BAWAL GORENG CILI THAI

BAWAL GORENG CILI THAI
Tengah cari penawar asma/semput/lelah?
Boleh cari disini ➨➨ Penawar Asma, Semput dan Lelah

Bahan-bahan:

2 ekor ikan bawal sederhana besar. Disiang dan diperapkan dengan garam dan lada sulah.
2 labu bawang merah yang sederhana besar.
4 biji cili kering- dua bahan ini dimesin halus.
Sedikit hirisan nanas – boleh guna nanas dalam tin, saya ada yang segar saja.
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
3 sudu sos cili Thai
Garam dan gula secukup rasa.

Bahan hiasan:
Bawang besar potong
Cili benggala hijau dan merah potong- takde pun tak apa, boleh ganti ngan cili biasa.
Buah tomato potong-tak ada pun tak apa.

Cara:

1. Goreng ikan. Siap ketepikan.
2. Guna minyak lepas goreng ikan tadi untuk tumis bahan mesin.
3. Masukkan terus sedikit garam dan gula. Tumis hingga garing/naik minyak.
4. Masukkan semua sos tiram, sos cili dan cili Thai beserta hirisan nanas.
5. Tumis hingga naik minyak.
6. Masukkan air untuk sebanyak mana kuah yang anda suka. 6. Kacau hingga mengggelegak.
7. Masukkan sayur potong tadi. Rasakan masin manis dan masamnya.
8. Kalau dah sedap, masukkan ikan bawal. Siap.
.
Share Supaya Tak Hilang.
Sila Comment “Mohon Share” dan tekan Share

Leave a Comment