Koleksi 10 Resepi Milkshake Tersedap Dan Mudah
Koleksi kali ini menghimpunkan tentang minuman shake, ia adalah sejenis minuman yang dihasilkan dengan mengabungkan susu segar bersama bahan-bahan lain seperti buah buahan contohnya pisang, mangga atau manisan seperti oreo dan coklat. Minuman ini dipanggil ‘shake’ kerana bagi menghasilkan buihnya dengan cara mengoncangkan ia. Lazimnya ia diperbuat dari coklat, sos strawberi dan susu sahaja. Tapi kini zaman berubah malah milkshake juga diminati oleh masyarakat Asia yang lebih kreatif dalam menghasilkan shake yang sesuai dengan selera kita.
Mari lihat 10 resepi shake yang berjaya kami himpunkan dan sesuai bagi anda yang ingin mencuba resepi-resepi berikut.
1) Resepi Laici Shake
Resepi yang pertama ini mengabungkan laici dan susu sangat sesuia dengan tekak orang kita. Ia mengandungi buah laici, aiskrim vanilla dan ais. Minuman ini sesuai untuk dihidangkan kepada kanak kanak kerana rasa buah laici yang manis dapat menarik minat mereka. Jom kita lihat resepinya.
Bahan-bahan
- 15 buah laici dlm tin
- 250ml susu segar
- 100ml susu cair
- 1.5 sb susu pekat
- 200ml air laici dlm tin
- 3 skop aiskrim vanila
- Ketulan ais
- Kisar semua bahan hingga halus.
- Tuang kedalam gelas dan tambah ketulan ais.
- Siap, sedia untuk dihidangkan.
2)Resepi Coconut Shake
Imej via Facebook
Berikut adalah minuman paling popular diklangan masyaralkat asia khususnya, coconut shake mengguanka bahan seperti air kelapa,susu dan asikrim vanila. Tidak hairanlah ia amat sedap dan sangat ‘laku keras’ dipasaran. Resepi sedap ini telah dikongsikan oleh Nor Arinie di laman Facebook. Senang dan mudah untuk dicubakan. Selamat mencuba.
Bahan-bahan :
- Air kelapa muda,
- Ais krim vanilla,
- Isi buah kelapa,
- Ais,
- Air gula.
- Masukan bahan air kelapa muda, isi buah kelapa, dan ketulan ais ke dalam blender.
- Masukkan juga sedikit air gula secukup rasa.
- Kemudian blend semua bahan-bahan tadi sehingga sebati.
- Campurkan aiskrim vanilla ke dalamnya.
- Siap sedia dihidang dan diminum.
3) Resepi Dark Chocolate & Strawberry
Resepi yang ketiga pula ialah dark chocolate and strawberry shake, khusus bagi peminat kudau coklat dan buah strawberi pasti suka akan rasanay yang memikat. Rasanya yang masam manis dan sudah tentu bercoklat pasti disukai ramai. Jom kita lihat cara membuatnya.
Bahan-bahan
- 3/4 cawan susu segar
- 1 cawan strawberi beku
- 1/4 cawan yogurt strawberi
- 3 sudu kecil serbuk koko
- 1 sudu besar madu
- Coklat chip mini untuk hiasan (pilihan)
- Masukkan susu,strawberi beku,yogurt strawberi, serbuk koko, madu kedalam mesin pengisar.
- Pastikan semua bahan sebati.
- Tuang kedalam gelas yang sesuai.
- Siap!
4) Resepi Mango Shake
Satu lagi resepi seterusnya iaitu mango shake, ia menggunakan buah mangga yang segar jadi tidak hairanlah ia sangat mahal jika dijual diluar. Namun begitu jika anda teringin minum mango shake anda boleh mencuba resepi ini kerana ia juga menggunakan yogurt mangga yang lebih mudah ditemui. Namun sudah tentu mangga yang segar itu lebih sedap, jom lihat bahan-bahannya
- 1 biji mangga
- 1 cawan ais
- 3 sudu besar susu pekat
- ½ susu segar
- Yogurt mangga
- Kisar mangga, susu segar, ais, yogurt mangga dan susu pekat sehingga sebati.
- Tuang ke dalam gelas dan siap!
5) Resepi Mix Berries Shake
Resepi minuman shake seterusnya menggunakan mix berries beku yang boleh dibeli dipasaraya . Cara penyediaannya amat mudah dan ringkas bahan yang digunakan adalah seperti yogurt strawberi, susu dan buah strawberi. Rasanya juga amat memuasakan dan mengenyangkan. Berikut adalah bahan -bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 1/2 mug mix berries beku
- 1 mug susu rendah lemak sejuk
- 1 sudu kecil esen vanila
- 4 sudu besar yogurt mix berries
- Sediakan bahan-bahan
- Masukkan buah strawberi, susu, yogurt & esen vanila ke dalam pengisar.
- Kisar hingga hancur.
- Sedia utk diminum. Sebagai tambahan boleh letak whipping cream, buah ceri atau susu coklat.
6) Resepi Kurma Susu
Resepi seterusnya mengabungkan kurma dan susu. Ia popular dikalangan mereka yang mengamal permakanan sunnah. Bahanyang digunakan adalah seperti buah kurma, ais dan susu segar. Sekiranya kurang manis, anda boleh tambah madu atau susu manis. Bahan bahan yang digunakan adalah seperti berikut
Bahan-bahan
- 10 – 15 biji buah kurma (buang biji)
- Ais secukupnya
- 1 liter susu segar atau susu kotak
- Kurma dididihkan dengan air di atas api perlahan.
- Masak sehingga agak hancur dan menjadi seperti puri.
- (air sama aras dengan buah kurma)
- Kemudian kisar bersama susu dan ais
- Siap!
7) Resepi Pisang & Yogurt Shake
Resepi berikut amat sesuai dijadikan sarapan pagi kerana pisang dan yogurt amat baik bagi kesihatan anda. Pisang tinggi serat manakala yogurt pula mempunyai bakteria sihat jadi sudah tentu ia bermanafaat namun yang paling penting ialah rasanya amat sedap.
Jom kita lihat bahan apa digunakan untuk membuatnya.
- 5 biji pisang berangan
- 1 jug blender ais penuh
- 1 mangkuk yogurt
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan air sejuk
- Madu
- Potongan pisang (pilihan)
- Mulakan pisang yang dibuang kulit di satukan dengan semua bahan-bahan lain seperti ais, susu pekat manis, susu cair dan air.
- Kisar bahan sehingga ais batu hancur.
- Sedia untuk dihidangkan.
8)Resepi Vanilla Oreo Milkshake
Resepi seterusnya merupakan satu lagi minuman dikalangan kanak-kanak. Ia mnegbaungkan biskut oreo dan susu, sudah tentu ia akan memikat hati.Kini tidak perlu beli buat sendiri kan senang, berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- ½ bungkus Oreo
- 1 skop aiskrim vanila
- 1-1-2 gelas susu
- Ais secukupnya.
- Mula-mula patah-patahkan biskut Oreo dan masukkan ke dalam mesin pengisar.
- Kemudian tambah satu scoop aiskrim vanila.
- Akhir sekali masukkan susu bersama ais.
- Kisar semua bahan sehingga halus dan tuang di dalam kelas pilihan anda.
- Siap
9)Frappucino Karamel Nabati
Resepi yang kesembilan ialah Frappucino karamel nabati. Frappuccino ialah sejenis minuman kopi campuran sejuk yang diiniprasikan oleh Starbucks. Ia terdiri daripada suatu asas kopi atau crème yang dicampur dengan ais atau bahan lain seperti krim putar atau sos pelbagai perisa. Namun kali ini kami mengabungkan ia dengan biskut nabati, rasanya amat sedap. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan kisar
- 2 batang Nabati cheese wafer.
- 1 gelas air batu
- 200ml susu full cream
- 2 sudu besar caramel sauce
- 1 sudu besar caramel syrup.
- Krim putar
- Sos karamel
- Nabati cheese wafer
- Kisarkan semua bahan kisar.
- Hiasi gelas dengan caramel sauce dulu.
- Tuang bahan yang telah dikisar. Hiasi dgn krim putar dan dengan caramel sauce dan akhir sekali biskut nabati.
- Siap untuk dihidang.
10) Resepi Frappucino Oreo Coklat
Resepi yang terakhir ialah frappucino oreo coklat juga diinpirasikan dari Starbuck. Ia menggunakan oreo sebagai bahan utama dan juga sirap karamel. Walaupun hanya buat dirumah namun rasanya sangat premium bolehlah anda mencubanya sendiri, jom kita lihat resepinya.
Bahan-bahan kisar
- 2 sudu besar sos coklat (resepi disini)
- 1 gelas air batu
- 200ml susu full cream
- 4 keping biskut oreo
- 1 sudu besar caramel syrup/1 sudu besar gula ( jika suka manis, resepi disini)
- Krim putar
- Biskut oreo
- Chocolate sauce
- Kisar semua bahan kisar.
- Hiasi gelas dengan chocolate sauce dahulu.
- Tuang semua bahan yang telah dikisar. Hiasi dengan krim putar diatas dan chocolate sauce serta oreo.
Itu sahaja koleksi 10 resepi shake yang dapat kami kongsikan. Dalam setiap satu resepi, anda boleh mengubahsuai beberapa bahan bahan mengikut citarasa anda. Penyediaan milkshake tidaklah sukar, ianya amat mudah malah bahan-bahannya juga boleh didapti dikebanyakkan kedai. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada koleksi ini, ada pelbagai variasi koleksi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan koleksi ini bersama rakan anda ya.