Resepi Kek Pavlova (Dessert Mudah!)

Resepi-Kek-Pavlova

Sering sahaja kita melihat kek pavlova di bakeri sekitar kita kan? Namun tahukah anda, pavlova merupakan hidangan yang boleh disediakan oleh anda sendiri? Ianya amat mudah kerana bahan asasnya adalah putih telur!

Rasa pavlova adalah manis, digabungkan dengan buah – buahan segar yang masam manis. Pasti dapat buat sesiapa yang makan teringat – ingat akan pavlova ini!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Azizi Rais di Facebook beliau dan mendapat banyak shares! Confirm jadi ni! Jom kita lihat!

Resepi Kek Pavlova

Resepi-Kek-Pavlova
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 biji putih telur
  • 100 gm icing sugar
  • I sudu besar tepung jagung
  • Cream of tartar 1/2 sudu teh @ lemon juice

Topping:

  • 150 ml whipping cream
  • Buah – buahan segar kegemaran anda

Cara – cara memasak:

  1. Pukul putih telur sehingga kembang. Masukkan cream of tartar ataupun jus lemon.
  2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit.
  3. Pukul sehingga kelajuan maksimum sampai adunan menjadi betul kental selama 10 ke 15 minit.
  4. Masukkan tepung jagung dan kacau sehingga sebati.
  5. Cedok dan letakkan keatas dulang yang telah dilapik kertas minyak.
  6. Ratakan dan bakar dalam suhu 130C (api atas bawah) selama 1 jam setengah.
  7. Pukul whipped cream sehingga kental dan sapukan diatas pavlova tadi.
  8. Potong buah – buahan segar dan tabur di atas pavlova.
  9. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *