Resepi Kek Apam Susu (Birahi Dibuatnya)
Ramai orang cari hidangan kek pencuci mulut berbahan mudah. Perkongsian kali ini kami akan tuliskan resepi kek apam susu gebu. Sedap sangat kudapan minum petang satu ini.
Kek apam susu dibuat menggunakan tepung gandum, telur, esen vanilla, ovalette, gula dan telur. Bahan-bahan tersebut dibuat jadi doh yang lembut dan moist. Kek apam susu bercirikan kek yang berwarna-warni. Cara buat kek jadi banyak warna itu adalah dengan memberi pewarna pada doh. Lagi banyak warna, lagi cantik.
Wanie Ramli Ramli berkongsikan resepi kek apam susu gebu dan cantik di laman Facebook. Tidak dinafikan lagi siapapun yang nampak kek ini mesti terus birahi dibuatnya. Tanpa tunggu lama, ayuh buat kek apam susu sekarang.
Resepi Kek Apam Susu
Bahan-bahan :
- 4 biji telur gred A,
- Susu pekat 4 sudu besar,
- Gula 1 cawan (boleh kurangkan jika tidak suka manis sangat),
- Esen vanilla 1 sudu teh kecil,
- Ovelette 1 sudu besar,
- Tepung gandum 2 cawan diayak.
Cara-cara :
- Blend telur, susu, gula, esen vanilla dan ovelette sampai kembang.
- Kemudian tuang ke dalam bekas dan masukkan sedikit-sedikit tepung gandum yang diayak tadi. Kacau sehingga sebati.
- Asingkan dalam 3 atau 4 bekas. Warnakan ikut warna kesukaan.
- Masukan dalam loyang secara selang seli untuk dapatkan corak seperti gambar.
- Panaskan periuk kukus sehingga air mendidih. Kemudian kukus selama 40 menit atau sehingga masak.
- Jangan lupa sapukan marjerin pada loyang. Untuk elakkan kek melekat pada acuan.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi kek apam susu, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.