Daging masak hitam
Daging Masak Hitam ini merupakan signature dish almarhum bonda akak dan menjadi kegemaran ahli keluarga kami.. dulu arwah mak selalu masak lauk ni time perayaan dan juga kenduri.. bahannya tak banyak dan cara masak juga mudah.. walaupun semasa sihatnya pernah meniaga dan mengambil tempahan, arwah mak tak pernah kedekut berkongsi resipi2 menarik dengan yang lain.. mudah2an pahala berkongsi resipi ini mengalir pada arwah mak selagi ada yang mendapat manfaat darinya..
Daging Masak Hitam
Resipi Signature Almarhum Bonda Saya
Done by: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
Bahan-bahan:
3 kg daging
1 kg bawang besar – kisar
2 inci halia – kisar
1/4 botol kicap pekat
1 biji kelapa – ambil santannya
15 tangkai cili kering – kisar
Gula merah secukup rasa
Garam jika perlu
Bahan tumis:
Bawang merah – dimayang halus
Bawang putih – dimayang halus
Daun kari
Cara membuatnya:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga garing.
Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik minyak.
Masukkan santan, daging, gula merah, kicap dan air secukupnya.
Masak hingga daging empuk dan kuah pekat. Tambahkan garam jika perlu.
Selamat Mencuba 🙂
kredit resepi kepada Mufidah Abdul Hadi Alyunusi via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)