Koleksi 25 Resepi Udang Popular Paling Sedap

Udang adalah makanan yang kaya dengan nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh manusia. Bukan itu saja malah ia juga dikenali dengan protein yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Udang juga mempunyai antioksida yang memberi manfaat. Bukan saja rasanya sedap ia juga menjadi kegemaran ramai orang kita.

Udang boleh dimasak dengan pelbagai cara di antaranya grill, panggang, goreng, ataupun dijadikan bahan utama dalam kuah. Di antara resepi yang paling popular berasaskan udang ialah sambal tumis bersama petai, dimasak bersama tempoyak atau lemak cili api ataupun kari bersama terung. Selain itu ia juga biasa dijadikan rencah dalam masakan sayur atau pelbagai jenis mi.

Oleh kerana udang digemari , kami bawakan kepada anda koleksi 25 resepi berasaskan udang yang amat popular dan pasti digemari. 

1)Resepi Udang Nestum

Resepi yang sangat popular di restoran atau gerai. Udang nestum dimasak seperti udang mentega hanya bezanya  ia ditambahkan nestum sebagai penambah rasa.Bagi anda yang ingin mencuba sendiri masakan ini sebagai hidangan untuk keluarga tercinta, berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • 20 ekor udang yang agak besar
  • 10 helai daun kari
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 3 sudu besar butter
  • 3 biji cili api dihiris kasar
  • 1 sudu kecil serbuk stok ayam
  • 1/2 cawan nestum 
  • minyak untuk menggoreng udang

Kaedah 

  • Udang digaul dengan sedikit garam. Panaskan minyak dan goreng jangan sampai garing. Angkat dan toskan.
  • Panaskan butter. Masukkan bawang putih, daun kari dan cili api. Masak sehingga berbau wangi.
  • Masukkan pula nestum dan gaul sehingga nestum nampak garing. Matikan api. Masukkan udang yang telah digoreng ke dalam kuali. Gaulkan dia bersama nestum hingga sebati. Angkat dan hidangkan panas

2)Resepi Rendang Udang Daun Kunyit 

Masakan seterusnya yang menggunakan udang ini dijadikan bahan utama dalam masakan ini iaitu rendang. Umum mengetahui bahawa udang tidak boleh dimasak terlalu lama tetapi tahukah anda udang yang dimasak menjadi rendang amat sedap,. Jika anda ingin mengetahui akan rasanya cubalah sendiri, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 300 gm udang galah
  • 500 ml santan pekat
  • 15 ml minyak
  • 5 helai daun kunyit – dihiris halus
  • 1 batang serai ditumbuk pecah 
  • Sedikit asam keping
  • Garam dan gula secukupnya

Bahan kisar

  • 10 tangkai cili kering 
  • 8 ulas bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih 
  • 5 sm kunyit hidup (serbuk kunyit)
  • 3 sm lengkuas (pilihan)
  • 2 batang serai 

Kaedah

  • Kemudian, tumiskan semua bahan kisar hingga pecah minyak.
  • Seterusnya, masukkan santan, asam keping, serai, gula dan garam secukup rasa.
  • Biarkan hingga mendidih dan sedikit pekat, baru masukkan udang dan daun kunyit yang telah dihiris.
  • Teruskan masak sehingga udang masak.
  • Siap!

3)Resepi Udang Goreng Cili Bertelur

Seterusnya resepi udang goreng cili bertelur merupakan sejenis masakan yang diubah suai dari masakan ketam goreng cili bertelur. Ia sangat popular dan dikenali sebagai masakan Cina. Sesuai bagi anda yang kesuntukan masa untuk masak, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan 

  • 3-4 ekor udang
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili padi (potong)
  • 1 biji telur (pukul sedikit)
  • Sedikit halia
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Cuka
  • Minyak bijan
  • Garam
  • Gula

Kaedah 

  • Kisar halia, bawang besar dan bawang putih dan tumis bahan kisar bersama cili kisar sehingga cili benar benar masak dan garing. hanya cincang halus sahaja bawang dan halia.
  • Masukkan semua bahan lain, kecuali telur. Bila dah secukup rasa, masukkan ketam atau udang. Tutup kuali supaya ketam cepat masak.
  • Bila ketam/udang dah masak, angkat keluar ketam/udang dari kuali dan diletak dalam pinggan. Tuang telur di atas udang.
  • Masukkan cili padi dan pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk dan kacau dengan garfu sebelum dituang ke dalam kuah sos. Kacau telur sehingga sebati. Tutup api.
  • Akhir sekali, siram kuah sos ke atas ketam atau udang yang telah dikeluarkan tadi.

4)Resepi Udang Masam Manis 

Resepi ini diubah suai daripada masakan popular iaitu masam manis. Dia menggunakan mengguna udang sebagai bahan utama. Untuk menjadikan ia masam-masam manis resepi ini menggunakan beberapa jenis sos. Ringkas dan mudah disediakan,Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 15 ekor udang saiz sederhana
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 1 tin kecil nenas dalam tin (pilihan)
  • 2 camca besar sos cili thai
  • 1 camca besar cili kisar
  • 1 camca besar sos plum
  • Garam secukup rasa
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan

Kaedah 

  • Udang dibersihkan, tak perlu dibuang kulitnya. Gaul dengan serbuk kunyit dan 1/2 camca teh garam. Kemudian goreng hingga udang berubah warna, angkat dan toskan.
  • Sementara itu, cili merah dan hijau, dibelah 2, buang biji dan hiris kasar setiap belahan. Nenas ditoskan, kemudian potong kecil, asingkan airnya. Ketepikan.
  • Cedok keluar minyak dan tinggalkan 3 camca besar. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos cili thai dan sos plum, kacau rata. Masukkan air dari nenas dalam tin tadi. Kacau rata dan masak sekejap.
  • Tambah udang, bawang besar, nenas, cili merah dan hijau. Kacau rata dan masak hingga kuah pekat. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dhidangkan. Sedap dimakan bersama nasi panas.

5)Resepi Udang Bakar Cheese

Resepi seterusnya di ambil daripada sebuah menu yang popular di restoran makanan laut.Ia menggunakan udang bersaiz besar dan juga keju mozarella. Cara memasak nya juga amat mudah iaitu di bakar didalam oven atau magic pan. Bagi anda yang teringin mencuba sendiri masakan ini, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Beberapa ekor udang – yang telah dibersihkan dan kalau boleh saiz besar
  • Sedikit mentega
  • Keju mozzarella
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk lada sulah – lada hitam pun boleh

Kaedah

  • Mula-mula sekali, udang yang telah dibersihkan tu, belah bahagian belakangnya.
  • Pada masa yang sama, campurkan keju mozzarella, mentega, garam dan lada sulah dalam satu bekas.
  • Setelah itu, letakkan bahan campuran tersebut pada belahan udang dan dibahagian kaki udang.
  • Kemudian bolehlah susun atas pemanggang dan bakar untuk 10-12 minit atau sehingga masak.
  • Siap

6)Resepi Udang Goreng Butter Tanpa Susu

Satu lagi menu yang mendapat perhatian ramai peminat udang-udang iaitu udang goreng butter atau nama lainnya butter prawn. Lazimnya resepi ini menggunakan susu tetapi sesuai bagi anda yang alergik anda boleh mencuba resepi ini kerana ia tidak menggunakan susu langsung. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 300 gram udang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi (diketuk)
  • 1 tangkai daun kari
  • 3/4 sudu butter
  • 1 biji telur (dipukul)
  • Garam dan perasa jika perlu

Kaedah

  • Panaskan butter dalam kuali. 
  • Tumiskan bawang putih dan cili serta daun kari hingga naik bau
  • Masukkan udang daun gaul rata sehingga udang setengah masak.
  • Kemudian masukkan telur dan biarkan telur sedikit masak dan gaul rata.
  • Perasakan dan angkat. 
  • Siap.

7) Resepi Udang Goreng Tepung Roti (Ala Cafe)

Satu lagi resepi popular dari luar negara, iaitu udang goreng tepung roti ia menggunakan udang saiz besar yang di gaul bersama telur dan kemudian disadur dengan serbuk roti. Serbuk roti boleh dibeli tetapi ia juga boleh dibuat sendiri anda boleh menggunakan sebarang jenis roti yang dikeringkan kemudian dikisar menjadi serbuk. Bagi anda yang tidak pernah mencuba apa kata anda cuba sendiri,Berikut ialah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 15 ekor udang saiz besar
  • 1/4 camca teh serbuk lada hitam
  • 1 ulas bawang putih, tumbuk lumat
  • Secubit garam
  • 1 putih telur, pukul sedikit
  • Serbuk roti secukupnya
  • Minyak secukupnya.
  • Sos kegemaran anda

Kaedah

  • Udang dikupas kulitnya, tinggalkan bahagian ekor, belah sedikit belakang udang dan buang uratnya, cuci bersih dan toskan.
  •  Lap udang tadi dengan kitchen paper towel, kemudian gaul bersama serbuk lada hitam dan bawang putih tumbuk dan perap 5 minit.
  • Ambil seekor udang tadi, celup dalam putih telur, kemudian golekkan dalam serbuk roti. 
  • Celup sekali lagi dalam putih telur dan golekkan sekali lagi dalam serbuk roti. Letak dalam pinggan bersih. 
  • Buat kaedah sama untuk setiap ekor udang hingga habis.
  • Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng udang bersalut tadi hingga kuning keemasan, guna api sederhana. 
  • Angkat dan toskan.
  • Letak atas kitchen paper towel, biar minyak terserap. 
  • Hidangkan bersama sos kegemaran anda.

8) Resepi Pucuk Paku Tumis (Sama Udang )

Resepi ini popular di kalangan peminat masakan kampung. Pucuk paku dimasak bersama udang amat sedap sekali dijadikan hidangan di waktu makan utama. Dalam resepi ini udang yang digunakan ialah yang tajam, anda juga boleh membeli menggunakan udang saiz besar mengikut citarasa anda. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1 cekak pucuk paku hijau
  • 1 mangkuk kecil udang kecil atau udang tajam (kopek semua kulitnya)

Bahan tumbuk kasar

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji cili hijau
  • 1 biji cili merah
  • 1 sudu teh garam dan sedikit serbuk perasa

Kaedah

  • Pucuk paku diasingkan dari tangkainya, cuci dan toskan. 
  • Udang dikupas kulit, cuci bersih dan toskan. 
  • Panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu.
  • Masukkan udang dan masak hingga udang bertukar warna. 
  • Tambah air, dan biar sekejap. 
  • Masukkan pucuk paku dan gaul rata. 
  • Masak hingga pucuk paku lembut, tapi bukan sampai lembik. 
  • Siap.

9)Resepi Kari Terung Udang (Ala Mamak)

Seterusnya ialah masakan kari udang bersama terung, masakan ini amat ringkas kerana dia menggunakan serbuk kari yang telah siap dan boleh dibeli di pasar raya. Ia menggunakan terung tetapi anda juga boleh mengguna kan bendi atau tomato mengikut pilihan anda sendiri. Berikut adalah bahan yang anda boleh dapati untuk anda cuba sendiri.

Bahan utama

  • 10 ekor udang galah

Bahan lain

  • 350 gm terung panjang
  • 30 gm serbuk kari ikan,dibancuh dengan sedikit air menjadi pes
  • 600 ml santan
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • Garam secukup rasa

Bahan tumis

  • 1 biji bawang besar,hiris halus
  • 6 ulas bawang merah,belah 2
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu teh halba
  • 4-5 sudu makan minyak

Kaedah 

  • Panaskan minyak and tumis bahan tumis hingga wangi dan bila bawang menjadi perang. Masukkan pes kari dengan sedikit air tumis hingga naik miyak.
  • Masukkan terung dan kacau rata. 
  • Masukkan santan dan air asam kacau rata dan biarkan masak hingga terung 1/2 masak masukkan udang dan garam kacau dan masak hingga terung masak.
  • Siap

10)Resepi Masak Lemak Cili Padi Nangka Muda Dan Udang

Berikut adalah masakan lemak cili padi nangka yang dimasak bersama udang. Nangka muda amat popular di kalangan peminat masakan kampung. Selain daripada dimasak dengan udang nangka muda juga selalu dimasak dengan ayam terutama ayam tua, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-Bahan

  • 300 g udang tajam
  • 500 gram nangka muda
  • 2 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 batang serai, dititik

Bahan untuk kisar halus

  • 5-10 biji cili padi
  • 1 sudu teh serbuk kunyit atau ½ inci kunyit hidup.

Kaedah

  • Bersihkan udang dan kopek kan kulitnya.
  • Bersihkan nangka muda, potong kecil dan rebus sehingga lembut. Toskan.
  • Masukkan nangka ke dalam periuk bersama bahan kisar halus dan santan cair. Rebus di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih.
  • Masukkan serai, asam keping, udang dan santan pekat. Masak sehingga mendidih. Kuah perlulah selalu dikacau supaya santan tidak berketul.
  • Perasakan garam dan gula secukupnya.
  • Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
  • Siap.

11) Resepi Udang Goreng Kunyit

Seterusnya resepi-resepi Udang goreng kunyit yang amat ringkas dan mudah disedia kan. Masakan ini menggunakan bahan yang sangat ringkas dan perlu dimasak menggunakan api yang panas untuk memelihara keenakkannya.

Bahan-bahan

  • 10 ekor udang sederhana besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji cili padi
  • 1 biji cili merah – hiasan
  • 1 ulas bawang besar – potong nipis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • daun bawang – hiasan
  • garam, gula
  • sedikit kunyit
  • minyak untuk menggoreng

Kaedah

  • Udang dibersihkan dan gaul dengan sedikit garam dan kunyit, ketepikan. Bawang putih dan cili padi ditumbuk kasar dan tumiskan dengan sedikit minyak sehingga naik bau. 
  • Masukkan bawang besar dan biarkan seketika. 
  • Masukkan udang tadi dan goreng sehingga masak. 
  • Masukkan sos tiram dan kacau. 
  • Perasakan secukupnya dengan garam dan gula. Masukkan cili merah dan daun bawang yg telah dipotong.
  • Siap!

12) Resepi Udang Petai Tempoyak

Udang petai dan tempoyak merupakan satu lagi resepi yang sangat digemari terutamanya peminat durian. Masakan ini popular di Negeri Sembilan, jika anda ingin mencubanya berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. Untuk mencari tempoyak yang sedap anda boleh membelinya di pasar tani.

Bahan utama

  • 20 ekor udang sederhana besar (bersihkan mengikut cara anda)
  • 1-2 papan petai (kopek dan ambil isinya)

Bahan-bahan lain 

  • 4 ulas bawang merah
  • 3-5 sudu besar tempoyak (ikut selera masing-masing)
  • 5-10 biji cili padi (anggaran ikut tahap kepedasan yang dikehendaki)
  • Air mengikut tahap kepekatan kuah yang dikehendaki
  • 1 inci kunyit hidup atau 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 helai daun kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa

Kaedah

  • Kupas kulit udang, basuh dan toskan.
  • Tumbuk atau kisar bawang merah, cili padi dan juga kunyit hidup.
  • Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama tempoyak dan juga air. Biar hingga menggelegak dan kuah likat mengikut tahap yang anda gemari.
  • Kecilkan api dan masukkan udang, petai, garam dan gula sekiranya perlu. Masukkan juga daun kunyit yang telah dibasuh dan telah dihiris nipis atau disiat dua sahaja. 
  • Tambahkan garam,serbuk perasa dan gula jika perlu.

13) Resepi Udang Galah  Masak Lemak

Satu lagi resepi yang amat sedap, yang berasaskan udang dan santan. Amat sesuai dijadikan hidangan diwaktu makan terutama waktu makan utama, anda tentu akan suka pada rasanya, terutama jika anda ialah peminat udang. Berikut adalah bahan-bahan yang anda perlukan.

Bahan utama

  • Udang galah ½ kilo (10-15 ekor)

Bahan-bahan tumbuk/kisar

  • Bawang merah 4-5 ulas/Bawang besar ½ biji
  • Bawang putih 3 ulas 
  • Halia ½ inci
  • Lengkuas ½ inci
  • Kunyit hidup/1 sudu teh serbuk kunyit
  • Buah keras 1 @ 2 – untuk pekatkan
  • Cili api segenggam (pilihan)
  • Serai 1-2 batang (tumbuk pecah)

Bahan lain 

  • Santan 200ml
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula

Kaedah

  • Mula-mula bersihkan udang, buang apa yang perlu, perasakan dengan garam dan kunyit sedikit, asingkan.
  • Tumiskan bahan yang telah ditumbuk/kisar bersama serai yang ditumbuk pecah.
  • Apabila telah naik bau, masukkan santan dan kacu sehingga ia sebati.
  • Tambah sedikit air jika perlu, garam, serbuk perasa dan gula jika perlu. Kemudian masukkan udang dan masak sehingga naik minyak.
  • Siap.

