Resepi Grilled Salmon with Herbs (Resepi Orang Diet)

grill-salmon-with-herb

Anda mencari resepi untuk berdiet? Atau mungkin anda ingin mengamalkan gaya pemakanan yang lebih sihat? Hari ini kami berikan kepada anda, resepi grilled salmon with herbs.

Resepi ini mempunyai bilangan kalori yang amat rendah, ianya juga amat sesuai buat mereka yang mengamalkan diet khas seperti diet atkins. Rasanya juga amat lazat, terus memecahkan spekulasi orang kita yang mengatakan bahawa makanan diet tidak sedap.

Resepi ini dikongsikan oleh Makcik Ratu di laman Facebook milik beliau dan mendapat banyak perkongsian. Tanpa membuang masa, jom tengok!

Resepi Grilled Salmon with Herbs

grill-salmon-with-herb
image via Facebook

Bahan – bahannya:

  • Ikan salmon
  • 1-2 sdb black pepper yang berbiji halus dalam botol
  • 1 sdb oregano powder/mixed herbs
  • 5 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 sdb black pepper
  • 2 sdb butter
  • 2 sdb minyak jagung/zaitun

Cara – cara penyediannya:

  1. Rendam ikan salmon di dalam jus lemon buat seketika. Kemudian basuh dan lap kering dengan kitchen towel.
  2. Kemudian lumur dengan 1-2 sdb black pepper yang berbiji halus dalam botol, 1 sdb oregano powder/mixed herbs, 5 ulas bawang putih dicincang halus, dan tambah 1 sdb black pepper. Perap.
  3. Panaskan magic pan dan masukkan 2 sdb butter dan 2 sdb minyak jagung/zaitun jika ada. Api perlahan sahaja.
  4. Masukkan ikan yang diperap tadi dan bakar anggaran 6-8 minit sebelah. Apabila sudah masak sebelah alihkan perlahan-lahan supaya ikan tak hancur.
  5. Boleh dihidankan bersama tomato cerry, brocoli, carrot yang direbus.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *