Resepi Kek Carrot (Sedap Jadi Teringin)
Mencari resepi kek untuk jamuan raya nanti? Mak mertua request buatkan kek untuk jamuan raya? Jangan bimbang resepi ya. Kami sediakan resepi kek carrot untuk anda.
Percayalah, resepi kek carrot kali ini mesti berjaya tambat hati dan citarasa tetamu. Caranya penyediaan amat mudah. Anda mesti tidak sabar ingin cuba.
CikPuan SitiMasitah berkongsi resepi kek carrot di laman Facebook. Yang awal mulanya resepi ini jadi rahsia memikat hati mertua, sekarang ramai pula yang cubakan. Selain ianya sedap, kek carrot dihias dengan amat cantik dan yakin. Tengoknya pun rasa tergoda hati.
Kek carrot sesuai untuk jamuan raya, majlis hari jadi dan hidangan pencuci mulut dalam majlis rasmi. Semestinya tetamu suka dan enggan menolaknya.
Resepi Kek Carrot
Bahan A :
- 4 biji telur saiz A,
- 1 ½ cawan minyak jagung Mazola,
- ¾ cawan gula perang,
- ½ cawan gula castor,
- 2 sudu teh esen vanilla,
(Blender atau mixer semua hingga kembang).
Bahan B :
- 2 cawan tepung naik sendiri,
- 1 sudu teh soda bikarbonat,
- 1 sudu teh cinnamon powder (optional),
(Semua bahan diayak).
Bahan C :
- 2 cawan carrot yang diparut.
Cara-cara :
- Campurkan bahan A dan bahan B dalam mangkuk besar, kacau sebati.
- Kemudian masukkan bahan C. Kacau rata.
- Jika suka, boleh tambah 1 cawan kacang walnut cincang atau kismis hitam.
- Panaskan oven 10 minit terlebih dahulu. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dan alas dengan baking paper. (Saya guna loyang saiz 8 x 8).
- Kemudian bakar selama 50 minit atau sehingga masak pada suhu 175° C.
Topping Cream Cheese :
- 250 gram cream cheese tatura,
- ½ cawan susu pekat,
- Sedikit perahan jus lemon.
(Pukul hingga sebati guna mixer). - Potong kek siap-siap sebelum letak topping creamcheese.
- Sedia dihidangkan.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi kek carrot, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.