Resepi Bubur Nasi Bersambal Gerenti Comfort Food Paling Lazat

bubur nasi bersambal

Bubur nasi bersambal merupakan salah comfort food yang menjadi pilihan Malaysia. Selalunya, hidangan ini akan diambil ketika demam selsema ataupun pada musim hujan. Ini kerana, bubur nasi bersambal jika diambil panas – panas pasti dapat memanaskan badan anda dan menyelesakan!

Kali ini kami bawakan resepi bubur nasi bersambal khas buat anda semua. Resepi ini amat mudah untuk disediakan dan rasanya juga sangat lazat. Cara pembuatannya juga seperti bubur nasi biasa akan tetapi, sambal cili kering itulah penyedap bubur nasi ini! Hidangkan pula bersama dengan telur masin dan sayur kangkung, gerenti tak cukup semangkuk!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Ct Barriah Abd Wahab dan mendapat banyak shares di laman Facebook beliau. Jom tengok resepi bubur nasi bersambal!

Resepi Bubur Nasi Bersambal

bubur nasi bersambal
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Bubur nasi:

  • Beras
  • Air
  • Kiub ayam
  • Sedikit garam
  • Santan

Sambal cili kering:

  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Udang kering
    Kesemua bahan digoreng terlebih dahulu

Cara – cara memasak:

Bubur nasi:

  1. Basuh beras, masukkan air, garam dan masak sehingga menjadi bubur.
  2. Masukkan kiub ayam dan santan.
  3. Apabila sudah sebati, tutup api.

Sambal cili kering:

  1. Sejukkan bahan yang telah digoreng terlebih dahulu.
  2. Kisar kering, masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
  3. Untuk berikan ianya lebih basah, masukkan minyak lebihan gorengan tadi dan kisar lumat.
bubur nasi bersambal 2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *