2 sudu besar bijan, dibakar tanpa minyak untuk taburan
- 3 biji mangga ( dipotong dadu)
Bahan untuk kuah santan
- 1 cawan santan pekat
- 1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- 1 helai daun pandan, carik dan simpul
- garam secukup rasa (biar kuah agak masin)
Cara-cara untuk masak pulut
- Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
- Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
- Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.
- Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati.
- Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi.
- Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut.
- Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.
- Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.
Cara-cara untuk kuah santan
- Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana.
- Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung.
- Teruskan kacau supaya santan tidak berketul.
- Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.
- Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut.
- Angkat dan sejukkan.
- Sediakan dihidangkan bersama pulut dan mangga.
9) Resepi Kek Fruit Pastry
Resepi berikutnya ialah resepi kek yang datang dari barat. Resepi Kek Fruit Pastry sesuai dijadikan dessert kerana ia mempunyai buah yang segar yang menyumbang pada keenakan dan kemewahannya. Tambahan pula ia menggunakan yogurt, oleh itu rasanya sangat uni tetapi sedap. Untuk anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
A
- Butter 100g
- Gula halus/caster 160g
B
- 3 biji telur
- Parutan kulit oren/lemon1 sudu teh
- Esen vanila 1 sudu teh
C
- Tepung gandum 210g
- Serbuk penaik 1 sudu teh
D
- Yogurt natural 100g
Kaedah
- Panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya 10 minit.
- Sediakan loyang bulat bersaiz 8”, gris dan lapik dengan kertas minyak.
- Menggunakan mesin pengadun, pukul bahan A hingga putih.
- Kemudian masukkan bahan B bermula dengan telur sebiji demi sebiji. Diikuti dengan parutan kulit oren dan esen vanila.
- Apabila semua telah sebati, tanbahkan bahan-bahan C pula. Adun hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan bahan D.
- Bakar pada suhu 160c selama 40 minit.
- Cucuk dengan lidi untuk memastikan kek telah masak.
- Keluar dan sejukkan, sedia untuk dinikmati.
10) Resepi Kek Keladi
Resepi ini dikongsikan oleh Masni Bahari di media sosial dan telah mendapat banyak perkongsian. Kek keladi ini juga amat istimewa dan bagi anda leminata perisa yam dan warna ungu, anda wajar mencuba resepi ini. Enak dimakan ketika masih sejuk, berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
Kek Keladi:
- 4 biji telur
- 1 setengah cwn tepung gandum
- 1 cwn gula (dikisar)
- 1 sb ovelet
- 1 sk baking
- 1 sk perisa keladi
- 2 sb majerin (cairkan)
- Perwarna
Puding:
- 10g agar – agar tali
- 4 cwn air
- Setengah cwn gula
- Setengah cwn susu cair
- Setengah cwn santan
- Setengah cwn tepung kastard
- 1 biji telur
- 2 sb majerin
- Sedikit garam
- 1 sk perisa keladi
- Perwarna
Cara – cara menyediakan:
Kek Keladi:
- Satukan kesemua bahan kecuali tepung, marjerin dan perwarna.
- Gaulkan sehingga kembang dan putih gebu.
- Tuangkan tepung dan kacau sehingga sebati.
- Kemudian, tuangkan marjerin dan kacau sehingga sebati.
- Bahagikan kepada dua bahagian.
- Satu bancuhan dibiarkan kosong dan satu lagi diletakkan perwarna ungu.
- Bakar pada suhu 180C dalam masa 45 minit.
Puding:
- Masak agar – agar bersama 4 cawan air.
- Satukan susu cair, santan, telur, garam dan tepung kastard, gaulkan sehingga sebati dan ketepikan.
- Apabila agar – agar sudah hancur, tuangkan gula, perasa keladi, marjerin dan adunan tadi.
- Kacau sehingga panas dan tutupkan api.
- Bahagikan kepada dua bahagian. Warnakan satu bahagian.
- Pastikan puding sejuk sedikit baru tuang diatas kek.
- Siap!
11) Resepi Dadih
Resepi ini dikongsikan oleh Azma Mj dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Dadih adalah antara pencuci mulut yang paling mudah dan murah. Dadih ini menjadi kesukaan terutamanya kanak-kanak kerana ia mempunyai banyak perisa. Tapi jangan terkejut ora g dewasa juga amat suka akan dadih ini. Sedikit petua bagi anda yang ingin mencuba ialah memasaknya didalam kuali besar kerana lebih mudah untuk dikawal. Berikut adalah bahan yang diperlukan yang boleh anda temui di kedai berdekatan.
Bahan – bahan:
- Agar-agar 1 pek
- 3 kotak susu (pek 1 liter) (susu full cream, strawberry, coklat, cappucino,mocha)
- Gula
- Garam
- Air 3 liter
Cara penyediaannya:
- Masak air bersama agar2, sukatan air untuk satu pek agar2 ialah 3 liter.
- Masukkan gula sebanyak 500 gram dan sedikit garam. Bila dah mendidih masukkan susu, masa ni dah boleh tutup api dah cuma jgn berhenti kacau.
- Sebelum tuang ke dalam bekas, tapis dulu. Biarkan sejuk sikit baru tutup bekas tu, kalau tak nanti berwap dekat penutup tu so nampak tak cantik.
- Siap!
- P/s: Boleh tambahkan jelly untuk menjadikan dadih nampak lebih menarik.
12) Resepi Tart Telur Portugis
Resepi tart telur portugis ini telah pun dikongsikan oleh Amira Jamil di akaun Facebook miliknya. Tart telur portugis ini biasa ditemui di kedai bakeri, ia anat sedap dinikmati sebagai pencuci mulut. Untuk membuatnya anda perlulah menyediakan inti telurnya dahulu, anggar sendiri tahap manisnya mengikut selera anda, oleh itu bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
Bahan Pastri:
- 150 gram tepung gandum
- 90ml susu segar
- Secubit garam
- 125 gram butter
Filling:
- 250ml susu segar
- 50ml whipped cream (dairy)
- 2 biji kuning telur
- 1 sudu besar tepung jagung
- 40 gram gula
- Sedikit esen vanila
Cara penyediaannya:
Pastri:
- Potong butter nipis-nipis dan sejukkan dalam 15 minit.
- Satukan tepung gandum, susu dan garam ke dalam bekas & gaul sebati hingga jadi doh. Sejukkan dalam 15 minit.
- Uli doh yang disejukkan dan leperkan sehingga muat untuk balut butter. Balut butter & simpan dalam peti sejuk.
- Giling doh dan lipatkan kepada 4 bahagian seperti buku. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
- Ulang proses sebanyak 3 ke 4 kali.
- Giling doh pastri dan gulungkan lalu potong kepada 14 bahagian.
- Leperkan 1 per 1 doh yang dipotong dan masukkan dalam muffin tray.
- Tuang filling & bakar dalam suhu 170C selama 30 minit atau mengikut oven masing-masing.
Filling:
- Satukan semua bahan dalam periuk & masak dengan api kecil hingga pekat.
12) Resepi Putu Mayam Berkuah
Putu mayam berkuah, putu mayam biasanya dinikmati bersama parutan kelapa dan taburan gula merah. Namun berbeza dengan resepi yang dikongsikan oleh Ummi Sha di laman Facebook milik beliau. Putu mayam kali ini mempunyai kuah dan ianya juga menggunakan bihun amat sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
Putu Mayam:
- 4 keping bihun (rendam dalam air panas 20 minit)
- 4 sudu besar tepung beras
- Pewarna pandan dan keladi
Kuah:
- 2 cawan santan pekat dalam tin/kelapa+ 2 cawan air
- 3 keping gula melaka/nisan
- Daun pandan
Cara penyediaannya:
Putu Mayam:
- Setiap satu keping bihun dicampur pewarna dan digaul dengan satu sudu makan tepung beras.
- Letak dlm acuan dan kukus selama 15minit api sederhana kuat.
Kuah:
- Satu kan semua bahan dalam periuk dan masak sampai mendidih
- Jika anda hendak pekatkan kuah, tambah tepung beras dalam 1 sudu makan
14) Resepi Mousse Strawberi Coklat
Resepi kali ini biasanya dihidangkan direstoran mewah kerana ia menggunakan bahan-bahan yang premium. Untuk membuatnya pula ia tidak dibakar sebaliknya hanya disejukkan. Bagi anda yang ingin mencabar diri anda dalam masakan pastri berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
Dasar
- Kek span coklat yang dipotong mengikut saiz bekas mousse. Atau anda boleh guna biskut digestive juga.
Bahan-bahan mousse strawberi (A)
- 125g cream cheese
- 80g gula castor
- Pukul kedua bahan ini sehingga sebati dan gebu.
Bahan-bahan puri strawberi (B)
- 150g strawberi segar
- 2 atau 3 sudu besar gula castor
- 1 sudu teh jus lemon/limau
- Masak diatas dapur lebih awal dan sejukkan dahulu sebelum guna.
Bahan-bahan (C)
- 150g krim putar (pukul sampai pekat)
- 1 sudu besar gelatin + 30ml air ( double boil sampai jernih)
- Campurkan kedua bahan ini dengan mengguna teknik kaup balik..
Kaedah
- Kaup balik bahan B dengan A,kemudian apabila telah sebati tambahkan bahan C. Gaul ketiga-tiga bahan hingga sebati. Sejukkan didalam petiais selama 30 minit.
Hiasan ganache
- 150g coklat gelap jenis butang (button dark chocolate)
- Susu Cair 70g
- 1 sudu besar butter
Kaedah
- Cairkan coklat dengan teknik double boil.
- Kemudian tambahkan susu cair dan butter.
- Jika masih ada ketulan butter yang belum cair, double boil semula hingga semua bahagian benar-benar cair.
Kaedah menghias.
- Mulakan dengan dasar mousse tadi, tambahkan mousse ratakan semuanya dengan cara menghentak ia.
- Biarkan ia set lebih kurang 30min.
- Kemudian curah ganache coklat tadi,sebelum meletakkan buah strawberi sebagai hiasan.
15) Resepi Agar-agar Koktail
Resepi mudah ini dikongsikan oleh Ida Rohaiza di akaun sosial media Facebook miliknya. Agar-agar adalah antara pencuci mulut yang paling senang disediakan, anda hanya perlu memasak adunan sehinggan mengelegak dan kemudian sejukkan adunan tersebut. Bagi resepi berikut bahan yang digunakan ialah bersama koktail. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
- 1 bungkus atau 20g agar-agar bertali
- 900 ml air
- 1 tin koktel buah-buahan
- 1 tin susu cair
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 1 helai daun pandan
Cara penyediaannya:
- Basuh agar-agar dan rebus bersama air sehingga larut.
- Kemudian masukkan gula pasir, daun pandan dan buah-buahan koktel berserta airnya sekali.
- Masukkan susu cair dan masak di atas api yang perlahan hingga 2-3 minit.
- Tuang di dalam loyang dan sejukkan.
- Siap!
16) Resepi Sagu Gula Melaka
Resepi ini telah dikongsikan oleh Nurbazlyn Husna di akaun laman sosial Facebook miliknya dan telah mendapat pelbagai reaksi positif di laman sosial tersebut. Sagu atau mata ikan adalah antara bahan yang selalu digunakan sebagai pencuci mulut dan resepi sagu melaka ini antara yang menjadi kegemaran ramai orang,berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
- Sagu 200 g
- 2 ketul gula melaka
- 4 sdb gula perang
- Air
- Susu cair
Cara penyediaannya:
- Rebuskan sagu dengan air sehingga sagu masak sebati. Jika tidak masaka lagi tetapi sudah pekat, tambahkan lafi air sehingga sagu masak sepenuhnya.
- Kemudian, toskan sambil basuh menggunakan air supaya sagu tidak melekat.
- Kemudian, tambahkan sirap sedikit supaya menaikkan warna. Masukkan dalam peti ais untuk disejukkan.
- Panaskan 3 cawan air bersama 2 ketul gula melaka dan 4 sudu besar gula perang untuk air gula melaka. Apabila sudah menggelegak dan air gula melaka sudah mula pekat boleh tutup api.
- Siap dan boleh dihidangkan! Letak sagu dalam bekas, letak air gula melaka dan curah susu cair.
17) Resepi Kuih Lompat Tikam
Resepi yang telah dikongsikan oleh Wani Suhaimi di akaun Facebook miliknya. Merupakan sejenis lagi pencuci mulut yang berasal dari sebelah pantai timur. Kuih lompat tikam menarik merana ia mempunyai 3 jenis isian yang dimakan bersama gula melaka. Ketiga-tiga jenis isian ini pula memuwarna dan rasanya yang tersendiri, berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
Lapisan Hijau:
- 2 cawan tpg beras
- 3 cawan air
- 1 cawan air daun pandan atau pewarna hijau
- 1/2 sk garam
- 1 sk air kapur
Lapisan Putih:
- 1 senduk tepung beras atau tepung pulut
- 2 cawan santan
- 1/2 cawan air
- 1/2 sk garam
Pulut Merah:
- 1 cawan pulut (rendam 1 jam)
- 1/2 cawan air
- 1/2 sk garam
- 2 sb gula
- Pewarna merah
Gula Melaka:
2 keping nisan atau gula melaka- 4 sb gula
- 1 cawan air
Cara penyediaannya:
Lapisan Hijau:
- Gaul rata lapisan hiju dalam mangkuk dan tapis kecairannya apabila angkat senduk ianya tidak mengalir laju dan tidak melekar pada senduk.
- Masak dan kacau secara berterusan sehingga adunan menggelegak dan pekat.
- Kemudian, kecilkan api dan tutup periuk dan biarkan selama 5 minit. Selepas itu, buka periuk terus kacau dan ulang sehingga adunan berlikat seta mengelembung.
- Tutup api dan masukkan ke dalam bekas dan sejukkan dalam 3 jam supaya adunan menjadi keras dan senang untuk di potong.
Pulut Merah:
- Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10-15 minit hingga naik wap.
- Tutup api dan angkat masukkan ke dalam mangkuk.
- Kemudian, tuangkan air yang telah dicampur dengan garam dan gula.
- Kukus semula dalam 10 minit sehingga naik wap. Angkat dan sejukkan.
- Gula Melaka:
- Nasak nisan dan gula sehingga hancur kemudian sejukkan.
Lapisan Putih:
- Masukkan semua bahan dan kacau atas dapur menggunakan api perlahan sehingga pekat.
Cara menghidang:
- Potong lapisan hijau dan masukkan ke dalam pinggan.
- Masukkan sedikit pulut, kemudian sendukkan lapisan putih ke atasnya.
- Akhir sekali, tuangkan gula merah.
- Siap!
18) Resepi Bubur Jagung
Resepi yang telah dikongsikan oleh Rozmaliza Omar di laman sosial Facebook. Resepi bubur amat sesuai dan selalu dijadikan hidangan pencuci mulut. Biasanya ia didapati di majlis kenduri terutama kenduri kahwin, dinikmati selepas sepinggan nasi minyak amat memuasakan. Namun bagi anda yang masih baru dalam dunia masakan dan mencari resepi yang mudah untuk dicuba, berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
- 4 tongkol jagung dihiris
- 1/2 cawan beras pulut dibasuh dan toskan
- 2 helai daun pandan
- 2 1/2 cawan santan pekat
- Air secukupnya (ikut kepekatan)
- 2 keping gula melaka (jika rasa tak manis tambah gula putih biasa)
Cara – cara penyediaannya:
- Masukkan jagung yang telah dihiris, beras pulut dan masukkan air, paras melebihi jagung.
- Tutup periuk noxxa, tombol hala ke “pressure” dan tekan mode “high pressure” selama 10 minit.
- Apabila bunyi beep, putar tombol ke arah “steam” untuk lepaskan wap.
- Buka tudung noxxa, jagung dan beras pulut sudah masak. Masukkan santan, gula melaka, sedikit garam dan daun pandan yang telah disimpul.
- Kacau rata sekejap dan on mode “stir fry” dan kacau sehingga kesemua bahan sebati. Sekiranya tidak manis boleh tambah gula putih mengikut citarasa sendiri.
- Apabila sudah nampak sebati, pulut pun sudah kembang, boleh offkan “stir fry”.
- Siap untuk dihidangkan bubur.
19) Resepi Oreo Coklat Mousse
Ini merupakan sejenis pencuci mulut berasaskan mousse, ia diperbuat dari krim,telur dan beberapa bahan untuk stabilkan ia. Ini kerana mousse ini tidak perlu dibakar, ia hanya perlu disejukkan sebelum dinikmati. Oleh kerana mousse ini adalah sejenis pencuci mulut mewah yang biasanya dihidang dihotel, berikut adalah bahan yang diperlukan bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini.
Bahan-bahan dasar
- Biskut Oreo ambil separuh dari bungkusan .(asingkan inti dan biskutnya)
- Mentega cair secukupnyer.
- Kisar halus biskut dan campurkan dgn butter cair tadi. Gaulkan keduanya sehingga boleh dikepal. Ratakan didalam bekas mousse.
Bahan – bahan mousse Oreo
- Cream cheese 250g
- 100g gula
- 1 biji telur
- 200ml krim putar
Kaedah
- Pukul cream cheese dan gula sampai sebati
- Masukkan telur
- Masukkan krim putar
- Akhir sekali masukkan baki oreo tadi tapi patah-patahkan dulu.
- Tuang dalam bekas mousse tadi, biarkan dalm petiais 30 min.
Bahan-bahan mousse coklat
Bahan A
- 100g coklat gelap (cairkan secara double boil)
- 1biji kuning telur (pukul sikit)
- 1 sudu teh butter
Bahan B
- 1 sudu besar gelatin + 30ml air panas (double boil sampai jernih)
Bahan C
- 1 biji putih telor + 30gm gula kastor (pukul kembang,putih dan kaku)
Bahan D
- 100g krim putar (pukul pekat)
Kaedah
- Campurkan bahan A iaitu kuning telur dan butter ke coklat yg telah cair tadi
- Kemudian masukkan bahan B. Kacau sebati.
- Seterusnya masukan bahan C dengan cara kaup balik.
- Akhir sekali akhir kaup balik krim putar yang telah dipukul terlebih dahulu.
- Isikan mousse ini kedalam bekas yang telah diisi cream cheese tadi. Biarkan beberapa jam dalam peti ais hingga ia set. Kemudian hiaskan dgn fresh cream dan oreo.
20) Resepi Kek Coklat Cheese Leleh
Resepi seterusnya merupakan salah satu pencuci mulut yang paling laris Madam pernah jual. Kek coklat cheese leleh ini adalah terdiri dari kek coklat yang dikukus kemudian dicurah dengan cheese yang diadun bersama krim,susu segar dan sedikit susu manis. Bahan-bahan inilah yang menyumbang pada keenakannya dan memikat hati peminat pencuci mulut. Untuk anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.
Resepi Kek Coklat Moist Kukus
Bahan-bahan A
- 1 cawan besar tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1sudu teh soda bikabornat
- ½ sudu teh garam
Bahan-bahan B
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan susu cair
- ½ cawan susu cair
Bahan-bahan C
- Telur gred A 2 biji
- 1 sudu teh esen vanilla
Kaedah
- Panaskan pengukus dan sediakan bekas plastik yang sesuai.
- Seterusnya, ayak bahan-bahan A dahulu dan ketepikan.
- Letakkan bahan-bahan B dalam periuk dan masakkan dengan api kecil. Kacau jangan biar ia hangit. Cukup sekadar gulanya larut, tutup api. Biar ia sejuk sedikit.
- Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Gaul sebati. Tambahkan esen vanilla.
- Sekarang tambahkan bahan-bahan A yang telah diayak.
- Kaup balik hingga bancuhan menjadi sebati.
- Tuang kedalam bekas plastik.
- Kukus didalam pengukus selama 25 minit. Pastikan api tidak terlalu panas supaya ia masak rata dan tidak pecah tengah.
- Apabila telah masak , cucuk dengan lidi untukmemastikan ia masak sepenuhnya. Terbalikkan ia selepas 10 minit dan sejukkan seperti biasa.
Resepi Cheese Leleh.
Bahan-bahan
- 250g cream cheese suhu bilik
- ½ cawan susu pekat ( boleh dianggarkan untuk disesuaikan rasa manisnya)
- ½ tin susu cair
- ½ cawan krim putar
Kaedah
- Pukul cheese bersama susu manis dahulu hingga ia gebu.
- Kemudian tambahkan susu cair dan pastikan ia sebati, tambahkan whip cream dan pukul hingga ia gebu. Ketepikan.
Bahan-bahan hiasan
- Coklat ganache (100ml susu cair, 100g dark choc coin dan double boil keduanya dan gaul hingga sebati)
Cara-cara membuat kek coklat cheese leleh.
- Selepas kek siap dikukus dan disejukkan, tuang cheese leleh diatas nya dan hiasi dengan lelehan coklat ganache. Jamulah ia selepas disejukkan selama beberapa jam didalam petiais.
21) Resepi Basque Brunt Cheesecake
Berikut ialah resepi asli ‘burnt cheesecake’. Kek ini berasal dari kek cheese yang dibakar hangus. Pada asalnya kek cheese mestilah dibakar menghunakan teknik ‘steam bath’ namun bagi menghasilkan rasa hangus kek cheese berikut dibakar menggunakan teknik bakar biasa sahaja. Hasilnya amatlah mengejutkan kerana bukan sahaja ia sedap tetapi rasa hangus tersebut bila digabung bersama cheese menghasilkan rasa yang luarbiasa sedap. Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk anda cuba resepi ini.
Bahan-bahan untuk loyang bulat saiz 6”
- 250g cream cheese
- 70g gula caster
- 1 biji kuning telur
- 2 biji penuh telur
- 1 sudu besar tepung kek
- 120g krim putar
Kaedah
- Sebelum mula, panaskan oven pada pada suhu 200c sekurang-kurangnya 10 minit.
- Lapikkan loyang dengan kertas minyak, lastikan saiz kertas itu lebih besar dari loyang agar ia mempunyai lebihan di bahagian luar.
- Mula-mula dengan menggunakan ‘stand mixer’, pukul cheese dan gula hingga sebati dan putih.
- Kemudian tambahkan kuning telur, pukul hingga ia benar-benar sebati. Masukkan telur sebiji demi sebiji, tambahkan setiap satu selepas yang mula dimasukkan itu tidak kelihatan.
- Masukkan tepung dan pukul hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan whip cream, dan pastikan ia juga dipukul sebati.
- Adunan sangat cair, jadi tuang terus kedalam loyang.
- Bakar pada suhu 200c selama 50 minit.
- Jika ia tidak cukup hangus, nyalakan api dibahagian atas sahaja dan bakar lagi 10 minit.
- Apabila telah siap,biarkan ia sejuk didalam loyang dahulu.
- Keluarkan ia dengan cara mengangkat kertas itu,hidangkan bersama kertas. Buka kertas semasa hendak potong kek.
- Siap.
22) Resepi Bubur Kacang
Ini adalah satu lagi resepi pencuci mulut popular yang dihidangkan dikenduri kendara terutama majlis perkahwinan. Bubur kacang merupakan sejenis manisana yang amat mudah untuk disediakan. Tambahan pula ia agak murah dari segi kos walaupun mengambil masa sedikit untuk merebus kacang agar ia empuk. Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk anda cuba resepi resepi ini.
Bahan-bahan
- Secawan kacang hijau
- Setengah inci halia ditumbuk
- Empat sudu gula merah
- Dua sudu gula pasir
- Dua helai daun pandan simpulkan
- Santan satu paket kecil
Kaedah
- Rebus kacang hijau sehingga empuk.
- Masukkan gula merah, gula pasir dan daun pandan yang telah di simpulkan.
- Rebus sehingga semuanya sebati.
- Masukkan santan dan kacau sekali sekala.
- Masukkan garam secubit rasa.
- Rebus dan masak hingga kacang hijau betul-betul empuk.
- Siap.
23) Resepi Tiramisu
Berikut adalah resepi pencuci mulut yang popular dari negara barat. Berasal dari Itali, tiramisu menggunakan keju mascapone yang agak mahal dijual di negara kita ini. Bahan-bahan ini diadun bersama beberspa bahan lain untuk stabilkan ia, kerana seperti mousse ia juga adalah resepi dessert yang tidak perlu dibakar. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 12 batang biskut lady finger
- 1 cawan kopi yang baru dibrew (sejukkan dahulu)
Bahan-bahan cheese custard
A
- 2 biji kuning telur
- ½ cawan gula halus
B
- Mascapone cheese/cream cheese 150 g
- Esen vanila 1 sudu teh
C
- 1 cawan krim putar
Kaedah
- Cari bekas yg sesuai anggaran saiz 6”. Asingkan
- Masukkan bahan A dalam bekas tahan panas,double boil sambil dikacau dengan hand whisk..
- Kacau hingga gula larut sepenuhnya. Ketepi dan biarkan ia sejuk.
- Masukkan cheese didalam mangkuk pengadun dan pukul hingga cheese lembut dan sekata, tambahkan esen vanila dan biarkan semuanya sebati.
- Tambahkan bahan B ini ke bahan A iaitu custard tadi. Kacau menggunakan hand whisk.
- Kemudian pukul krim putar hingga gebu, jangan lebih pukul kerana krim dan minyaknya akan berpisah.
- Akhir sekali kaup balik bahan C ini dengan bancuhan custard tadi.
- Untuk menyediakan tiramisu yang sedap,mula-mula celupkan lady finger kedalam kopi dan susunkan didalam bekas yang dipilih tadi. Ini perlu dilakukan segera kerana biskut lady fingers sangat mudah pecah bila terkena air.
- Susunkan lady finger hingga memenuhi dasar bekas tadi. Lapiskan dengan separuh dari adunan cheese custard tadi. Taburkan koko. Ulang untuk lapisan kedua.
- Akhir sekali tabur koko dipermukaan paling atas tadi.
- Simpan dalam petiais sekurang-kurangnya 12jam.
- Sedia dinikmati sekarang.
24) Resepi Puding Gula Hangus
Resepi ini dikongsikan oleh Muhammad Hanafi Khairuddin dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Puding gula hangus merupakan satu lagi resepi pencuci mulut yang amat disediakan. Seperti sesetengah resepi pencuci mulut ianya tidak menggunakan sebarang tepung, hanya sekadar telur,susu dan gula. Paling sedap dinikmati semasa ia sejuk kerana ia cair didalam mulut, berikut adalah bahan yang diperlukan bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini.
Bahan – bahan:
- 6 biji telur ayam gred A
- Satu tin susu cair (samada carnation atau ideal)
- Secubit garam
- Dua titik esen vanilla
- Gula 3/4 cawan
- Gula untuk dijadikan gula hangus
Langkah – langkah memasak:
- Panaskan air dalam kukusan.
- Pecahkan telur, pukul telur dalam satu arah sahaja.
- Masukkan susu cair sedikit demi sedikit.
- Sambil kacau, masukkan garam dan kacau lagi.
- Masukkan gula, kacau sehingga gula hancur.
- Masukkan esen vanilla dan kacau.
- Ambil periuk dan panaskan atas dapur.
- Letakkan gula untuk.buat gula hangus sehingga perang kemerahan.
- Ambil periuk itu dan letakkan ke dalam kukusan, tuang adunan.
- Tutupkan periuk itu dan tudung kukusan.
- Masukkan dalam 30minit.
25)Resepi Puding Roti
Resepi terakhir yang dibawa dibawah himpunan resepi dessert kali ini, merupakan sejenis pencuci mulut yang paling mudah disediakan. Ini kerana ia menggunakan baki-baki roti yang dipotong kecil lalu dicurah adunan susu dan beberapa bahan lain sebelum ianya dibakar. Biasanya puding roti dinikmati bersama sos, namun berbeza bagi resepi ini. Oleh itu bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan untuk menghasilkan puding roti anda sendiri.
Bahan-bahan
A
- 13 kpg roti putih (gunting/potong kecil)
- Kismis atau kekacang (pilihan)
B
- 1 cawan gula pasir
- 5 biji telur
C
- 2 tin susu cair (atau 1 liter susu full cream)
- 1 ½ cawan air
- 1 sudu teh esen vanilla
D
- 4 sudu besar butter/marjerin yang dicairkan
Kaedah
- Mula-mula bancuhkan bahan B,kacau agar gula larut.
- Kemudian tambahkan bahan-bahan C satu persatu, kacau sebati.
- Selepas itu masukkan roti yang telah dipotong kecil tadi.
- Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan, gaul hingga rata.
- Biarkan roti terendam sekurang-kurangnya 40 minit.
- Selepas 40 minit, panaskan oven pada suhu 170c selama 10 minit.
- Tuangkan adunan puding ini kedalam loyang empat segi bersaiz 9”x9” .
- Bakar selama 40 minit, dan letakkan air panas didalam mangkuk kecil dan bakar sama. Ini adalah untuk memastikan puding roti kita lebih lembap.
- Apabila telah cukup masa, bolehlah dikeluarkan puding dari oven.
- Sejukkan sebentar sebelum dinikmati.
Itulah antara 25 resepi dessert atau pencuci mulut yang telah kami himpunkan disini sebagai koleksi resepi yang anda boleh cuba sendiri. Selepas ini anda bolehlah menhidangkan hidangan pencuci mulut yang sedap dan lazat ini ya. Diharap anda juga akan berkongsi dengan rakan,sahabat taulan dengan like dan share koleksi ini agar dapat dimanafaatkan oleh orang lain juga. Selamat mencuba!