14) Resepi Udang Masak Merah

Jika anda kebuntuan idea untuk masak, diharap anda akan suka akan resepi udang masak merah daripada ‎Nooraini Ramly‎ di laman Facebook. Resepi ini telah mendapat banyak perkongsian, jadi sudah tentu rasanya amat sedap, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

udang masak merah
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Udang basah,
  • Bawang merah 2 ulas*,
  • Bawang putih 2 ulas*,
  • Halis sedikit (1 hiris)*,
  • Kunyit hidup sedikit (1 hiris)*,
  • Cili boh @ cili kering,
  • Sos tiram 1 sudu,
  • Sos tomato 1 sudu,
  • Sos cili 1 sudu.

Cara-cara :

  • Mula-mula bersihkan dan kopek kulit udang. Tidak kopek tidak mengapa mengikut selera.
  • Semua bahan bertanda *ditumbuk atau diblend.
  • Panaskan minyak, tumis bahan bertanda *.
  • Jika bahan tumis sudah kering sedikit, masukkan cili kering, sos tiram, sos tomato dan sos cili. Jangan letak sos banyak-banyak nanti tidak sedap.
  • Tumis sampai pecah minyak gunakan api perlahankan, kalau kuat nanti terhangit, sambal jadi pahit.
  • Jika sudah garing, masukkan air sedikit.
  • Agak-agak sudah pekat, masukkan garam, penyedap rasa sedikit untuk menstabilkan rasa.
  • Untuk cantikkan sambal, titikkan kicap sedikit supaya Nampak gelap sedikit.
  • Seterusnya masukkan udang.
  • Jika udang sudah masak, tutup api. Hias dengan hirisan bawang.

15) Resepi Sambal Kari Udang

Seterusnya perkongsian dari Sistar Zu dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Sesuai sebagai hidangan utama yang mengenyangkan dan ia juga amat mudah untuk disediakan. Jika anda ingin cuba, berikut adalah bahan yang diperlukan.

sambal-kari-udang
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 kg udang dibuang kepala dan dibersihkan
  • 1 labu bawang besar di hiris
  • 2 tangkai lada merah di hiris
  • 4 sudu besar rempah kari
  • 1 biji tomato dipotong panjang
  • 2 kpg asam gelugor
  • 1 pokok daun bawang di potong 1 inci panjang
  • 1 pelepah daun kari
  • Sedikit air
  • Sedikit serbuk kunyit, garam dan gula
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan Kisar:

  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara – cara memasak:

  • Udang digaul dengan garam dan gula. Kemudian digoreng sebentar. Angkat dan toskan.
  • Tumis daun kari. Masukkan bahan – bahan yang dikisar bersama serbuk kari. Masukkan sedikit air untuk mengelakkan kari dari hangus.
  • Apabila telah gareng, masukkan pula asam keping, garam dan gula.
  • Masukkan udang tadi, berserta tomato dan lada merah yang telah dihiris tadi.
  • Gaul rata dan boleh diangkat. Sedap di makan dengan nasi panas.

16) Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi

Satu lagi masakan yang amat sedap dimasak menggunakan udang ialah lemak cili api. Resepi ini dikongsikan oleh Zara Zahara dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Sedap dan sesuai sebgai hidangan seisi keluarga anda, berikut adalah bahan yang diperlukan.

udang-masak-lemak-cili-api
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 kilogram udang
  • 1 biji bawang merah *
  • Kunyit hidup sebesar ibu jari *
  • 6 biji cili api *
  • Santan
  • 3 batang serai di ketuk
  • 3 keping asam keping
  • Garam
  • Gula (jika perlu)
  • Timun
  • Kacang panjang
  • Bahan bertanda (*) ditumbuk

Langkah – langkah memasak:

  • Masukkan 1 cawan air masak, bahan – bahan yang telah ditumbuk, serai, asam keping dan garam.
  • Masakkan sehingga mendidih.
  • Masukkan udang dan santan.
  • Apabila mendidih, masukkan kacang panjang dan timun.
  • Agak – agak mendidih selama 5 minit, tutupkan api dan hidangan siap untuk dihidang.

17) Resepi Sambal Tumis Udang Petai

Resepi kegemaran ramai ini kadang kala bertambah nasi jika dimakan bersamanya. Sambal tumis ydang petai ini selain dimakan dengan nasi ia juga digemari dimakan bersama nasi lemak, anda harus mencubanya sendiri.

Bahan utama

  • 20 ekor udang saiz besar, gunting bahagian tajam dikepala dan ekor,cuci, toskan dan tambahkan garam,serbuk kunyit dan sedikit gula.
  • 4 papan petai, ambil isinya

Bahan kisar

  • 1 bawang besar saiz kecil (atau 4 ulas bawang merah)
  • 1 sudu besar udang kering/ikan bilis 
  • 1 inci belacan

Bahan hiris dan tumis

  • 1 labu bawang besar saiz besar (hiris bulat)
  • 4 cawan cili kering yg telah dikisar (gunting,rebus dan bilas hingga hilang bijinya)
  • 1 keping asam keping saiz kecil
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Air anggaran secawan.

Kaedah

  • Pertama, tumiskan bahan yang telah dikisar dan biarkan ia naik bau.
  • Kemudian tumiskan cili kering,asam keping dan bawang yang telah dihiris tadi.
  • Biarkan hingga cili naik minyak, kacau selalu agar ia tidak hangit.
  • Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit agar tidak terlalu cair.
  • Masak lagi agar cili benar-benar garing, masukkan garam,gula dan serbuk perasa secukupnya.
  • Masukkan udang dan petai dan gaul agar sebati, tambah air jika perlu.
  • Masak lagi agar sambal dan udang benar-benar serasi.
  • Tutup api apabila semua bahan mulai sebati.
  • Siap.

18) Resepi Kerabu Udang Mangga

Kerabu yang menggunakan udang kering dan mangga sebagai bahan utamanya ini amat popular dikenali sebagai hidangan makanan Thai. Resepi ini dikongsikan oleh Wan Marina Musa dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Anda harus mencubanya, berikut adalah bahan yang diperlukan.

kerabu-udang-mangga
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Buah mangga muda
  • Udang kering
  • Kacang tanah
  • Cili padi
  • Bawang merah
  • Serai
  • Bunga Kantan
  • Garam
  • Gula
  • Perasa

Cara – cara memasak:

  • Parut mangga muda kemudian tumbuk udang kering, cili padi, dan kacang tanah.
  • Kemudian gaulkan kesemua bahan dalam mangkuk.
  • Perasakan dengan garam, gula dan perasa.
  • Siap!

19) Resepi Udang Masak Diraja

Resepi ini dikongsikan oleh Aryati Sarah dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Ia amat sedap dan menjadi kegemaran ramai peminat makanan laut khususnya udang. Jika anda ingin mencubanya, anda boleh mendapat bahan-bahan berikut dikedai berdekatan.

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Udang secukupnya.
  • 4 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili kering
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai diketuk
  • 1kpg asam
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu gula
  • 1/2 sudu garam
  • 1 cawan santan pekat

Cara penyediaannya:

  • Basuh udang bersih-bersih. Jangan lupa buang tahi udang.
  • Tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau.
  • Masukkan serai ketuk.
  • Masukkan udang. Kacau dan sebatikan.
  • Masukkan santan pekat, serbuk kunyit, asam keping dan perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto.
  • Masak jangan lama sangat nanti hilang rasa kesegaran udang.

20) Resepi Lemak Cili Api Udang Kacang Buncis

Seterusnya resepi lemak cili api udang bersama kacang buncis ini amat disukai. Ini kerana kacang buncis yang mempunyai rasa manis-manis amat padan dengan rasa udang yang mempunyai rasa manisnya sendiri, anda haruslah mencubanya.

.

Bahan-bahan

  • 10 ekor udang galah atau udang bersaiz besar.
  • Segenggam cili api
  • Santan 1 peket kecil
  • Asam keping ½ keping (atau 1 keping saiz kecil)
  • Serbuk kunyit 1 sudu teh
  • Kacang buncis 10-15 batang, dipotong pendek-pendek
  • Air secukupnya.

Kaedah 

  • Kisarkan cili api bersama ½ peket santan dan tambah air jika perlu.
  • Tuang kedalam periuk, nyalakan api. 
  • Tambahkan serbuk kunyit,asam keping dan air lagi untuk lebih kuah.
  • Masak hingga mengelegak, baru masukkan kacang buncis
  • Kemudian masukkan garam, serbuk perasa dan kunyit lagi jika ia kurang kuning.
  • Tambahkan baki santan. Masak lagi hingga mengelegak dan masukkan udang.
  • Masak udang jangan terlalu lama, memadai ia bertukar warna merah sepenuhnya. Tutup api.
  • Siap untuk dihidang bersama nasi panas.

21)Resepi Udang Buttermilk

Adaptasi dari chicken buttermilk ini adalah perkongsian dari Azira Abu Bakar dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Ia amat sedap dan digemari kanak-kanak khususnya kerana ia tidak pedas dan ia mempunyai rasa yang sedikit manis juga, jika anda ingin mencubanya, berikut adalah bahan yang diperlukan.

udang-buttermilk
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 kilo udang buang kepala dan ekor
  • 1/2 tin susu cair
  • 5 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar biasa potong dadu
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu minyak masak biasa
  • 3 tangkai daun kari
  • 5 biji cili padi
  • 1 sudu teh serbuk kari
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula jika suka

Bahan untuk tepung salutan udang:

  • Tepung beras
  • Tepung bestari
  • Sedikit serbuk kunyit

Cara – cara memasak:

  • Gaul rata udang bersama tepung bestari, tepung beras dan sedikit kunyit.
  • Goreng hingga masak.
  • Angkat dan ketepikan.

Cara – cara untuk udang buttermilk:

  • Dalam kuali, panaskan butter dan minyak sehingga cair.
  • Tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
  • Masukkan serbuk kari. Kacau rata
  • Masukkan susu cair dan bawang besar. Kacau rata.
  • Kemudian masukkan udang yang digoreng tadi.
  • Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula

22) Resepi Kobis Goreng Pedas Dengan Udang

Udang selain dijadikan bahan utama, ia juga sesuai dijadikan rencah sayur. Resepi seterusnya amat sesuai dijadikan hidangan sampingan, kobis goreng pedas dengan udang ini amat sedap kerana ia mempunyai rasa yang pedas dan daging udang yang mansi. Kombinasi kedua ini pasti akan anda gemari,cubalah sendiri!

Bahan-bahan

  • Separuh kobis sederhana besar
  • Separuh lobak merah

Bahan-bahan tumbuk

  • 10 biji cili api
  • ½ labu bawang besar
  • 1 ulas bawang putih

Bahan rencah

  • Udang saiz sederhana kopek kulit dan perasakan dengan garam sedikit.

Kaedah

  • Bersih dan hiris kobis dan lobak merah.
  • Tumbuk bahan-bahan tumbuk.
  • Goreng bahan rencah iaitu udang dengan minyak yang sedikit, agar ia tidak terlalu masak.
  • Seterusnya tumis bahan-bahan tumbuk, tunggu hingga naikbaunya.
  • Kemudian masukkan sedikit air, garam dan serbuk perasa.
  • Masukkan sayur-sayuran, tunggu sayuran masak. Tetapi jangan terlalu empuk kerana nanti kurang zatnya dan juga kurang manis.
  • Akhir sekali masukkan udang, kemudian gaul  hingga sebati semuanya.
  • Sedia dihidangkan.

23) Resepi Udang Masak Kari

Udang masak kari ini biasa didapati direstoran nasi kandar. Udang yang biasa digunakan didalam resepi ini ialah jenis yang besar. Ia menggunakan rempah kari ikan kerana makanan laut perlukan sedikit rasa masam untuk seimbangkan rasa hanyirnya. Dimasak pula bersama sayur bendi, anda harus mencuba resepi ini.

Bahan utama

  • ½ kilo udang bersaiz besar.

Bahan-bahan hiris dan tumis

  • Bawang besar 1 labu saiz sederhana
  • Bawang  putih 2 ulas
  • Halia ½ inci.
  • 1 sudu besar halba campur.
  • Daun kari 1 pelepah

Bahan pes

  • 2 sudu besar serbuk kari ikan.
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu sederhana serbuk cili (jika suka pedas)
  • Bancuh dengan air sehingga menjadi paste.

Bahan rencah

  • Tomato sebiji
  • Bendi 5 batang
  • Santan ½ peket kecil.
  • Asam keping sekeping saiz kecil
  • Air secawan

Kaedah

  • Bersihkan udang, gunting kepala dan duri diekornya.
  • Perasakan dengan garam,kunyit dan gula. Ketepikan.
  • Didalam periuk sederhana besar, panaskan minyak dalam anggaran sesenduk kecil.
  • Tumiskan bahan –bahan hiris, apabila telah naikbau. Tumiskan bahan paste kari.
  • Tumis sehingga ia naik minyak. Masukkan air dan sekeping asam keping saiz sederhana.  Gaul agar ia menjadi sebati.
  • Masukkan santan dan sentiasa kacau agar santan tidak pecah. Tunggu mengelegak baru masukkan udang, bendi dan tomato.
  • Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan sedikit jika suka.
  • Tunggu agar semua menjadi sebati dan mesra. Siap.

24) Resepi Rendang Udang Galah

Rendang menggunakan udang ini amat digemari terutama peminat makanan laut seperti udang. Udang galah bagaimanapun ialah udang sungai ia mempunyai kepala yang lebih besar dari badannya dan ia amat sedap terutama bila dibuat rendang.Resepi ini telah dikongsikan oleh Lenna Md Din dan ramai menyukainya di laman Facebook. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

rendang udang galah
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 15 ekor udang – bersih & toskan
  • 3 btg serai*
  • 2 biji bwg besar*
  • 3 ulas bwg putih”
  • 1 inci halia*
  • 20 biji cili api*
  • 6 tgkai cili kering*
  • 3 helai daun kunyit – hiris ikut suka
  • Setengah sudu mkn srbuk kunyit
  • Setengah kilo santan
  • 1 kpg asam gelugor
  • Garam
  • Perasa – pilihan
  • 2 sd mkn kerisik
  • Setengah cawan air
  • Minyak untuk menumis

Langkah – langkah memasak:

  • Kisarkan bahan yang bertanda (*)
  • Tumiskan bahan tersebut sehingga pecah minyak.
  • Masukkan kunyit.
  • Masukkan santan dan air. Kacau sehingga naik minyak.
  • Masukkan garam, perasa dan asam keping.
  • Masukkan udang dan daun kunyit.
  • Kacau sehingga pekat.
  • Siap!

25) Resepi Cucur Badak

Udang ini selain dijadikan lauk ia juga sedap dijadikan bahan dalam kuih muih seperti resepi cucur badak gebu ini. Resepi oleh Normani Mdsaad dikongsi  laman Facebook. Udang yang digunakan didalam resepi ini ialah udang yang kecil, jadi bila dimakan akan terasa keenakannya. Bagi anda yang ingin mencuba, berikut ialah bahan-bahannya.

cucur badak
Imej via Facebook

Bahan Inti :

  • ½ kilo udang kapas (kecil),
  • 2 biji kelapa parut (tidak terlalu tua),
  • 20-25 biji cili kering,
  • 5 batang serai,
  • 5-6 biji bawang merah,
  • 1 biji bawang besar,
  • Sedikit kunyit hidup,
  • 1 sudu kecil jintan manis,
  • Garam gula serbuk perasa.

Cara-cara :

  • Mesin semua bahan kecuali udang, bahan perasa dan kelapa parut.
  • Masak sekejap di atas api baru masukkan kelapa yang dimesin sekejap. (Jangan mesin kelapa lama sangat, nanti halus sangat tidak sedap).
  • Kacau dalam 5-10 minit baru masukkan udang. Kacau lagi sampai hampir kering.
  • Tambahkan garam, gula, perasa ikut selera masing-masing ingin pedas atau manis.
  • Kacau sehingga agak kering, angkat dan sejukkan sebentar.

Itulah dia, 25 resepi berasaskan udang yang boleh anda cuba. Terutama bagi peminat makanan laut seperti udang ini anda pasti akan suka pada koleksi ini. Ada pelbagai jenis udang yang boleh digunakan bersama resepi ini yang anda harus cuba. Pelbagaikan jenis masakan anda dengan merujuk pada koleksi kami ini, jangan lupa untuk kongsikan koleksi ini agar dapat dimanafaatkan oleh orang lain juga. Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *