Kek kukus american midnight
Kek Kukus American Midnight..T.kasih owner resepi #DAYANGJACK…memang sedap kek ni.
#projekminggulps
#jatuhcintadgnkekkukusSerawak
#akakkukus3jam
KEK KUKUS AMERICAN MIDNIGHT
Resepi versi: DayangJack
Dicuba oleh :Mas Cotek
Bahan-bahan: loyang 9x9x3
500g mentega (pure creamery butter)
200g gula halus
10 biji telur gred A
300g tepung gandum + 1 sk baking powder (ayak)
300g susu pekat manis
200g horlicks
200g seri kaya
200ml whipping cream (Emborg) atau Nestle Cream
140g browning sugar(gula hitam)
2 sk esen vanilla
Cara-cara:
– pukul mentega bersama gula hingga kembang (high speed)
– masukkan telur satu persatu sambil diputar sebati (low speed)
– masukkan esen vanilla. Sebatikan
– masukkan susu pekat. Putar lagi hingga sebati.
– masukkan horlicks. Sebatikan.
– masukkan serikaya. Putar sebati.
– masukkan cream. Sebatikan lagi.
– masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diputar.
– akhir sekali masukkan browning sugar. Sebatikan.
– tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah digris.
– hentak loyang 2 kali(hentak perlahan) supaya adunan menjadi rata. Tutup permukaan loyang dengan plastik dan ikatkan kelilingnya dengan tali. (Guna kertas foil pun ok)
– kukus dengan api sederhana selama 2 jam atau hingga masak. (Pastikan pengukus sudah dididihkan airnya terlebih dahulu)
Nota:
*DJ menggunakan gabungan salted dan unsalted butter.
*gunakan telur yang segar dan buangkan tali pusatnya.
*tak letak baking powder pun ok.
*kek ini sedap, lembut dan lemak-lemak manis rasanya. Boleh bertahan sehingga sebulan jika disimpan dalam fridge.
kredit resepi kepada Mas Cotek via RESEPI MAMA KENT