Resepi Fudgy Brownies (Lembab Dan Tak Kering)
Kali ini kami akan berkongsikan resepi fudgy brownies, resepi yang ramai dicari oleh para penggemar brownies.
Fudgy brownies, berasal dari kata fudge ialah jenis brownies yang dimasak sehingga kering, tepi kek sedikit menyusut dari loyang namun bahagian tengah brownies masih sedikit liat dan lengket, tetapi akan segera mengeras apabila kek sejuk.
Danish Harraz berkongsikan resepi fudgy brownies di laman Facebook. Yang sudah mencuba mesti tahu bagaimana mudah dan sedapnya. Kanak-kanak mesti suka sangat. Bahkan orang dewasa pun suka. Fudgy brownies yang mewah menggoda sesuai untuk hidangan pencuci mulut istimewa.
Resepi Fudgy Brownies Coklat
Bahan-bahan :
- (Sukatan menggunakan cawan/sudu metric).
- 2/3 cawan (85 gram) tepung gandum,
- 142 gram unsalted butter, suhu bilik,
- 2 biji telur gred A,
- ¾ cawan (155 gram) gula putih,
- 200 grams dark/semi sweet chocolate chips atau baking chocolate, dicairkan.
- ¼ sudu teh garam halus (skip jika guna salted butter),
- 2 sudu teh vanilla extract,1 sudu besar unsweetened cocoa powder (untuk tutorial ini, danish guna unsweetened van houten),
- 2 sudu besar air suam dicampur dengan 1 sudu teh instant coffee powder, larutkan.
(Boleh tambah kekacang atau chocolate chunk untuk topping jika suka).
Cara-cara :
- Preheat oven pada suhu 160°C. Alas baking tray bersaiz 8×8 dengan baking paper, ketepikan.
- Ayak bahan kering iaitu tepung gandum, cocoa powder dan garam halus dalam 1 bekas, ketepikan.
- Dalam bekas lain, whisk gula dan butter hingga fluffy.
- Masukkan telur, kacau rata dan masukkan vanilla extract dan bancuhan coffee. Kacau lagi hingga semua sebati.
- Masukkan melted chocolate, kacau hingga rata dan diikuti dengan bahan kering, kacau sebati tapi jangan over mix.
- Tuangkan adunan dalam baking tray dan bakar selama 35 minit (terpulang pada jenis oven) atau sehingga tiada cecair melekat pada tooth pick, kecuali brownies crumb.
- Pastikan tidak terlebih bakar ya kerana Brownies ini fudgy jadi hasilnya akan lembab, tidak kering.
- Sejukkan sebentar dan alihkan ke rak dan biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong untuk mengelakkannya berderai.
- Kemudian bolehlah dinikmati dengan secawan tea atau coffee tidak bergula.
- Simpan dalam bekas kedap udara dengan suhu bilik.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi fudgy brownies, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.