Resepi Bubur Ayam ala MCD Versi Mesra Ekonomi Sesuai Buat Ramai Ramai

bubur-ayam-mekdi

Bubur Ayam Ala McD amat popular di Malaysia sebagai salah satu ‘comfort food’. Ianya kerana rasanya yang lazat, dan sesuai dimakan ketika demam ataupun cuaca sejuk. Namun begitu, jika hendak membelinya dalam kuantiti yang banyak pasti menelan kos juga. Oleh itu, kali ini kami bawakan resepi bubur ayam ala McD yang boleh anda sediakan sendiri.

Resepi Bubur Ayam ala McD ini amat lazat dan rasanya seakan – akan sama dengan yang original. Oleh itu, bolehlah anda menyediakan resepi ini buat ahli keluarga anda pada bila – bila masa. Ianya juga sesuai untuk dimakan oleh semua golongan masyarakat tau. Selain itu, resepi ini juga mudah untuk disediakan.

Resepi ini dikongsikan oleh Ibu Uwais-Ameenah dan mendapat banyak respons positif daripada para netizen. Jom tengok!

Resepi Bubur Ayam ala MCD

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1/4 ayam
  • 2 pot beras
  • Halia (dihiris)
  • 2 sudu besar stok ayam
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • Garam secukup rasa
  • Air
  • Bawang goreng
  • Daun bawang
  • Cili merah
  • Lada sulah

Cara – cara memasak:

  1. Tanakkan beras bersama air, halia dan ayam.
  2. Masukkan kiub ayam dan garam.
  3. Apabila ayam sudah masak, keluarkan ayam.
  4. Teruskan memasak beras sehingga hancur.
  5. Masukkan minyak bijan dan masak bubur tersebut.
  6. Kacaukan bubur selalu supaya tidak hangit.
    Anggaran bubur akan masak dalam masa satu jam 15 minit.
  7. Siat isi ayam dan masukkan ke dalam bubur.
  8. Hidangkan bersama daun bawang, bawang goreng, cili merah dan lada sulah.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *