Resepi Dendeng Daging Hitam (Sedap Menyelerakan!)
Dendeng Daging Hitam merupakan hidangan klasik yang amat sedap dan sesuai dimakan dengan nasi putih. Ianya merupakan hidangan yang mempunyai banyak langkah yang perlu diikuti, akan tetapi, pasti anda akan kagum dengan hasilnya apabila sudah siap.
Walaupun ianya mempunyai banyak langkah, ianya mempunyai bahan yang mudah untuk didapati. Anda juga boleh menyediakannya diwaktu majlis keraian kerana ianya digemari ramai.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Puteri Shazila Zainal Abidin dan mendapat banyak perkongsian di Facebook beliau. Jom kita tengok!
Resepi Dendeng Daging Hitam
Bahan – bahan:
- Bawang besar 3-4 biji
- Bawang putih 4-5 ulas
- Halia (besar 2 ibu jari) 😁
- Belacan (besar 3 ibu jari) lbh pn ok..lg sedap
- Cili kering blend (3-4 senduk)
- Kicap manis (agak – agak untuk dpt wrna gelap) 100-150g
- Asam jawa 30g
- Gula
- Daging 1kg – rebus (potong nipis ikut urat – selepas rebus)
Cara – cara memasak:
- Kisarkan bawang putih, bawang merah, halia dan belacan.
- Tumis sehingga garing.
- Masukkan cili blend, tumis lagi sampai garing dan masukkan gula secukup rasa (pastikan betul – betul garing dan naik bau) -kesedapan dendeng pada garingnya cili tu.
- Masukkan air sikit. Jangan banyak. Sebab nanti nak masuk air asam jawa dan air rebusan daging.
- Masukkan daging, gaul rata.
- Masukkan air rebusan daging.
- Tuang kicap lemak manis. Kalau suka hitam, lebihkan. Kalau nak nampak merah2 sikit, kurangkan kicap. Tuang sikit – sikit. Takut terlebih masin.
- Bila dah agak kering, masukkan air asam jawa.
- Biar atas dapur sampai air agak kering dan daging bersalut.
- Siap untuk dimakan. Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!