Resepi Kailan Ikan Masin Sama Macam di Kedai Thailand!

Resepi kali ini ialah kailan ikan masin, menu yang cukup mudah nak buat. Selalunya ikan masin yang sering digunakan dalam menu ini ialah ikan masin tenggiri. Tapi jika anda ingin menggantikan dengan ikan masin yang lain juga boleh mengikut citarasa masing-masing.

Menu yang popular di kedai ini adalah menu yang paling mudah nak buat, kalau anda tiada idea menu sayur boleh lah cuba resepi ini, tak perlu lagi nak ke kedai jika anda teringin. Jom kami kongsikan resepi kailan ikan masin untuk anda cuba.

Resepi Nasi Goreng Kailan ikan Masin

Resepi pertama ini adalah nasi goreng kailan ikan masin. Buat penggemar nasi goreng jom cuba resepi nasi goreng ini yang dikongsikan oleh Ariff Budiman Zainal Abidin ini, Kalau tengah goreng nasi ini pasti semerbak bau harum ikan masin, tak sabar rasanya nak makan!

Bahan-bahan

  • Sepinggan nasi
  • 3 biji cili padi – di tumbuk
  • Sepokok kecil sayur kailan – di potong2
  • Ikan tenggiri masin ( ikan lain tak wangi )
  • Telur sebiji

Cara Penyediaan

  1. Goreng ikan tenggiri hingga garing ( jangan guna minyak lama )
  2. Masukkan nasi dalam minyak yang di goreng. Sambil goreng hancurkan ikan
  3. Masukkan cili padi dan kailan. Terus goreng
  4. Pecah telur dalam nasi. Gaul dan goreng
  5. Masukkan secukup rasa dan makan.

Resepi Sayur Kailan Ikan Masin Tenggiri

Resepi berikutnya ialah resepi yang cukup popular kalau makan di kedai Thailand. Dengan kerangupan sayur kailan dan ikan masin tenggiri memang sesuai. Jom cuba resepi dari Julianna Mariska.

Bahan-bahan

  • Satu ketul ikan masin (potong sederhana kecil)
  • Sayur kailan
  • 2 ulas bawang merah (di hiris halus)
  • 1 ulas bawang putih (di ketuk ketuk)
  • 1 sdb sos tiram/gula
  • 1/2 cawan air masak
  • Limau nipis
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak.
  2. Kemudian goreng ikan masin sehingga garing.
  3. Tepikan. Masukan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  4. Kemudian masukan sos tiram dan juga air masak dan gula sedikit.
  5. Dan masukan sayur kailan dan ikan masin goreng sehingga sayur sedikit layu.
  6. Angkat selepas sayur kailan jadi hijau layu. Perahkan sedikit limau nipis.

Resepi Kailan Ikan Masin Gelama

Kali ini resepi ikan masin digantikan pula dengan ikan gelama. Sesekali mencuba ikan masin lain pun tak salah kan? Ada yang minat ikan masin gelama ini lagi-lagi bila makan dengan nasi panas. Resepi ini dikongsi oleh Umie Zulaiqah.

Bahan-bahan

  • Bawang putih 3 ulas tumbuk
  • Ikan kering gelama basuh potong kecik goreng skali
  • Masuk sos tiram 3 sudu
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Air

Cara Penyediaan

  1. Cili api ketuk ikut nak banyak mana.
  2. Masukkan batang kailan.
  3. Dah layu sikit masuk sayurnya,
  4. Kacau 2 minit api perlahan.
  5. Tuang dalam mangkuk dan tabur bawang goreng.

Resepi Baby Kailan Ikan Masin

Ada sesetengah orang yang gemar dengan baby kailan, mungkin kerana saiz yang lebih kecil dan mudah untuk masak. Resepi baby kailan ini ditulis oleh Fauzi Karim.

Bahan-bahan

  • 2 btg Pokok kailan (saya suka guna baby kubis / kailan, nak guna kailan biasa pun boleh)
  • 1 potong Ikan Tenggiri Masin (tenggiri jeruk)
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit Minyak
  • 1 senduk air
  • 2 biji Cili padi
  • Sedikit bawang besar – potong hipis
  • Cili merah besar – potong serong
  • 3 Hiris carrot potong bulat – kemudian potong panjang

Bahan kuah

  • 1 sb Kicap sotong
  • 1 sk gula
  • Secubit aji
  • 1 sb sos tiram

Cara Penyediaan

  1. Tumis bawang putih, masukkan ikan masin, cabai melaka. Kemudian masukkan air dan kacau.
  2. Masukkan bahan kuah, guna api besar.
  3. Masukkan bawang, cili potong. Kemudian kailan kacau dan siap.

Resepi Menarik Yang Lain

Semoga dengan perkongsian resepi dapat memberi idea untuk anda. Banyak lagi resepi yang mudah untuk anda cuna telah kami sediakan, Terima kasih kerana sudi singgah di laman web kami.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *