Resepi Kek Lumut (Sedap dan Mudah)

kek lumut

Kek lumut, dipanggil kek lumut kerana warna hijau semacam lumut. Ada pelbagai versi resepi kek lumut sebenarnya. Sesetengah resepi menggunakan tepung suji, ada yang menambah serbuk almond, tapi basisnya mesti menggunakan horlick dan nestum juga.

Untuk pengetahuan asas, lagi lama disimpan makin sedaplah rasa kek. Perlu kukus selama 3 jam untuk dapatkan warna lumut yang menyelerakan.

Kek lumut sedap dihidang untuk raya nanti. Tetamu biasanya memang teruja ingin makan kek kalau tuan rumah yang buat sendiri bukan?

Lagipula, kalau beli harganya boleh tahan mahal. Lebih baik buat sendiri bukan? Puas makan sebanyak diinginkan. Siapa yang ingin buat, sila tengok resepi yang kami tulis di bawah ini. Dikongsikan oleh Nor Hairiyah Hassim di laman Facebook.

Resepi Kek Lumut Sedap

kek lumut
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 6 biji telur,
  • 250 gram unsalted butter/buttercup jenis apapun,
  • 1 tin susu pekat,
  • 1 tin Horlicks,
  • 1 cup kaya yang kecil,
  • ½ tin nestum (blend),
  • 1 tin tepung gandum,
  • Esen vanilla,
  • 3 sudu besar perisa pandan,
  • Pewarna hijau,
  • Sukatan tin guna tin susu pekat tadi.

Cara-cara:

  1. Mula-mula mixed butter sampai kembang.
  2. Masukkan telur satu-satu. Setiap masuk satu, putar dalam 2 minit.
  3. Masukkan esen vanilla, perisa pandan dan pewarna hijau. Putar lagi.
  4. Masukkan susu pekat, horlick, kaya dan nestum.
  5. Masukkan tepung gandum. Gaul sebati.
  6. Masukkan dalam loyang/tupperware. Jangan sampai penuh ya sebab kek ini akan naik walaupn tidak ada bahan penaik.
  7. Tutup kek dengan aluminium foil/plastik wrap. Hentak sedikit loyang.
  8. Kukus dengan api sederhana selama 3-6 jam.
  9. Siap.

    kek lumut
    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi kek lumut, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *