❤ChocolateCheeseCakeNutella❤
Resepi yang di olah oleh saya sendiri..??
Untuk kek
Bahan A
1cawan gula
1cawan susu cair
1cawan minyak masak
1cawan koko
Stgh cwn susu pekat manis
1sdk esen vanilla
Bahan B
3biji telur
1stgh cwn tepung gandum
1sdk baking powder
1sdk berkabonat soda
Cara
Satukan bahan A masak atas api yg kecil hingga sebati..tak perlu mendidih…sejukkan sebentar.
Pukul telur hingga kembang dan berbuih kemudian masukkn bahan A kacau rata..akhir sekali masukkan tepung gndum baking powder dan berkbonat soda kacau hingga sebati dgn mixer@senduk shj..bakar suhu 170c 25minit.tuang dlm loyang 10×10 yg dilapik dengan baking paper
Apabila sudah masak..tuang pula adunan cheese bakar suhu 170c selama 10minit atau hingga masak
❤Untuk cream cheese
250cream cheese
50gm gula halus
1biji telur
1sdk esen vanilla
1sdb susu full cream
1sdb tepung gandum
Mix semua bahan hingga sebati
❤Topping sebotol kecil nutella dan choc chip
Apabila sejuk letak adunan di papan kek bahagikan kepada potongan kecil 7×7 bahagian(49potong)
Akhir sekali tuang sebotol kecil nutella di dalam piping bag dan buat langkah seperti dalam gambar..
Selamat mencuba..dan selamat berniaga kek yang super sedap ni..???
kredit resepi kepada Shahila Hanim via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Leave a Reply