Resepi Biskut Cornflakes Madu Best Sangat Kalau Buat Kudap Kudapan
Biskut cornflakes madu, siapa sahaja tidak mengenalinya kan? Salah satu hidangan kuih raya yang wajib ada semasa musim perayaan. Pergi sahaja rumah sesiapa pun, biskut cornflakes madu pasti terdapat di bekas kuih raya. Ianya amat popular oleh kerana rasanya yang amat lazat dan rangup.
Namun begitu, anda juga boleh menyediakan biskut cornflakes pada bila – bila masa. Rasanya yang lazat sesuai untuk dijadikan kudap – kudapan. Ianya juga pasti menjadi penyelamat kepada tetamu yang datang secara tiba – tiba. Sekurang – kurangnya, anda boleh menghidangkan biskut ini kepada para tetamu dahulu! Cara pembuatan corflakes madu ini amat mudah. Oleh itu, anda boleh menyediakannya sendiri. Jom kita tengok resepi ini!
Resepi ini dikongsikan oleh Naz Reen dan mendapat banyak shares, likes serta komen positif di media sosial.
Resepi Biskut Cornflakes Madu
Bahan – bahan:
- 125g mentega
- 100g madu
- 2 sudu besar gula (terpulang kalau suka manis boleh letak 3 sudu)
- Ceri merah & hijau (tak letak pun tak apa)
- 300g cornflakes
Cara – cara memasak:
- Panaskan mentega dalam kuali.
- Apabila sudah cair, masukkan madu dan gula. Kacau sehingga gula larut.
- Masukkan ceri dan kacau sekejap. Matikan api.
- Tuangkan ke dalam mangkuk cornflakes dan gaul rata.
- Masukkan ke dalam papercup dan hias.
- Bakar pada 170C selama 10 minit.
- Sejukkakn dan simpan dalam balang.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!