Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Bulletproof Coffee (Bantu Kurus)

author name

Sejak akhir-akhir ini, kesedaran masyarakat kita tentang kesihatan makin menyerlah. Madam juga sebelum ini mengalami masalah berat. Dengan ketinggian 148cm berat madam masa tu ialah 75kg! Bayangkan membawa badan begitu berat dengan rangka badan yg kecil akhirnya menyebabkan lutut madam sakit dan pelbagai lagi masalah kesihatan.

Menyedari peningkatan berat badan yang ketara maka madam berazam untuk kurus. Tapi Madam enggan guna apa-apa produk kurus. Jadi Madam mula bina plan diet dan mangamalkan diet kalori. Sehari madam hadkan pengambilan kalori sebanyak 1500kcal sahaja.

Minggu demi minggu, bulan demi bulan akhirnya Madam berjaya kurangkan 15kg dlm masa 4 bulan, perubahan yang sgt ketara. Secara total madam dapat turunkan 20 kg dipenghujung tahun itu.

Kini selepas berjaya turun lebih 20kg, mengekalkan berat badan adalah cabaran yang paling besar. Untuk cabaran ini,Madam tak lagi amalkan diet kalori sebaliknya mengamalkan ‘intermittent fasting’ dan ‘low carb high fat’ diet. Diet ini sesuai untuk org yang berumur 45 keatas. Sebab ia boleh mengawal paras gula dan kolesterol.

‘Bulletproff coffee’ atau nama ringkasnya BPC adalah minuman tinggi lemak. Tapi lemak digunakan ialah lemak sihat, jadi dengan pengambilan BPC ini kita mampu kurangkan pengambilan karbo yang biasa kita makan diwaktu pagi. Nasi lemak, roti,roti canai dan kuih muih ialah makanan yang sangat tinggi gula. Walaupun karbo diperlukan untuk tenaga ,tp bila ia diambil berlebihan ia akan menyumbang pada kenaikan berat badan.

Jadi sebelum Madam menyambung celoteh madam ini,mari kita lihat bahan-bahan BPC dulu.

Bahan-bahan

  • Espresso double shoot / Nescafe/Essenso  gold 1 sk(bancuh dgn suku cawan air panas)
  • 2 sudu besar whip cream
  • 1 sudu besar unsalted pure butter ( sejuk)
  • 1 sudu kecil virgin coconut oil (VCO)

Kaedah

  • Campurkan whip cream,butter dan vco dalam periuk kecil. Panaskan hingga berasap,jangan biarkan ia mengelegak. Kemudian bancuh guna milk frother atau gunakan blender.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan krim ini kedalam espresso . Hiasi dengan taburan koko.

Boleh dinikmati semasa intermittent fasting.

Bulletproff Cofffee yang telah dhias dengan koko.
Dengan wajah yang manis. Lukisan guna serbuk koko.

Kopi ini walaupun bahan-bahannya adalah bahan yang jarang digunakan bersama kopi.Tapi percayalah rasanya sangat sedap. Dah cuba sekali mesti ingin lagi. Jangan lupa cuba untuk resepi-resepi lain. Walaupun berdiet tapi selera anak-anak perlu dilayan juga. Setuju?

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *