Resepi Ayam Panggang Manis (Sihat dan sedap!)

ayam-panggang-manis

Pastinya anda terliur jika melihat ayam panggang semasa anda berjalan-jalan di pasar malam bukan? Pada kali ini kita akan kongsikan resepi ayam panggang manis supaya boleh dijadikan panduan untuk anda yang mahu mencubanya sendiri di rumah.

Pasti anda tidak sangka bukan cara penyediannya tidaklah begitu rumit, tetapi akan memakan sedikit masa kerana anda perlu memerap ayam bersama bahan-bahan tertentu. Tetapi, berbaloi bukan apabila kita dapat merasa air tangan kita sendiri.

Rosma Ros telah kongsikan resepi ayam panggang manis ini di laman sosial Facebook miliknya. Mari kita lihat bahan-bahan dan cara penyediannya.

Resepi Ayam Panggang Manis

ayam-panggang-manis
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Ayam seekor

Bahan kisaran:

  • 3 biji bwg merah/ sebiji bwg besar
  • 5 ulas bwg putih
  • Seinci halia
  • 3 btg serai
  • Satu sudu jintan manis
  • 1/2 sudu jintan putih
  • Satu sudu ketumbar
  • Lada hitam satu sudu
  • 10 biji cili kering rebus buang biji.
  • Sedikit minyak

Bahan sos

  • 2 sudu besar penuh tinggi sos bbq
  • 1 sudu penuh sos tiram
  • 2 sudu penuh sos lada hitam
  • 2 sudu kicap manis
  • Satu sudu sos cili
  • 2 sudu madu/ gula merah
  • Garam
  • 1 sudu pati ayam

Cara – cara memasak:

  • Perap kesemua bahan dengan ayam.
  • Perap sekurang – kurangnya satu jam. Lebih lama lagi sedap.
  • Masukkan ayam dan kuahnya sekali kedalam ketuhar.
  • Tunggu ayam masak dan siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *