Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Span Vanilla (Sesuai Untuk Majlis Hari Jadi!)

Kek Span Vanilla, kek paling common dan paling menjadi kegemaran ramai orang. Ianya boleh dihidangkan diwaktu majlis hari jadi, majlis ulang tahun dan juga apa – apa majlis keraian. Selalunya, kek akan dibeli di bakeri. Tetapi, anda juga boleh menyediakannya sendiri tau.

Kek Span Vanilla boleh menjadi asas kepada kek pelbagai perisa seperti perisa buah – buahan, keju mahupun cookies and cream. Perbezaannya boleh didapati didalam krimnya.

Resepi ini dikongsikan oleh Fasihatul Hafizah dan telah menjadi kegemaran ramai orang!

Resepi Kek Span Vanilla

kek-span-vanilla
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 120g gula kastor
  • 15g ovalette
  • 5 biji telur gred b
  • 130g tepung penaik
  • 1sk serbuk penaik
  • 40g air
  • 1sk pandan emulco/esen vanilla/emulco oren
  • 70g minyak jagung/minyak masak

Cara – cara memasak:

  1. Gula & ovalette disatukan dlm bowl mixer. Gaul rata menggunakan sudu supaya ovallete tidak berketul.
  2. Kemudian masukkan telur & tepung bersama serbuk penaik yang telah diayak.
  3. Kemudian putar perlahan sehingga rata sebelum menukar kepada kelajuan tinggi hingga adunan kembang & gebu. (Agak makan masa sikit, kena pastikan betul – betul kembang dan gebu ye)
  4. Setelah itu, masukkan air yang dibancuh dengan emulco pandan/esen vanilla/emulco oren & diputar lagi sehingga sebati. Masukkan minyak & putar perlahan selama 3 minit.
  5. Jika adunan belum sebati, gaul dengan senduk sehingga sebati.
  6. Griskan loyang dengan sedikit butter dan alas dengan baking paper sebelum dibakar.
  7. Bakar pada suhu 180 (ikut oven masing – masing) smpai masak.
  8. Apabila sudah masak, keluarkan dari oven dan telangkupkan atas kedai kek.
  9. Biarkan sebentar dan terbalikkan kek semula – 1 adunan ni adalah utk 1 biji kek loyang saiz 8″ or 9″.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!