ITALIAN RAINBOW CAKE
ITALIAN RAINBOW CAKE- sumber internet & olahan sendiri
Bhn A:
400g butter
250g gula (castor)
1tbsp ovallete
1 ½ tsp vanilla
7 biji telur (Gred A)
Bhn B:
370g tepung superfine
2 tsp baking powder
60g serbuk horlick
Bhn C:
70g susu cair/fresh milk
Cara:
1. Masukan semua bahan A kecuali telur( yang di masukkan satu persatu)
2. Pukul adunan A sampai kembang, putih dan gebu
3. Masukkan adunan B berselang seli adunan C. Kacau hingga sebati
4. Bahagi kepada 6 bekas. Masukkan 6 warna pelangi. Selepas itu masukan ke dalam 6 loyang saiz 9 inci yang telah di glis dan dilapik kertas minyak.
5. Bakar pada suhu 170-180’c selama 20 hingga 30 minit. (jangan lama lekang sikit dari Loyang tandanya sudah masak)
6. Lapiskan kek dengan Italian buttercream. Hias ikut kreativiti masing-masing
ITALIAN BUTTERCREAM
A
200gm gula castor
100ml air
B
3 biji telu putih ( gred A)
C
400 g krimwell & 100g shortening
Cara-cara
1. Masak bahan-bahan A sehingga mencapai suhu 220 darjah. Cara lain menentukan gula sudah sampai ke suhu 220 – ambil garfu celup ke dalam adunan. (Jika air gula melekat dan boleh dihembus dan membentuk belon bolehlah diangkat)
2. Sementara menunggu air gula masak, putar putih telur sampai kembang. Biar air gula masak, terus masukan ke dalam putih telur
3. Terus pukul adunan sampai sejuk ( gunakan whisker)
4. Apabila adunan sejuk, tukar kepada pemukul K beater. Masukan krim well sedikit demi sedikit . Putar sehingga teksturnya Nampak licin
kredit resepi kepada Ummu Irah Ezzaty via #MAHN