Koleksi 25 Resepi Kuih Paling Popular
Kuih adalah sejenis makanan yang biasanya dijamu metika minum petang atau ketika sarapan pagi.Lazimnya kuih adalah sejenis makanan yang diperbuat dari tepung dan beberapa bahan lain. Umumnya kuih mempunyai 2 jenis, satu yang manis manakala satu lagi ialah jenis pedas. Ia dimasak menggunakan pelbagai kaedah dan bahan. Kuih adalah satu istilah yang diguna dibeberapa negara seperti di Indinesi, Singapura, Brunei dan juga Malaysia.
Koleksi kali ini menghimpunkan 25 resepi kuih dari pelbagai tempat yang telah dicuba. Resepi ini bukan sahaja resepi pasti jadi, malah amat sedap. Seterusnya mari lihat senarai resepi kuih-muih yang boleh anda cuba nanti.
1)Resepi Kuih Ketayap
Resepi yang telah dikongsikan oleh Wirawati Negara dan mendapat 1.4 k perkongsian di Facebook. Kuih ketayap ini antara yang menjadi kegemaran ramai orang. Kuih ini amat mudah ditemui digerai-gerai yang menjual nasi lemak atau sarapan pagi. Kuih ketayap terdiri dari tepung dadar yang diisi dnegan inti kelapa manis, ia amat sedap. Berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 2 sudu minyak masak @ minyak jagung
- Secubit garam
- 5 helai daun pandan (dikisar dengan air)
- Sedikit pewarna hijau
Inti kelapa:
½ biji kelapa parut (ambil putih sahaja)- 8sdb gula merah
- 2sdb gula pasir
- Secubit garam
- Sedikit air
- Sehelai daun pandan disimpul
- Gula dimasak sehingga larut, kemudian masukkan kelapa parut, dan garam. Biarkan kering sedikit dan biarkan ianya sejuk.
Cara – cara memasak:
- Kisarkan kesemua bahan. Pastikan bancuhan jangan terlalu cair atau pekat.
- Gunakan non stick pan ataupun kuali leper, sapukan kuali dengan sedikit minyak.
- Gunakan senduk bulat dan sendukkan aduna kedala kuali.
- Lenggangkan kuali dan biarkan sekejap.
- Angkat dan sedia untuk diletakkan inti kelapa.
2)Resepi Apam Eno
Resepi ini telah dikongsikan oleh Sunaah Miskam di media sosial milik beliau dan mendapat banyak likes! Apam mempunyai beberapa versi dan jenis resepi. Ada sesetngah apam perlu dimakan bersama kelapa parut, namun berbdengan resepi kali ini kerana ia dimasak bersama serbuk eno yang bertindam sebagai agen penaik. Berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
- 3 cwn tepung beras
- 2 cwn air
- 1 cwn gula
- ½ cwn tapai nasi
- 1 paket eno original
- Pewarna
Cara – cara memasak:
Tapai nasi:
- Nasi digaul sejuk bersama ragi.
- Masukkan kedalam bekas kedap udara.
- Perap sehingga 2 hari.
Apam eno:
- Kisarkan tepung beras, air, gula bersama tapai nasi.
- Masukkan kedalam bekas kedap udara dan perap selama 3 ke 4 jam.
- Masukkan eno dan gaul sehingga sebati.
- Kukus selama 15 minit.
- Siap!
3) Resepi Kuih Nekbat
Resepi berikutnya yang ikongsikan oleh Gee Nur Fauziah di laman Facebook belia, merupakan sejenis kuih yang popular dari Pantai Timur. Bahanya sangat ringkas namun ia peelu dibakar kemudian barulah digaul dengan air gula atau dipanggil sira. Amat sedap dan manis, jadi bagi anda yang tidak suka makanan terlalu manis, bolehlah menganggar sendiri sukatan gulanya, berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
Nekbat:
- 500g tepung beras (1 bungkus)
- 12 biji telur ayam
Bahan sira:
- Air secukupnya
- 500 gm gula
- 5 helai daun pandan
Cara – cara memasak:
- Goreng tepung beras tanpa minyak (sangai) dalam kuali atas api sederhana hingga kering. Tutup api dan biarkan ia sejuk.
- Pukul telur hingga kembang dan ringan berbuih. Taburkan tepung yang telah disangai ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.
- Panaskan acuan dan oleskan acuan dengan minyak. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga kekuningan. Suhu 180° c guna api atas dan bawah ye.
- Untuk siranya, masukkan dua gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih masukkan daun pandan dan kemudian masukkan 10 biji nekbat. Hidangkan.
- Tips:
- 10 sudu gula untuk 10 biji nekbat
- Boleh gunakan acuan bahulu untuk buat nekbat.
4) Resepi Pau Goreng Inti Kacang Merah
Seterusnya ialah resepi yang telah dikongsikan oleh Jalijah JJ dan mendapat 900 perkongsian di media sosial. Kuih ini merupakan kegemaran ramai orang, tang biasanya menjamunya ketika minum petang. Kuih ini juga sesuai dijadikan kuih sejuk beku, gorengnya separuh masak, kemudian sejukkan ia sebelum dibekukan didalam petiais. Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk anda cuba sendiri resepi ini.
Bahan – bahan:
- 4 cawan tepung gandum
- 1 paket instant yis
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh pelembut roti (soft pro)
- 1 sudu besar majerin.
- 1 sudu besar shortening
- 1 sudu kfc ovelet
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 2 sudu besar gula
- 1 biji telur A
- Air 240-250 ml/ 1 cawan air suam tuang sikit demi sedikit
- Kacang merah
Cara – cara memasak:
- Ayak tepung gandum, baking powder, pelembut roti.
- Kemudian, masukkan shortening, majerin dan ovelet gaul menjadi serbuk roti.
- Telur dipukul sedikit.
- Larutkan mauripan ,gula. susu ke dalam air.Masuk telur dan air, uli sehingga adunan licin.
- Perap 1/2 jam.
- Apabila doh naik tumbuk untuk buang angin. Sekiranya melekit, ambil sedikit minyak sapu pada tangan.
- Timbang doh 25 gram dan bulatkan dan licin sampai habis.
- Siap bulat, leperkan doh dan isi inti kacang yang sudah dibulatkan seberat 9 gram.
- Biar doh naik gebu dalam 10 minit baru goreng dalam minyak yang penuh. Api sederhana.
- Untuk dapatkan ring, goreng dengan sekali balikkan kawalan api penting untuk dapatkan hasil yang cantik.
- Pastikan dah sejuk betul baru simpan dalam bekas kedap udara.
5)Resepi Kuih Abok-abok
Kuih abok-abok merupakan kuih yang diperbuat daripada biji sagu dan juga kelapa parut. Ianya kemudian dibungkus didalam daun pisang sebelum ia dikukus sehingga masak. Sesuai untuk dihidangkan dalam majlis-majlis keraian, resepi ini telah dikongsi dari MariaKhalisya Khalis.
Bahan-bahan :
- 1 cawan sagu biji,
- 3 cawan air biasa,
- Gula merah ½ cawan,
- 5 sudu makan gula putih,
- Kelapa parut ½ biji,
- Daun pisang secukupnya, lap bersih, layurkan atas api.
- Garam ½ sudu kecil.
Cara-cara :
- Rendam sagu dengan air sampai meresap semua selama 30 minit.
- Toskan hingga tidak ada air meleleh.
- Campur sagu dengan kelapa dan garam, gaul rata.
- Dalam bekas lain campur gula merah dan gula putih, gaul rata.
- Lipat daun pisang macam corong.
- Masukkan 1 sudu sagu, ratakan.
- Kemudian masukkan gula ½ sudu. Ikut kalau suka manis, bubuh lebih.
- Lapisan paling atas, masukkan lagi sagu. Ratakan dan bungkus kemas.
- Jika sudah siap semua, kukus dalam 30 minit menggunakan api sedang. Siap.
6)Resepi Pancake Korea
Resepi ini telah dikongsikan oleh Husna Nasarudin dan mendapat 1.2 k perkongsian di Facebook beliau. Pancake walaupung namanya begitu, namun ia menggunakan bahan yang sama seperti kuih lain. Sesuai untuk dihidangkan diwaktu pagi atau minum petang bersama aiskrim atau madu. Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk anda cuba sendiri resepi ini.
Bahan – bahan:
- 1 cawan air suam
- 1 sk garam
- 1 1/2 sb gula
- 2 sk serbuk yis
- 1 cawan tepung gandum (diayak)
- 1 cawan tepung pulut (diayak)
Inti:
- 1 sk cinnamon powder
- 2-3 sb gula perang
- 1-2 sb kacang yang dicincang
Cara – cara memasak:
- Masukkan air suam, garam, gula, dan yis ke dalam mangkuk besar.
- Masukkan tepung gandum dan tepung pulut ke dalam mangkuk tadi dan gaul rata menggunakan senduk. Adunan memang lembik, jangan tambah tepung. Tutup mangkuk menggunakan plastic wrap atau apa sahaja, dan biarkan selama sejam. Saya tutup dengan penutup periuk je.
- Selepas sejam dan doh dah naik 2 kali ganda, gaul rata sekali lagi sambil buang angin dia. Kemudian tutup dan tunggu sepuluh minit lagi.
- Sambil itu, boleh sediakan inti. Campurkan sahaja semua bahan inti. Saya ada juga letak nutella sebagai inti. Sedap!
- Tabur tepung gandum di atas dulang/ pinggan yang anda akan guna selepas bahagikan doh. Bahagikan doh kepada 8 bahagian. Jangan lupa untuk salut tangan anda dengan tepung gandum sebelum anda pegang doh, supaya doh tak melekat pada tangan. Masukkan inti ke dalam setiap bahagian doh.
- Goreng doh atas kuali leper yang sudah panas dan diletak minyak. Tak perlu goreng deep-fry tapi minyak kena letak sikit-sikit setiap kali doh diterbalikkan. Tekan-tekan doh bagi leper dan terbalikkan 2-3 kali supaya masak sekata.
- Dah boleh makan macam tu je atau makan dengan aiskrim vanilla dan drizzle madu/ mapple syrup. Sedap! Selamat mencuba!
7) Resepi Apam Polkadot Viral
Resepi ini dikongsikan oleh Edda Elvira Ahmad dan mendapat banyak shares serta likes di media sosial. Apam polkadot sebenarnya hanyalah apam biasa, namun hasil kreativiti ia telah dihiasi dengan titisan apam menjadikan ia mempunyai dot yang berwarna warni. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini, berikut adalah bahan yang diperlukan.
Resepi Apam Polkadot Viral
Bahan – bahan:
- 280gm tepung gandum
- 3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
- 220gm gula halus (anggaran 1 cawan)
- 150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
- 2 sudu kecil baking powder
- 1 sudu makan ovalette**
- 1 sudu kecil esen vanilla
- **Filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
- Pewarna
Langkah – langkah penyediaan:
- Kacau telur hingga kembang kemudian masukkan gula dan kacau dengan kelajuan maksimum hingga sebati.
- Masukkan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul lagi dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
- Selepas itu masukkan esen vanila, tepung dan baking powder (yang telah diayak) dan susu sedikit demi sedikit dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
- Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
- Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
- Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
- Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
- Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.
- Nota: semasa mengukus, pastikan penutup periuk dibalut dengan kain. Tujuannya supaya wap tidak menitik di atas apam.
8) Resepi Cucur Badak Keledek
Resepi berikutnya ialah satu lagi kuih yang berasaskan keledek dan kelapa parut. Kuih ini adakah kategori sovari, kerana ia memounyai rasa yang manis dan pedas. Walaupun tidak diketahui mengapa namanya cucur badak namun begitu ia amat digemari, berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 1 Kilogram keledek(dilecek)
- 2 Cawan tepung gandum
- 1/2 Biji kelapa parut
Bahan (digiling)
- 10 biji cili kering
- 3 sudu besar udang kering
- 8 ulas bawang merah
- 3 batang serai
- 1/2 sudu teh ketumbar
- 1/2 sudu teh jintan manis
- 1/2 sudu teh jintan putih
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit
- Garam secukup rasa
Kaedah
- Panaskan minyak dan tumis bahan giling hingga naik baunya,
- Masukkan kelapa dan sedikit air
- Bila dah kering angkat dan sejukkan
- Gaulkan ubi keledek dengan tepung hingga sebati, kemudian bentukkan bulat2
- Isikan intinya dan dibulatkan semula
- Panaskan minyak dan goreng hingga masak.
- Siap.
9) Resepi Koci Labu
Berikut adalah resepi kuih yang menjadi kegemaran ramai orang. Kuih koci labu, adalah kuih yang diperbuat daripada tepung pulut dan labu yang telah direbus dan dilenyekkan. Intinya pula terdiri dari kelapa parut manis, kemudian kuih ini dibungkus dengan daun pisang dan dikukus sehingga masak. Oleh itu bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
Resepi Inti
- 1/2 biji kelapa inti (diparut)
- 2 -3 keping gula melaka
- Gula pasir
- 2 helai daun pandan dikoyak dan disimpul
- Air kelapa (juga boleh digantikan dengan air kosong biasa)
- 1 sudu besar tepung gandum
Kaedah
- Masak gula melaka dengan air kelapa hingga gula hancur.
- Masukkan simpulan daun pandan.
- Masukkan kelapa dan masak dengan api perlahan hingga kelapa agak kering dan melekit. Masukkan gula pasir jika masih kurang manis.
- Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata. Masak hingga agak kering. Sejukkan.
Resepi Kuih Koci
- 1 cawan labu yang telah direbus dan dilenyek
- 1 1/4 cawan tepung pulut
- Sedikit garam halus
Kaedah
- Campurkan semua bahan dan jadikan doh yang sekata. Adunan akan melekat sedikit pada tangan. Tidak perlu tambah tepung kerana ini akan menghasilkan kuih yang lembut dan tidak liat.
Untuk sapuan pada kuih
- 1 cawan santan pekat
- 1 sudu teh tepung beras
- Sedikit garam
Kaedah
- Campur tepung dengan santan dan kacau hingga sebati.
- Masak dengan api perlahan. Masukkan garam.
- Apabila sudah timbul buih-buih kecil (mendidih sedikit) tutup api dan ketepikan.
Kaedah penyediaan kuih koci labu
- Cubit dan gentelkan inti ikut saiz yang dikehendak
- Ambil adunan tepung besar sedikit saiz dr inti dan bungkus inti tadi.
- Jika doh agak melekit, sapukan tangan dengan sedikit tepung gandum.
- Sapukan sedikit sapuan santan ke atas daun pisang.
- Letakkan sebiji kuih dan bungkus dengan kemas.
- Kukus kira-kira 20 minit atau sehingga kuih masak.
10) Resepi Kuih Cara Manis
Seterusnya adalah sejenis lagi kuih yang popular dan mudah didapati di negara kita. Kuih cara manis adalah sejenis kuih yang dibakar didalam loyang khasnya. Loyangnya mempunyai acuan yang berbentuk bujur dan berlekuk. Jika tidak dibakar sekalipun ia juga boleh diletak atas api dapur juga. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Daun pandan (lagi banyak lagi sedap rasa)
- 2 cawan air
- 1 kotak santan 200ml
- 2 biji telur
- 3 cawan gandum
- Sedikit garam
- Gula
Kaedah
- Potong daun pandan dan blender dengan 2 cawan air. Kemudian tapis kan.
- Masukkan telur 2 biji,1 kotak santan ,3 cawan gandum, sedikit garam dan air tapisan pandan tadi. Kisar sekali lagi dan tapiskan.
- Panaskan acuan dan sapu minyak agar ia tidak bertakung dalam acuan.
- Kemudian tuang adunan pada paras penuh sahaja.
- Tuang 1 sudu teh gula dan kemudian tutup acuan tersebut.
- Bakar anggaran 3-5 minit dan tidak perlu balikkan ia.
- Apabila telah masak keluarkan dari acuan dan sedia untuk dinikmati apabila ia telah sejuk.
11)Resepi Cucur Ikan Bilis Gebu
Cucur adalah antara kuih yang paling senang untuk disediakan. Ia mengandungi bahan asas, tepung dan air sahaja. Namun resepi cucur ikan bilis gebu ini istimewa kerana ia tahan lembut sehingga 12 jam. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan basah
- ¾ cawan susu segar
- 2 sudu besar cuka makan
Bahan kering
- 2-3 cawan tepung gandum ( all-purpose flour )
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu kecil baking powder
- ½ sudu kecil baking soda
- ½ sudu kecil garam
- Ikan bilis segenggam
- Bawang besar 1 ulas (dihiris mengikut citarasa)
Kaedah
- Mula-mula campurkan susu dan cuka bersama-sama, biarkan selama 5 minit.
- Kemudian tambahkan mentega cair dan telur, kacau agar ia sebati.
- Selepas itu tambahkan semua bahan kering ke dalam mangkuk yang besar. Kacau agar ia sebati, kemudian tambahkan bahan-bahan basah yang telah digaul sebati tadi.
- Kacau menggunakan tangan hingga semua bahan sebati hingga adunan sebati. Ketepikan seketika.
- Panaskan kuali dan tambahkan minyak masak secukupnya untuk goreng tenggelam.
- Dengan menggunakan sudu kecil, tuangkan satu adunan dalam satu masa. Gunakan api yang sederhana, terbalikkan apabila satu bahagian mulai masak.
- Ulang hingga semua adunan habis digoreng.
- Siap, boleh dihidangkan bersama sos cili.
12)Resepi Kuih Getas Sira
Resepi kuih seterusnya ini ialah resepi kuih tradisional, bahan yang digunakan pula hanyalah bahan yang asas. Pembuatanya juga sangat ringkas, namun rasanya amat sedap. Kuih getas ini mempunyai rasa yang lemak-lemak manis oleh itu bagi anda yang tidak suka manis bolehlah anggarkan sendiri sukatan gulanya, berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan kuih getas
- 1 peket Tepung Pulut (500 gm)
- 1 biji Kelapa Parut (guna yg putih & muda)
- Sedikit garam
- 2 cawan air- tuang sikit demi sedikit hingga menjadi doh yg di kehendaki
- Minyak secukupnya untuk menggoreng kuih.
Kaedah
- Campurkan semua bahan dan bentukkan ia secara bujur dan goreng dengan api sederhana.
- Tos dan ketepikan.
Bahan sira
- Garam dan air (satukan)
Kaedah
- Masukkan air dan gula dalam kuali biar sampai pekat dan apabila seperti i baru masukkan kuih dan kecilkan api dan padamkan api apabgula mulai kering.
- Padamkan api.
- Siap.
13)Resepi Kuih Bingka Ubi
Satu lagi kuih tradisional tetapi kali ini ia menggunakan teknik bakar. Bahannya pula amat mudah ditemui dinegara kita terutama di kawasan perkampungan. Ubi kayu merupakan salah satu tanaman yang banyak didapati dinegara kita, oleh itu harganya agak murah, bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 4 cawan ubi parut (ubi kayu anggaran 2 kg)
- 1 cawan gula pasir
- 2 telur
- 1/2 sudu garam
- 1 1/2 cawan santan pekat ( jgn cair nanti adunan lembik )
- 2 sudu besar minyak- untuk campur dalam adunan
- 2 sudu besar minyak- untuk sapu pada loyang
- sedikit mentega/butter – untuk tabur atas kuih sebelum di bakar
- beberapa titik pewarna kuning
Kaedah
- Kisar ubi bersama air dan tapiskan, air tapisan boleh di gunakan utk mengisar ubi yg lain. Air tapisan di buang dan ambil sagu @pati ubi kayu yg berada dibekas selepas air dibuang ( Kalau ubi dah parut terus sukat 4 cawan ubi)
- Campurkan sagu ubi @pati ubi kayu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk.
- Masukkan telur, gula, garam, dan beberapa titik pewarna kuning.Kacau dan tuang santan sedikit-sedikit sampai adunan menjadi sebati
- Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas & bawah
- Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci.
- Sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan.
- Bakar selama 45 minit hingga 1 jam, bergantung pada tahap kerak yang anda suka (bergantung kepada oven)
- Potong bila dah sejuk.
14)Resepi Sardin Gulung
Resepi ini dikongsikan oleh Zuhaidar Mohd Sofi dan mendapat banyak likes di Facebook. Sardin gulung merupakan sejenis kuih yang diperbuat dari kulit pastri, resepi ini telah diubahsuai sehingga menjadi sardin gulung, apabila ianya diisi dengan inti sardin. Bagi anda yang tidak pernah mencubanya berikut adalah bahan yang diperlukan untuk anda cuba sendiri resepi ini.
Bahan – bahan:
Untuk roti:
- 4 cawan tepung gandum
- 1 sudu makan tepung beras
- 2 sudu mkn tepung jagung
- 2 sudu kecil gula
- 1 sudu kecil garam
- (dicampur semua)
- 1/4 cawan minyak
- 2 sudu makan marjerin
- (panaskan sehingga panas sedikit)
- air (tambah sehingga terbentuk doh)
Untuk inti:
- 1 tin sardin
- 1/2 labu bawang besar-dadu
- 2 biji bawang putih-cincang
- 2 sudu makan cili giling
- Gula
- Garam
- Perahan limau nipis
Cara – cara menyediakan:
Roti:
- Tuang minyak panas ke dalam tepung, gaul sampai jadi serbuk.
- Tambah air sedikit demi sedikit, uli sehingga terbentuk doh.
- Uli dalam 5 minit. Bulatkan doh.
- Permukaan doh mungkin tidak licin. (Rehatkan doh 15 minit sebelum guna – wajib)
- Tutup doh dengan kain lembap. Kemudian apabila nak guna ianya akan menjadi lembut, masa ini uli dalam seminit dua supaya permukaan doh menjadi licin.
- Buat doh kecil, bulat saiz yang diingini.
- Buat bentuk bulat bujur seperti buah pear
- Canaikan.
- Untuk bahagian yang tirus, nipiskan sedikit. Insyallah apabila gulung nanti tidak perlu letak air ianya akan melekat.
Inti:
- Tumis bawang putih, bawang besar dengan 1 sudu makan minyak sampai layu (tips: minyak kena sikit sahaja. Nanti berminyak susah nak kendali)
- Tambah cili giling, tumis sampai cili giling separa garing. Masukkan sardin. Pecah – pecahkan. Tambah garam gula dan perahan limau, masak sampai kering.
- Untuk bekukan, saya bakar sekejap dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, suhu 180C selama 10 minit. Nak goreng sekejap pun boleh tapi lebih pantas bakar dalam oven.
15)Resepi Karipap Rangup
Karipap adalah salah satu contoh resepi yang diinovasi dari kulit pastri yang sebelum ini popular dibarat. Tidak diketahui secara tepat dari mana asal resepi karipap ini, bagaimanapun ia telah lama digunaoleh orang kita. Kali ini resepi ini dikongsikan oleh Azam Abd Wahab dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Pastinya ia sedap dan idah untuk anda cuba sendiri resepi ini, berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
- 1 kg tepung gandum
- 3/4 cawan atau 150 ml atau 15 sudu besar minyak masak
- 1 sudu besar marjerin
- 350 ml atau 2 cawan atau 18 ke 19 sudu kecil air masak
- 1 sudu besar air kapur yang jernih
Cara – cara memasak:
- Panaskan minyak dan marjerin, biarkan suam – suam dan tuang ke dalam tepung gandum.
- Gaulkan rata minyak dan tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.
- Campurkan air kapur dan air.
- Setelah itu, masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung. Jangan terlalu lembik atau keras, pastikan sehingga boleh diuli dan tidak melekat.
- Uli tepung sehingga sebati menjadi doh.
- Untuk proses karipap menjadi senang, rehatikan atau biarkan doh dalam 45 min sehingga 1 jam. (kalau nak cepat, boleh tutupkan doh yang diletakkan kedalam bekas dan dibalut bersama cling film)
- Setelah menjadi doh, jadikan doh kepada bulatan kecil. Setelah dibulatkan, rehatkan dalam 15 minit.
- Selepas 15 minit, bolehlah buatkan karipap.
- Untuk disejuk beku, ada dua cari untuk karipap lebih tahan lama, selama 2 ke 3 bulan.
- Goreng separuh masak, sejuk dan bekukan.
- Bakar menggunakan ketuhar api atas bawah. Suhu 150C selama 15 minit. Apabila sudah sejuk, bekukan.
16)Resepi Tauhu Sumbat Bergedil
Satu lagi resepi kuih yang popular sejak akhir ini, iaitu tauhu sumbat bergedil. Kuih ini sebenarnya adalah gabungan tauhu sumbat dan bergedil, amat sedap dimakan bersama soso kicap yang pedas, ia telah dikongsikan oleh Maya Miera dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk anda cuba sendiri resepi ini.
Bahan – bahan:
- Kentang 5-6 biji
- Daging kisar jenama Ramly sekeping
- Tauhu kering +- 30 ketul
- Daun sup dan daun bawang
- Bawang goreng 2-3 sudu
- Garam 1 sudu
- Lada hitam 1 sudu besar
- 1 Kiub Ayam
- Sebiji cili (dihiris)
Cara – cara memasak:
- Kupas kentang, potong dan goreng.
- Daging kisar goreng sehingga masak,ketepikan
- Bila kentang dah suam. Masukkan semua bahan – bahan ke dalam chopper. Biarkan hancur dan sebati semua.
- Tauhu kering tu potong pada bahagian atas, buang isi dan boleh sumbat kentang ke dalam.
- Pukul telur 3 biji, dan celupkan tauhu yang dah siap disumbat dan goreng dalam minyak panas.
17)Resepi Akok Panas
Seterusnya ialah resepi akok panas, resepi ini amat popular disebelah pantai timur, namun agak popular di banyak tempat sejak kebelakangan ini kerana rasanya yang amat sedap. Resepi ini telah dikongsikan oleh dan mendapat lebih daripada Lily SyaziLiff , bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
- 7 biji telur – (Gred A)
- 250 gram santan – santan kotak + air
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan air
- 100 gram gula Melaka – nak manis boleh tambah 1 sudu gula
- Secubit garam
- 3 helai daun pandan – gunting
Cara – cara memasak:
- Kisar gula melaka, air dan daun pandan sehingga hancur dan tapis. Tuang semula ke dalam pengisar.
- Kisar sekali lagi air gula Melaka tadi dengan semua bahan lain sehingga betul betul kembang.
- Panaskan ketuhar selama 15 minit pada suhu 180 C dan griskan muffin tray/acuan akok dengan minyak. Masukkan acuan ke dalam ketuhar sehingga tray agak panas.
- Keluarkan acuan dan tuang adunan ke dalamnya dalam 3/4 penuh sahaja.
- Bakar selama 18-20 minit atau sehingga masak.
- Siap.
18)Resepi Putu Mayam Sedap Asli
Resepi berikut merupakan salah satu resepi kuih dari orang India. Kuih putu mayam diperbuat dari tepung beras dan dikukus sebelum dimakan bersama gula merah dan parutan isi kelapa. Rasanya amat sedap dan bagianda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung beras.
- 2 cawan + 1/2 sudu teh air.
- ½ sudu teh aram.
- 2 sudu teh minyak masak.
- Peralatan: Alat atau acuan muruku (yang mata paling halus).
Kaedah
- Didihkan air dan masukkan garam dan minyak. Bila air mula mengeluarkan gelumbung udara pertama, matikan api dapur. Masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam air panas dan kacau sehingga sebati menjadi doh. Boleh adunkan dengan menggunakan tangan dan doh yang dibentuk perlulah tidak melekat pada tangan anda. Bahagikan doh kepada bahagian kecil untuk muat dalam acuan. Buat semasa tepung masih lagi panas.
- Panaskan air dalam bekas kukus. Lapikan kain putih bersih sebagai pelapis pada bekas pengukus atau sediakan daun pisang dipotong bulat mengikut saiz yang dikehendaki. Masukkan bahagian doh kedalam acuan muruku dan dan mulakan pemutaran atau pemerahan mengikut saiz yang perlukan. Putuskan bahagian terakhir di setiap kepingan dengan menekan sedikit kepada putu mayam supaya tidak terburai apabila telah masak dan mengalihkan kepada bekas hidangan.
- Kukus 8-10 minit. Keluarkan dan hidangkan dengan kelapa parut (100gm) dan Gula perang (100gm). Kalau ingin warna hijau atau berwangi pandan masukan dua helai daun pandan dalam air mendidih dan campurkan perwarna hijau (pilihan)
19)Resepi Apam Pisang Tanpa Telur
Apam adalah satu lagi jenis kuih yang dikukus, ia mempunyai rasa pisang yang sedap dimakan begitu sahaja. Resepi apam ini menggunakan soda bikarbonat dan serbuk penaik sebagai agen penaiknya, bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 1 cawan pisang
- ¾ cawan minyak jagung
- 2 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan gula
- 1 sudu teh bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
- Secubit garam
Kaedah
- Lenyek pisang menggunakan alat yang sesuai.
- Kemudian masukkan gula.
- Gaul kedua bahan sehingga gula sebati.
- Kemudian tambahkan minyak jagung.
- Ayakkan tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat.
- Kaup balik bersama adunan pisang tadi sehingga kedua bahan ini menjadi sebati dan serasi.
- Panaskan pengukus tunggua sehingga air mengelegak.
- Masukkan adunan tadi kedalam loyang yang sesuai, kukus dalam masa 30 minit dengan api yang sederhana sehingga apam masak.
- Siap.
20)Resepi Cucur Jawa
Resepi ini dikongsikan oleh Iza Faizah dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Cucur jawa merupakan resepi kuih popular orang Jawa, untuk membuatnya adunan ini haruslah diperap beberapa jam bagi mendapatkan tekstur berongga disebelah dalamnya. Cara mengorengnya juga berbeza dan anda mungkin perlu mengulanginya beberapa kali untuk menghasilkan rupa bertopinya. Bagaimanapun bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
- 2 cwn tepung gandum
- 1 cwn tepung beras
- 1 1/4 cwn gula
- Sedikit garam
- Gula merah
- Air (tiada sukatan)
Cara – cara memasak:
- Campur tepung gandum, garam dan tepung beras.
- Masukkan air bancuhan gula merah ke dalam adunan sampai dapat adunan cucur jawa. Pastikan ianya tak pekat dan tak cair.
- Masukkan gula putih.
- Kacau sebati dan pastikan adunan cukup rasa.
- Perap adunan dlm 30minit.
- Sedia dituang.
21)Resepi Kuih Bom Bijan Kelapa
Kuih bom merupakan sebuah lagi resepi kuih yang menggunakan teknik mengoreng. Nama kuih ini diambil sempena rupanya yang bulat dan sedikir besar. Kuih ini diperbuat dari tepung pulut dan disi inti kelapa sebelum ianya digoreng, jadi untuk anda yang teringin untuk mencubanya sendiri berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 500gm tepung pulut
- 4sb tepung gandum
- 2cawan air
- Sedikit garam
- 150gm bijan putih
Kaedah
- Gaul tepung gandum,pulut , garam bersama air sikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan,ketepikan.
Bahan inti kelapa
- 1 biji kelapa parut
- 3 keping gula melaka
- 100gm gula
- Daun pandan
Kaedah
- Masak gula ,gula melaka bersama daun pandan dan sedikit air hingga gula larut.
- Masukkan kelapa parut dan gaul hingga semua bahan sebati.
- Masak sehingga inti me jadi kering.
- Sejukkan sebelum diguna.
- Penyedian kuih bom bijan.
- Ambil doh, leperkan dan isi inti kelapa.
- Golekkan diatas bijan yang telad disediakan.
- Pastikan ia bergaul rata dengan bijan untuk elakkan ia menjadi bengkak dan tidak cantik.
- Goreng dengan api sederhana panas, dan elakkan goreng terlalu lama kerana ia mudah meletup apabila terlalu panas.
- Siap.
22)Resepi Apam Kampung
Resepi ini merupakan resepi apam yang paling ringkas penyediaannya. Bahan-bahan yang digunakan juga amat mudah ditemui, dan ia paling sedap dimakan bersama kelapa parut, lebih banyak lebih sedap. Agar anda dapat mencubanya sendiri berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan 1
- 1/2 cawan gula merah
- ¼ cawan gula halus
- 1 helai daun pandan
- 1 cup cawan air
- Masak semua diatas tapis dan sejukkan
Bahan 2
- ½ peket Yis (saiz 11g )
- 1 cawan air suam
- 1 sudu teh gula
- Campur semua bahan hingga ia berbuih
Bahan 3
- 2 cawan tepung gandum
- Secubit garam
- Secubit baking powder
Kaedah
- Masukkan bahan 1 kedalam bahan 3, kacau rata.
- Masukkan bahan 2, perlahan kacau hingga semua bahan sebati.
- Tutup bekas dan buarkan bahan naik sekurang-kurangnya selama satu jam.
- Selepas itu masukkan ia kedalam loyang bersaiz 8” .
- Barulah panaskan pengukus sehingga air mendidih.
- Kukus adunan tadi selama 20 minit.
- Apabila telah senuk, barulah potong dan jamulah ia bersama kelapa parut yang telah ditambah dengan sedikit garam.
23)Resepi Apam Gula Hangus
Seterusnya satu lagi kuih yang gopular dan mudah ditemui, iaitu apam gula hangus. Resepi apam ini bagaimanapun menggunakan gula hangis sebagai bahan utamanya yang menjadikan ia lebih sedap dan lain dari yang lain, berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 2 biji telur
- 1 cawan gula
- 1 cawan air panas
- 1/2 cawan minyak masak
- 2 sudu besar marjerin
- 2 sudu besar susu pekat
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 ½ cawan tepung gandum
Kaedah
- Mula-mula masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau hingga gula cair sepenuhnya. Tapis dan sejukkan.
- Kisar telur,susu,minyak dan marjerin.
- Masukkan soda bikarbonat dan kisar lagi.
- Kemudian masukkan gula hangus dan tepung dan kisar sebati.
- Masukkan ke dalam jug kecil tuk memudahkan tuang dalam acuan lompang.
- Panaskan kukus dengan api yang sederhana dan kukus hingga masak 10-15 minit bergantung saiz acuan.
- Hidangkan ia bersama kelapa parut yang telah digaul bersama secubit garam.
24)Resepi Pankek Gebu
Jika diluar negara pankek biasanya dijadikan sarapan pagi, namun resepi berikutnya sesuai dihidangkan pada waktu minum pagi atau petang. Sangat lembut dan sedap dimakan dengan madu atau jem buah, berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
Bahan basah
- ¾ cawan susu segar
- 2 sudu besar cuka makan
- 1 biji telur ayam
- 2 sudu besar mentega yg telah dicairkan dahulu
Bahan kering
- 1 cawan tepung gandum ( all-purpose flour )
- 2 sudu besar gula kastor
- 1 sudu kecil baking powder
- ½ sudu kecil baking soda
- ½ sudu kecil garam
Kaedah
- Mula-mula campurkan susu dan cuka bersama-sama, biarkan selama 5 minit.
- Kemudian tambahkan mentega cair dan telur, kacau agar ia sebati.
- Selepas itu tambahkan semua bahan kering ke dalam mangkuk yang besar. Kacau agar ia sebati, kemudian tambahkan bahan-bahan basah yang telah digaul sebati tadi.
- Kacau menggunakan hand whisk hingga semua bahan sebati hingga adunan berlipat-lipat. Ketepikan seketika.
- Panaskan kuali tidak melekat (non-stick pan). Griskan sedikit dengan minyak masak.
- Dengan menggunakan senduk kecil, tuangkan satu adunan dalam satu masa. Gunakan api yang kecil, tunggu hingga bahagian atas sedikit masak sebelum terbalikkan ia.
- Siap, boleh dihidangkan bersama madu dan mentega.
25)Resepi Talam Koleh Kacang
Nampak rumit, namun sebenarnya resepi koleh kacang ini agak mudah disediakan. Kerana ia tidak perlu dikukus atau dibakar apatah lagi digoreng. Kuih talam koleh kacang diperbuat dari tepung kacang hijau yang telah dikisar. Bahan ini kemudian dimasak bersama bahan lain hingga pekat dan kemudian dibiarkan sejuk sebelum dijamu. Berikut adalah bahan yang diperlukan bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini.
Bahan A
- 400gm gula merah
- 100gm gula halus
- 300ml air
- 1 helai daun pandan
Bahan B
- 300gm tepung kacang hijau
- 1tsp garam
- 400ml santan pekat
- 1300ml air
Kaedah
- Masak bahan A sehingga mendidih hingga gula hancur, tapiskan menjadi 500ml (jangan sampai air gula pekat).
- Satukan bahan B, kacau hingga sebati tapiskan dalam kuali.
- Masukkan bahan A ke dalam bancuhan B, kacau diatas api sederhana besar sehingga pekat dan tak melekat di periuk, jangan terlebih pekat sangat. Masukkan 1 ½ sudu besar minyak supaya berkilat.
- Bila telah masak tuang kedalam loyang yang telah dilapik kertas dan disapu marjerin.
- Tabur tahi minyak ketika adunan masih panas supaya tahi minyak melekat di atasnya.
Bahan tahi minyak
- 300ml santan pekat
- 1/8 tsp garam
Kaedah
- Masak dengan api perlahan hingga menjadi tahi minyak dan warna kekuningan, tapis supaya tahi minyak tidak hitam & tabur di atas kertas.
- Minyaknya jangan dibuang, guna 11/2 sudu besar masuk ke dalam adunan supaya berkilat
- Loyang perlu digris dengan minyak agar ia mudah dikeluarkan. Namun bagi oarang yang meniaga kebiasaanya mereka meletakkan lapik plastik agar ia boleh dibungkus didalam kotak. Adunan perlu dikacau sentiasa agar ia todsk bergentel, manakala tahi minyak perlu ditabur ketika koleh kacang masih panas.
- Koleh kacang sangat sedap kerana haruman tepung kacang dan tesktur padatnya. Tambahan pula taburan tahi minyak pula mempunyai tarikan yang tersendiri. Selamat mencuba!
Itulah dia 25 resepi kuih yang telah kami himpunkan bagi anda yang gemar mencuba pelbagai resepi baru. Kebanyakkan resepi di dalam ini amat mudah untuk disediakan, bahannya pula boleh didapati di kebanyakkan kedai runcit atau pasaraya. Oleh itu diharap anda sudi mencubanya, jangan lupa untuk like dan share agar lebih ramai rakan,saudara dan taulan anda dapat manafaatnya. Selamat mencuba ya!