Resepi Daging Burger Homemade (Lagi Sedap Buat Sendiri!)
Burger dan Rakyat Malaysia memang tak boleh dipisahkan. Ianya telah menjadi sebahagian daripada kita. Selalunya, kita akan membelinya di luar ataupun membeli burger segera di pasaraya berdekatan kan?
Kali ini kami bawakan resepi daging burger homemade yang tiada bahan pengawet dan pastinya lebih sihat. Daging burger homemade ini juga akan menjadi lebih lazat jika disediakan sendiri kerana anda boleh menyedianya mengikut selera anda.
Resepi ini dikongsikan oleh Aiezan Shaarie dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial tau!
Resepi Daging Burger Homemade
Bahan – bahan:
- 1/2 kg daging hancur: guna prosessor/blender (kalau guna blender nanti tambahkan tepung gandum sesudu besar dan tepung ubi 1 sudu besar)
- Separuh biji bawang holland dicincang halus
- 1 sudu kecil lada hitam yang dihancurkan
- 5 ulas bawang putih dicincang halus
- 1 cawan serbuk roti
- 1 biji telur
- Sedikit garam dan serbuk perasa
Cara – cara memasak:
- Gaulkan kesemua bahan sampai sebati.
- Basahkan tangan untuk memudahkan dibentuk dan bentukkan daging tadi bulat leper seperti daging burger.
- Panaskan kuali leper dengan sedikit majerin dan gunakan api kecil.
- Masakkan sehingga tekstur daging yang kita mahukan dan bolehlah dimakan bersama roti burger. Selebihnya bolehlah dialaskan setiap daging yang dibentuk dengan plastik dan boleh terus disimpan dalam freezer jika mahu.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!