Koleksi 25 Resepi Daging Yang Harus Dicuba

daging kaprau

Daging adalah antara bahan utama yang biasanya dimasak serta dihidang diwaktu makan utama seperti makan malam atau tengahari. Daging boleh menjadi sumber utama vitamin B, iaitu tiamina (B1), riboflavin (B2), niasin (B3), biotin (B7), piridoksina (B6), kobalamin (B12), asid pantotenik dan asid folik yang penting kepada manusia. Ia juga sumber mineral penting seperti zat besi, kuprum, zink dan mangan. Sekiranya vitamin ini berkurang, kesihatan tubuh kita mungkin merosot.

Sebab itulah ketika hari raya korban lembu biasanya  menjadi korban yang diagih pada golongan miskin kerana selain dari khasiatnya harga daging juga agak mahal. Oleh itu bagi anda yang buntu mencari idea untuk masak daging, berikut ialah 25 himpunan resepi berasaskan daging yang anda boleh cuba.

1) Resepi Dendeng Daging Hitam

daging-dendeng
image via Facebook

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puteri Shazila Zainal Abidin dan mendapat banyak perkongsian di Facebook beliau. Dendeng daging hitam dikatakan masakan ini berasal dari Indonesia. Dendeng daging adalah merujuk kepada teknik memasak,dimana daging lembu dihiris nipis kemudian dimasak sehingga kering. Tujuannya agar ia tahan lebih lama dam mudah untuk dibawa dalam perjalanan jauh. Berikut adalah bahan yang diperlukan bagi anda yang ingin mencubanya.

Bahan – bahan:

  • Bawang besar 3-4 biji
  • Bawang putih 4-5 ulas
  • Halia (besar 2 ibu jari) 😁
  • Belacan (besar 3 ibu jari) lbh pn ok..lg sedap
  • Cili kering blend (3-4 senduk)
  • Kicap manis (agak – agak untuk dpt wrna gelap) 100-150g
  • Asam jawa 30g
  • Gula
  • Daging 1kg – rebus (potong nipis ikut urat – selepas rebus)

Cara – cara memasak:

  • Kisarkan bawang putih, bawang merah, halia dan belacan.
  • Tumis sehingga garing.
  • Masukkan cili blend, tumis lagi sampai garing dan masukkan gula secukup rasa (pastikan betul – betul garing dan naik bau) -kesedapan dendeng pada garingnya cili tu.
  • Masukkan air sikit. Jangan banyak. Sebab nanti nak masuk air asam jawa dan air rebusan daging.
  • Masukkan daging, gaul rata.
  • Masukkan air rebusan daging.
  • Tuang kicap lemak manis. Kalau suka hitam, lebihkan. Kalau nak nampak merah2 sikit, kurangkan kicap. Tuang sikit – sikit. Takut terlebih masin.
  • Bila dah agak kering, masukkan air asam jawa.
  • Biar atas dapur sampai air agak kering dan daging bersalut.
  • Siap untuk dimakan. Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.

2) Resepi Daging Masak Merah Ala Thai

daging-masak-merah-ala-thai
image via Facebook

Resepi ini amat popular di restoran makanan Thailand, dimakan bersama nasi panas atau pun nasi goreng. Namun begitu, sudah tentu jika untuk hidangan sekeluarga ianya agak mahal.Resepi yang telah dikongsikan oleh Farahziana Jarahim mendapat banyak perkongsian serta likes di Facebook beliau. Oleh itu bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 3-4 ulas bawang putih
  • Bawang besar
  • Lada besar
  • Cili kisar
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Perasa
  • Garam
  • Gula

Cara – cara memasak:

  • Rebuskan daging dahulu.
  • Apabila sudah masak, sejukkan sebentar.
  • Ketukkan bawang putih.
  • Panaskan minyak dan goreng daging sekejap.
  • Dengan minyak yang sama, tumiskan bawang putih yang telah diketuk tadi. Masukkan cili kisar dalam 2 sudu besar.
  • Apabila sudah garing, masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato.
  • Masukkan air rebusan daging didalam 3 – 4 sudu.
  • Letakkan perasa, garam dan gula.
  • Letakkan lada besar dan bawang besar.
  • Kacau sebentar dan siap!

3) Resepi Daging Briani

daging-briani
image via Facebook

Merupakan sejenis masakan ala mamak, resepi berikutnya amat sesuai untuk hidangan diwaktu istimewa seperti hari raya atau majlis keraian. Resepi yang telah dikongsikan oleh Az Hanie Ismail telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Oleh itu bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 1 kilo daging (rebus hingga lembut)
  • 1/2cawan minyak
  • 1 cawan air
  • 125 gm rempah beriani
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • sedikit garam
  • 2 biji kentang dipotong 4
  • sedikit susu cair
  • 2 sudu cili kisar

Bahan kisar:

  • 7 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 labu bawang besar
  • 1 1/2 cm halia

Cara – cara memasak:

  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar.
  • Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang. Tambahkan air, garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap!

4) Resepi Daging Masak Hitam Power

daging-masak-hitam
image via Facebook

Berikut adalah resepi menarik berasaskan kicap, yang amat sesuai bagi anda yang sukakan ia. Resepi ini dikongsikan oleh Burger Meleleh BP dan mendapat sebanyak 34k perkongsian di media sosial. Sudah semestinya ia amat sedap dan berbaloi untuk anda cuba. Jom lihat bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Daging
  • *Direbus dan dipotong nipis

Bahan Kisar

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia 1 inci
  • Cili kering
  • Lengkuas 2 inci
  • serai 2 btg

Bahan Sangai (dikisar kering)

  • 2 sudu ketumbar
  • 1 sudu jintan manis
  • 1/2 sudu jintan putih

Bahan Masakan

  • Gula
  • Garam sedikit
  • Gula merah
  • Kicap manis lebih
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • 3 sekawan ( cengkih,kayu manis,bunga lawang)
  • Serbuk kurma (4 sudu besar)

Cara memasak:

  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  • Masukkan bahan yang kisar halus (yang disangai) tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan 3 sekawan, sos cili, sos tiram, gula pasir dan gula merah.
  • Masukkan garam sedikit, masukkan serbuk kurma.
  • Masukkan daging dan air lebih sedikit, biarkan ianya empuk.
  • Masukkan kicap manis dan masak sehingga kering. Siap!

 5) Resepi Daging Bakar Thai

daging-bakar-thai
image via Facebook

Satu lagi resepi Thailand yang telah menjadi viral, untuk daging bakar Thai ini, sebaiknya pilihlah daging batang pinang kerana ia lebih lembut. Resepi ini telah dikongsikan oleh Hilmi Yusof dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Bagi anda yang teringin mencuba berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

Daging:

  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Madu
  • Serbuk lada hitam
  • Minyak masak

Pencicah:

  • Bawang putih (bakar dulu)
  • Cili merah
  • Cili thai
  • Daun ketumbar
  • Sos nampla (sos ikan)
  • Air limau nipis

Cara – cara memasak:

Daging bakar:

  • Gaul semua bahan dan perap bersama daging selama 1 jam.
  • Lepas tu bakar ikut tahap garing yang anda suka.
  • Tips: Jangan bakar lama sangat untuk maintain kelembapan daging tu. Baru sedap. Saya bakar atas hot plat / gridle pan.

Pencicah:

  • Potong halus dan tumbuk cili & bawang putih.
  • Cincang halus daun ketumbar.
  • Gaulkan semua bahan bersama sos nampla dan air limau nipis

6)Resepi Sambal Paru 

Selain dari daging, paru juga antara makanan berasaskan daging yang popular. Terutamanya apabila ia dimasak seperti berikut, makan pula dengan nasi lemak sungguh memikat. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini, belilah paru beku yang murah dan mudah ditemui. Rebus sehingga ia empuk dan goreng jangan terlalu garing jika tidak mahu ia kering, bagaimanapun terpulang juga pada selera anda. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan utama 

  • Paru 500g ( beli jenis siap potong)

Bahan kisar

  • Cili kering segenggam penuh
  • Bawang putih 2 ulas
  • Bawang merah kecik 5 biji
  • Jintan manis 1 sudu kecil
  • Biji ketumbar 1 sudu kecil

Bahan lain 

  • Serai 1 batang (dititik)
  • Serbuk kunyit 1 sudu teh
  • Garam & gula secukup rasa

Kaedah

  • Rebus paru sehingga lembut 
  • Gaulkan paru dan serbuk kunyit bersama sedikit garam dan biarkan selama 5 minit. 
  • Kemudian digoreng separuh masak. Angkat dan toskan.
  • Panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar bersama serai. 
  • Biarkan naik bau dan sedikit garing, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Setelah bahan ditumis sebati, masukkan paru yang telah digoreng tadi. 
  • Gaul paru dan bahan ditumis sehingga sebati.
  • Sedia untuk dihidang dan dimakan bersama nasi putih,nasi goreng atau nasi lemak.

7)Resepi Daging Merah

daging-merah
image via Facebook

Mudah dan ringkas, masakan berikut sesuai bagi anda yang ingin cepat dalam penyediaan hidangan untuk keluarga anda. Resepi daging merah ini juga sesuai jika anda bekukan selepas masak, agar ia dapat dihidang segera apabila pulang dari kerja. Resepi yanb dikongsikan oleh Asroha Hamat telah mendapat lebih 700 likes di media sosial. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

Daging:

  • Seketul Daging anggaran berat 300gram
  • Pewarna merah anggaran 2 sudu teh

Masak Merah:

  • Bawang putih 2 ulas.
  • Bawang besar 1 biji.
  • Cili api 5 ulas.
  • Cili merah 1 ulas.
  • Sos tiram

Cara – cara memasak:

Daging:

  • Mula-mula lumurkan garam dan pewarna pada daging.
  • Rebus daging bersama garam dan pewarna merah sehingga ia empuk.
  • Apabila telah sejuk, keluarkan dan hiris nipis apabila ia telah sejuk.

Daging Masak Merah:

  • Panaskan minyak sedikit dan tumis bawang putih yang diketuk atau cincang.
  • Masukkan daging, kacau sebati dahulu.
  • Masukkan sos tiram pula.
  • Kemudian masukkan bawang besar dan cili.
  • Dengan api yang besar, masak sehingga semua bahan naik bau.
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

8) Rendang Daging Hitam

daging-masak-hitam
image via Facebook

Sejenis masakan yang biasanya dihidangkan didalam majlis keraian seperti perkahwinan, menu ini selalu menjadi pilihan. Namun jika anda ingin mencuba sendiri masakan ini untuk keluarga kecil anda, resepi yang telah dikongsikan oleh Azian Buaian Kuntum serta mendapat banyak perkongsian di laman Facebook beliau. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

Bahan Utama:

  • Daging lembu (1 – 1.5 kg)

Bahan Tumis:

  • Dua/Tiga cawan minyak masak untuk menumis
  • 1 biji bawang merah Besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1~2 inci halia
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 inci kulit kayu manis
  • Buah pelaga

Bahan disangai dan dikisar kering:

  • 2 sudu ketumbar
  • 2 sudu jintan manis
  • 3 sudu jintan putih
  • 10 biji lada hitam

Kuah:

  • 1~2 biji bawang besar merah (dikisar)
  • 6~8 bawang putih (dikisar)
  • 1 mangkuk cili kering pedas (dikisar)
  • 2 inci gula melaka merah
  • 3/4 sudu kerisek
  • 1 cawan kicap lemak manis
  • Sedikit perasa
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 biji bawang besar (dibelah empat) dan cili besar hijau (untuk dimasukkan sebelum tutup api)

Cara – cara memasak:

  • Daging dipotong agak nipis atau mengikut kepada citarasa anda. Jangan tebal dan besar sangat, nanti lambat masak.
  • Daging tersebut dibasuh dan toskan.
  • Panaskan minyak masak.
  • Masukkan kayu manis sekejap sebelum masukkan bahan tumis. Kacau sampai garing dan kekuningan.
  • Kemudian masukkan bawang putih dan merah yang telah dikisar dan kacau hingga wangi sehingga pecah minyak menjadi jadi warna jernih.
  • Masukkan cili kering kisar dan kacau sebentar hingga masak dan garing dan pecah minyak, masukkan santan 1kg dan gula melaka/gula merah yg ditumbuk kecil2. kacau sampai hancur gula. Masukkan daging yg telah dibasuh dan tos tadi.
  • Kacau pes itu bersama daging sampai pekat dan hati masak.
  • Masukkan sedikit kicap, bawang/cili potong jika suka, 2~4 sudu kerisik dan secukup rasa.
  • Kacau, biar kuah memekat sikit baru sedap.
  • Siap Daging Masak Hitam, bolehlah dihidang. Lauk ini enak dimakan dengan apa sahaja termasuk nasi beriani, pulut, nasi minyak dll.

9)Resepi Daging Goreng Rempah

daging-goreng-rempah
image via Facebook

Satu lagi resepi ringkas berasaskan daging yang anda boleh cuba. Pilihlah bahagian daging yang lembut seperti batang pinang, namun jika bahagaian lain, pastikan anda rebus sehingga ianya empuk.Resepi ini dikongsikan Khatijah Gneuz dan banyak perkongsian telah didapati di laman sosial. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 1 kilo daging di rebus sampai empuk (guna periuk tekanan 20 minit sahaja)
  • *5 ulas bawang kecil
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 inci kunyit hidup
  • *1 inci halia
  • *3 btg serai

Bahan bertanda (*) dikisar

  • Minyak utk menumis
  • 1 keping asam keping
  • 2 sudu rempah kurma
  • Garam & gula
  • Bawang besar
  • Cili api
  • Cili besar

Cara – cara memasak:

  • Panaskan minyak, masukkan daging, bahan yang dikisar dan rempah kurma
  • Apabila sudah hampir kering dan masukkan asam keping, bahan perasa, bawang besar, cili api dan cili besar.
  • Masakkan sampai kering dan naik minyak.
  • Siap!

10) Resepi Sup Tulang Lembu

sup-tulang-lembu
image via Facebook

Satu lagi resepi yang menjadi pilihan jika direstoran makanan Thailand. Sup ekor diperbuat dari bahagian ekor lembu, direbus sehingga empuk dan dimasak sup. Sup yang digunakan kali ini menggunakan rempah sup adabi dan jika ingin sedap tambahkan cili api dan juga perahkan jus limau nipis sebelum dijamu,

Resepi  yang ikongsikan oleh Ayu Mashruddin di Facebook telah mendapat banyak perkongsian. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Tulang (anggaran 2kg – 2.5kg) direbus dalam pressure cooker selama 45 minit
  • Halia
  • Bawang merah
  • Sup bunjut Adabi utk sup tulang : 2

Bahan untuk tumis darat:

  • Rempah Tumis : 1 pack
  • Bawang merah : hiris
  • Bawang putih : hiris
  • Halia : hiris
  • Cili merah : hiris
  • 1 pack kecil Rempah Sup Adabi
  • 1 pack kecil Rempah Kurma Adabi
  • Batang Daun Sup

Cara – cara memasak:

  • Selepas 45 minit direbus, masukkan bahan tumis kedalam periuk pressure cooker.
  • Tambahkan garam dan lada hitam.
  • Tambahkan lobak dan kenyang dan masak sehingga empuk.
  • Masukkan hirisan tomato.
  • Masukkan daun sup dan daun bawang.
  • Siap!

11) Resepi Asam Pedas Tetel 

Berikut adalah sejenis menu yang popular sejak akhir ini. Jika dahulu asam pedas jarang menggunakan daging sebagai bahan utamanya, namun berbeza kali ini kerana kita akan menggunakan daging tetel sebagai bahan utamanya. Penggunaan daun limau purut juga memberi kesan yang berbeza, berikut bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1/2 kg daging lembu/daging tetel (rebus dahulu)
  • 5 helai daun limau
  • 1 liter air – gunakan air rebusan daging
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Bahan-bahan kisar

  • 25 – 30 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci belacan
  • 2 batang serai – ketuk

Kaedah

  • Mula-mula bersihkan rebus daging hingga empuk.
  • Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar tadi dan serai sehingga naik bau dan garing.
  • Kemudian masukkan air rebusan daging dan masak sehingga mendidih.
  • Masukkan pula daging tetel. Kacau kemudian masukkan air asam jawa.
  • Setelah itu masukkan garam secukup rasa.
  • Masukkan daun limau. Biarkan seketika. 
  • Siap.

12) Resepi Serunding Daging

image via Facebook

Seterusnya ialah resepi serunding daging, yang amat popular dijadikan pilihan dalam hidangan bersama pulut kuning, kadangkala ia digunakan sebgai hiasan dalam pulut berhias. Resepi yang dikongsikan oleh Norsham Norhissamshah telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Oleh itu bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 1 kilo daging (direbus dan dicarik halus)
  • 200 ml santan
  • gula melaka/gula pasir
  • Garam
  • 3 senduk nasi cili giling/cili boh/cili kisar
  • Sedikit serbuk kunyit

Bahan Kisar:

  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 40 g biji ketumbar (disangai)
  • 10 g jintan manis (disangai)
  • 4 batang serai
  • 1/2 kilo kerisik
  • 5 sb kicap

Cara penyediaannya:

  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga keluar bau.
  • Masukkan cili giling/cili boh/cili kisar serta serbuk kunyit dan tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
  • Masukkan santan, daging dan bahan-bahan selebihnya. Kacau perlahan-lahan tanpa henti hingga kering dengan api perlahan.
  • Hidangkan setelah masak.
  • P/s: Kalau tak nak goreng dengan minyak,masukkan semua bahan dalam kuali dan kacau hingga kering.

13) Resepi Kuey Teow Sup Daging

image via Facebook

Resepi berikut adalah hasil perkongsian Shaira Aimi di laman Facebook milik beliau dan ia  telah mendapat banyak perkongsian. Kuey teow sup daging, sedap dimakan ketika panas juga sesuai sebagi hidangan ketika majlis kecil seperti harijadi atau rumah terbuka. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • 1 biji bawang sederhana besar hiris nipis*
  • 4 ulas bawang putih hiris nipis*
  • Serbuk lada putih*
  • Hirisan daging
  • Air
  • Asam keping
  • Tomato
  • Brokoli
  • Sedikit garam

Cara penyediaannya:

  • Tumis bahan bertanda * dengan sedikit minyak hingga bawang sedikit garing.
  • Masukkan hirisan daging, gaul rata sehingga permukaan daging sedikit goreng.
  • Masukkan air, asam keping. Biarkan reneh.
  • Apabila sup sudag mendidih, masukkan tomato dan brokoli.
  • Apabila brokoli sudah masak, masukkan garam. Gaul rata. Hidangkan dengan kuey teow.

14) Resepi Masak Lemak Cili Api Daging Salai

Resepi masakan berasaskan daging bergulai ini mempunyai bahan yang sangat minima. Pembuatannya juga amat ringkas, mengenyangkan dan sesuai untuk dihidang kepada keluarga sebagai hidangan makan tengahari. Anda juga boleh membekukan ia agar mudah untuk anda hidangkan apabila ingin cepat. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan utama

  • 300g Daging yang telah disalai dan dihiris sederhana tebal.
  • 2 biji kentang dibelah 4
  • 1batang serai ditumbuk
  • Asam keping (1/2 keping) boleh letak lebih kalau suka lebih masam. Tapi biasanya masak lemak cili api daging tidak perlu terlalu masam.

Bahan-bahan kisar

  • Cili api segenggam
  • Santan pekat ½ cawan
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • Air secukupnya

Kaedah

  • Kisar semua bahan-bahan kisar hingga halus.
  • Masukkan kedalam periuk,buka api dan kacau sentiasa agar santan tidak pecah.
  • Masukkan terus kentang dan serai yang telah ditumbuk tadi.
  • Tambah air jika perlu.
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa.Tambahkan serbuk kunyit jika kurang kuningnya.
  • Akhir sekali masukkan daging dan biar ia mengelegak sambil dikacau sentiasa agar tidak pecah santan.
  • Siap,boleh dihidang sekarang.

15) Resepi Semur Daging Salai

Daging semur ini adalah masakan orang Jawa, biasanya dihidangkan didalam nasi ambeng. Namun juga sesuai sebagai hidangan waktu makan utama seperti tengahari. Lauk ini paling sedap dimakan bersama ulam seperti timun, kacang panjang atau kobis putih. Jika anda ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan utama

  • ½ kg daging salai (hiris nipis)
  • 2 biji kentang dipotong baji dan digoreng
  • 1 labu bawang besar dibelah 4

Bahan-bahan kisar

  • 5 senduk cili kering yang dikisar.
  • Bawang merah 5 ulas
  • Bawang putih  3 ulas
  • 1 sudu besar jintan halus
  • 1sudu besar jintan kasar
  • 1 inci belacan

Bahan-bahan B ( Hiris dan Tumis)

  • 2 labu bawang besar  dipotong baji
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 inci halia (hiris)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji ketumbar
  • Kicap manis secukup hitam
  • Sekeping asam keping saiz besar.

Kaedah

  • Tumiskan bahan-bahan B sehingga naik bau. Kemudian tumis bahan A hingga naik minyak. tambahkan  asam keping sekeping.Tambahkan kicap secukup hitam. Tambah sedikit air, lebih kurang secawan.
  • Masukkan bawang yang telah dibelah 4. Kemudian masukkan daging salai yang telah dihiris nipis tadi.Gaul rata dengan sambal yang telah masak sebati. Biarkan sehingga semuanya mesra.
  • Akhir sekali tambah sedikit garam, jangan terlalu banyak kerana masakan ini telah ditambah kicap.

16) Resepi Sup Tulang Thai

sup-tulang-thai
image via Facebook

Selain daru sup ekor, sup tulang juga sering menjadi pilihan didalam hidangan berasaskan sup. Ini kerana daging yang terdapat pada tulang lebih sedap dan sedikit berlemak. Resepi ini dikongsikan oleh Zarina Mohd Dalim II dan banyak perkongsian serta likes telah diperoleh di media sosial. Berikut adalah bahan yang diperlukan bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini.

Bahan – bahan:

  • 1kg tulang dan daging lembu (rebus)
  • 1 btg saderi (hiris)
  • 3 helai daun limau purut( buang urat tgh, sbb x nak kuah jdi pahit)
  • 1 labu bawang Holland (hiris)
  • 1 btg serai (ketuk)
  • 1 btg lobak (potong ikut suka)
  • 3 biji kentang (potong)
  • 2 biji tomato (belah 4)
  • Cili padi (ikut nak ltk berapa)
  • Bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga

Bahan Tumbuk:

  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Halia
  • Lada hitam
  • Ketumbar
  • Jintan manis
  • Daun ketumbar
  • Lime juice

Cara – cara memasak:

  • Rebus 1kg tulang dan daging sehingga empuk.
  • Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk dan masukkan 2sdb rempah sup, masak sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan bahan tumis tadi kedalam air rebusan tulang,masukkan 3 sekawan, masukkan lobak, kentang, serai, daun saderi, cili api, bawang Holland.
  • Biarkan mendidih sehingga kentang dan lobak empuk.
  • Kemudian masukkan tomato, dan garam secukup rasa.
  • Siap! Boleh tabur dgn daun ketumbar dan perahan lime juice.

17) Resepi Pau Daging/Ayam

pau daging
image via Facebook

Berikut adalah resepi pau berasaskan intin daging yang anda boleh cuba, terutama apabila ada daging yang berlebihan.  Resepi ini dikongsikan oleh Rarra Sakura di laman Facebook milik beliau dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Sudah tentu resepi ini menarik untuk anda cuba berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

Pau:

  • 1kg tepung pau
  • 1 sb baking powder
  • 11 g (1 peket) yis kering (mauripan)
  • 3 sb gula
  • 3 sb susu pekat
  • 1 biji telur
  • 1/2 cwn minyak jagung
  • 2 1/2 cwn air

Inti Simple:

  • 350 g daging/ayam (rebus bagi empuk)
  • 4 biji kentang (rebus kemudian potong dadu)
  • 1 peket rempah kari
  • 2 sb serbuk cili
  • Minyak, garam, gula secukup rasa
  • 2 ulas bwg putih *
  • 1 inci halia *
  • 3 ulas bwg kecil *
  • Nota: bahan bertanda (*) dikisar terlebih dahulu

Cara – cara masakan:

  • Ambil sepeket yis, sediakan air suam dalam 50 ml, bancuh bersama dengan 1 sb gula. Tutup.
  • Biarkan ia berbuih dalam masa 5 minit.
  • Sediakan bekas, satukan tepung ngan baking powder, telur, gula, minyak dan susu pekat manis, gaul sebati jadi seperti serbuk.
  • Kemudian masukkan bancuhan yis tadi serta air sedikit demi sedikit.
  • Uli doh sampai lembut dan kenyal.
  • Tutupkan doh dengan kain, biarkan selama 7 minit.
  • Ambil doh, uli sekejap, kemudian buat bulat – bulat sebesar bola pingpong.
  • Isikan inti dan tutup. Susun dalam periuk kukus.
  • Biarkan sebentar doh. Bagi dia naik selama 5 minit.
  • Panaskan kukus dan kukus selama 7 minit.
  • Apabila dah masak, tutup api tapi jangan bukak penutupnya dulu, angkat kukus dengan penutupnya sekali.
  • Biar dalam seminit. Untuk elakkan pau mengecut.
  • Siap!

Inti Simple:

  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar serta serbuk cili..
  • Masukkan serbuk kari. Biarkan sampai pecah minyak.
  • Masukkan daging dan air rebusan.
  • Apabila sudah lembap, masukkan kentang.
  • Kacau sehingga kering.

18) Resepi Sambal Goreng Paru Garing

sambal goreng paru
Imej via Facebook

Resepi sambal paru goreng berikut telah ikongsikan oleh Normilawati Nordin‎ di laman Facebook. Resepi yang mudah, cepat dan lazat. Masakan seperti ini selain dimakan bersama nasi panas ia juga sesuai dimakan begitu sahaja. Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk anda cuba sendiri resepi ini.

Bahan-bahan :

  • Paru dibersihkan dan direbus hingga empuk. Kemudian dihiris kecil.
  • Cili kering 50 tangkai,
  • Bawang kecik merah 6 ulas,
  • Bawang putih 3 ulas,
  • Sedikit belacan (kalau suka),
  • Sedikit kicap manis,
  • Garam, Ajinomoto atau serbuk cukup rasa sedikit,
  • Gula perang, untuk mencantikkan kuah sambal (gula putih pun boleh).

Cara-cara :

  • Paru yang sudah direbus tadi dihiris kecil-kecil kemudian digoreng hingga garing, ketepikan.
  • Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga halus (cara untuk bagi bahan naik rasa dan sedap kisar asing-asing antara bawang dan cili, sebab saya tumis bahan bawang dan belacan dahulu baru cili).
  • Tumis dahulu bawang merah, bawang putih dan belacan. Tumis hingga naik bau wangi kemudian barulah dimasukkan cili kering yang telah dikisar, biarkan hingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan garam, gula dan aji/serbuk cukup rasa dan sedikit kicap. Kacau sebati.
  • Masukkan paru dan biarkan hingga kuah kering sedikit kemudian tabur bawang besar dihiris.
  • Seimbangkan rasa. Siap.

19)Resepi Rendang Daging Minangkabau

rendang daging minang
Imej via Facebook

Berikut adalah resepi rendang minang asli guna rempah ketumbar. Hasil perkongsian daripada ‎Putra Bugis Temasek di laman Facebook. Baisanya dihidang dihari istimewa seperti hari raya. Namun jika anda ingin menucba untuk masakan dihari biasa juga boleh, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  • 1 kilo daging,
  • 1 kilo santan,
  • 3 sudu besar ketumbar/ditumbuk dengan 10 ulas bawang putih,
  • 12 biji bawang merah kecil/ditumbuk,
  • Cili kering 100 gram,
  • ½ inci halia,
  • ½ inci lengkuas,
  • 2 batang serai,
  • 2 helai daun limau purut,
  • 1 biji buah pala,
  • 1 sudu kecil jintan putih dan jintan manis (dicampur),
  • Garam, serbuk perasa/ganti dengan gula Melaka,
  • Penumis letak bunga lawang/kayu manis,
  • Tidak guna rempah kari di kedai, kami cuma guna rempah ketumbar.
  • Kalau ingin cepat lumat tumbuk dengan bawang putih.
  • Semua bahan ditumbuk. Cili kering diblender.

20) Resepi Daging Masak Belacan

daging-masak-belacan
image via Facebook

Mudah dan ringkas, resepi berikut adalah hasil perkongsian dari Zarina Moksin di laman sosial Facebook miliknya. Bagi anda yang kebuntuan idea untuk masak apa hari ini, mungkin boleh mencuba resepi ini. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Daging (dipotong nipis)
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Lada merah
  • Belacan
  • Bawang besar (dimayang)

Langkah – langkah memasak:

  • Rebuskan daging terlebih dahulu. Potong daging nipis nipis.
  • Tumiskan bawang dan cili padi.
  • Masukkan belacan yang telah dikisar sehingga halus sehingga naik bau.
  • Masukkan bawang besar yang telah dimayang.
  • Masukkan daging dan perisakan bersama garam.

21) Resepi Daging Goreng Kaprau

daging kaprau
Imej via Facebook

Satu lagi resepi yang diambil dari negara Thailand, ia makin popular dinegara kita. Beli di restoran atau anda boleh cuba sendiri resepi ini, kerana ia amat ringkas. Perkongsian dari Tengku RosElyza Raja Muhammad ini bukan sahaja ringkas tetapi juga sedap terutama bagi anda yang meminati masakan Thailand. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

  • Daging batang pinang dihiris nipis,
  • 2 sudu besar pes tomyam,
  • Cili api diketuk ikut kepedasan. (Resipi asal mesti pedas).
  • 2 labu bawang besar (dibelah delapan),
  • 1 sudu besar kicap manis,
  • 1 sudu besar sos cili Thai,
  • Daun selasih.

Cara-cara :

  • Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu pes tomyam selama ½ jam.
  • Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8.
  • Terus masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar.
  • Setelah agak garing, masukkan hirisan daging yang telah diperap dan goreng hingga daging kecut.
  • Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili. Sentiasa goreng.
  • Masukkan daun selasih yang telah dipetik-petik, dicuci dan ditoskan.
  • Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.
  • Tip : Kalau tidak ada daging batang pinang guna daging biasa pon boleh. Tapi dengan syarat kena rebus dulu. Daging batang pinang tidak perlu direbus, terus goreng sahaja.

22)Resepi Daging Masak Kicap

daging masak kicap
Imej via Facebook

Mudah dan ringkas, masak kicap ini terutama bila digunakan daging sebagai bahan utama. Kali ini hasil perkongsian dari Iqlima Abu Bakar‎‎ di laman Facebook. Resepi ini ialah yang biasa beliau gunakan semasa berniaga, sudah tentu ianya amat sedap kerana ia menjadi kesukaan pelanggan beliau. Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk anda cuba sendiri resepi ini.

Bahan-bahan :

  • Daging direbus sehingga empuk,
  • Kicap lemak manis,
  • Kicap pekat,
  • Kicap masin,
  • Sos tiram,
  • Serai (ketuk),
  • Halia (hiris nipis),
  • Bawang Holland (mayang),
  • Bawang merah (blend),
  • Bawang putih (blend),
  • Buah keras (tumbuk),
  • Cili kering (blend),
  • Rempah empat sekawan,
  • Garam,
  • Gula.

Cara-cara :

  • Tumis bahan blend dan tumbuk.
  • Lepas naik bau letak cili blend dan empat sekawan beserta halia dan serai.
  • Kacau lagi letak kicap dan sos tiram.
  • Letak daging dan jika suka boleh letak sedikit air rebusan daging tadi.
  • Bila hampir masak letak bawang Holland, jika suka buleh letak tomato dan lada besar.
  • Sudah angkat boleh taburkan daun sup atau bawang goreng.

23) Resepi Pulut Kuning Rendang Daging

pulut kuning rendang daging
Imej via Facebook

Istimewa resepi kali ini kerana ia menjadi sejenis hidangan yang disediakan untuk majlis istimewa seperti khatam al-quran. Resepi ini telah dikongsikan oleh Nur ZoyAliana Sham Husin di laman Facebook. Pulut merupakan satu hidangan mewah pada suatu masa dahulu, kerana itulah bagi meraikan hari istimewa, pulut kuning bersama rendang daging dijadikan hidangan untuk tetamu istimewa. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan Resepi Rendang :

  • Daging satu kilo,
  • Santan segera sekotak yang kecil,
  • 3 biji bawang besar **,
  • 5 ulas bawang kecil **,
  • 5 ulas bawang putih **,
  • 1 inci lengkuas **,
  • 2 inci halia **,
  • 3 inci kunyit hidup **,
  • 1 genggam cili padi **,
  • Setengah cawan minyak masak **,
  • 3 batang serai,
  • 5 sudu besar cili kering kisar,
  • 1 buku kecil gula Melaka,
  • Sehelai daun kunyit,
  • 2 keping asam keping,
  • Kerisik,
  • Garam.

Cara-cara :

  • Blend semua yang bertanda **.
  • Tumis hingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan cili kering kisar.
  • Tumis lagi sehingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan daging dan serai.
  • Kacau sebati dan masak sehingga daging hampir empuk.
  • Masukkan gula melaka.
  • Masukkan daun kunyit.
  • Masukkan santan.
  • Masak lagi sehingga daging empuk.
  • Masukkan kerisik dan asam keping.
  • Masak lagi dan perasakan dengan garam.

Bahan Untuk Pulut Kuning :

  • Pulut 1 kg,
  • Serbuk kunyit,
  • Santan segera sekotak yang kecil,
  • Garam.

Cara-cara :

  • Rendam pulut dengan serbuk kunyit dalam 3-4 jam.
  • Kemudian basuh bersih dan tos.
  • Kukus dalam 45 minit.
  • Kemudian, keluarkan pulut dari kukusan dan gaul rata dengan santan dan perasakan dengan garam.
  • Teruskan kukus semula lebih kurang setengah jam sehingga pulut benar-benar masak.

24) Resepi Kurma Daging

kurma daging
Imej via Facebook

Resepi istimewa orang keturunan mamak, kurma daging ini menjadi salah satu hidangan didalam masakn nasi kandar. Resepi ini telah dikongsikan oleh Aisyah Mansor di laman Facebook. Selain dari nasi putih ia juga sesuai dimakan bersama nasi minyak atau nasi hujan panas, namun begitu bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan bahan:

  • Seekor daging kambing (anggaran 16 kg),
  • 7 biji kelapa (anggaran ikut saiz kelapa),
  • Garam secukup rasa,
  • 1 paket (100 gram) kulit kayu manis,
  • 1 paket (100 gram) bunga lawang,
  • 1 paket (100 gram) jintan manis,
  • 1 paket (100 gram) buah pelaga,
  • 4-5 pek (220 gram) rempah kurma Faiza,
  • 10 ulas bawang merah dihiris,
  • 15 ulas bawang putih dihiris,
  • 7 inci halia dihiris,
  • 1 cawan minyak masak.

Bahan Kisar :

  • 15 ulas bawang besar,
  • 18 ulas bawang putih,
  • 7 inci halia,
  • 18 biji buah keras supaya kuah jadi lemak,

Sayuran (untuk tabur selepas siap masak),

  • 4 tangkai cili hijau,
  • 15 biji ubi kentang,
  • 6 biji buah tomato dibelah dua,
  • 6 biji bawang besar dibelah empat,
  • Daun sup,
  • Daun pandan.

Cara cara:

  • Panaskan minyak dan masukkan rempah penumis bersama bahan kisar sehingga wangi.
  • Masukkan rempah kurma (tidak bancuh dengan air) dan kacau dengan cepat.
  • Masukkan sedikit air supaya tidak hangus. Terus kacau lagi.
  • Masukkan daging serta air dan masak sehingga daging empuk.
  • Ketika daging hampir empuk, masukkan ubi kentang.

25) Resepi Rendang Daging

rendang-daging
image via Facebook

Akhir sekali resepi rendang daging, tidak sah rasanya jika resepi rendang daging tidak disertai bersama himpunan resepi berasaskan daging ini. Resepi yang telah dikongsikan oleh Ina Hasliza Othman di laman Facebook beliau dan banyak perkongsian telah didapati. Sesuai untuk anda yang suka mencuba, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan – bahan:

  • Daging 3kg
  • Bawang besar 10 – 15 biji*
  • Bawang putih 2-3 labu*
  • Halia 2 ketul anggaran besar tapak tangan*
  • Lengkuas 2 ketul*
  • Serai 1 ikat anggaran 20 btg*
  • Kunyit hidup 4-5 ketul*
  • Buah keras 10 biji*
  • Cili padi 20 biji*
  • Cili kering kisar 2 mangkuk sup
  • Kayu manis, pelaga, cengkih, lawang
  • Daun limau purut
  • Daun kunyit
  • Kerisik 250gm
  • Kelapa parut 1/2 biji dikisar (jangan dibuang hampasnya)
  • Santan kotak kara kecik 1 1/2 kotak
  • Garam gula serbuk perasa secukupnya
  • Jus limau 3 sudu makan
  • Gula merah serbuk 3 sudu makan
  • Asam keping 3-4 keping
  • Minyak masak secukupnya
  • Bahan bertanda (*) dikisar.

Langkah – langkah memasak:

  • Panaskan minyak, tumis kayu manis, pelage, cengkih dan lawang.
  • Masukkan semua bahan kisar (yg bertanda *) dan cili kisar.
  • Tumis hingga wangi dan agak garing baru masukkan daging.
  • Tambah sedikit air jika perlu.
  • Masukkan daun limau purut dan asam keping dan tunggu sehingga daging masak.
  • Perasakan dengan garam, gula, gula merah, jus limau, serbuk perasa. Gaul sebati.
  • Masukkan santan dan kelapa parut yg dikisar tadi bersama hampasnya sekali. Gaul lagi.
  • Masukkan kerisik, daun kunyit yang dihiris dan tunggu sehingga rendang pekat.
  • Boleh tutup api jika daging sudah betul – betul masak dan empuk.

Itulah dia 25 resepi berasaskan daging yang dapat kami kongsikan disini. Jika anda suka mencuba atau sememangnya suka masak terutamanya daging, bolehlah anda mencuba sendiri resepi disini. Jangan lupa untuk like dan share posting kami ini , agar dapat dimanafaat oleh orang lain juga. Selamat mencuba ya!

Koleksi Resepi Lain

  • Resepi daging
  • Resepi dessert
  • Resepi ikan

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *