Resepi Ayam Masak Pandan Aroma Harum Yang Memikat

Ayam masak pandan adalah salah satu hidangan yang popular dalam masakan melayu. Hidangan ini menggabungkan tekstur ayam yang lembut dengan aroma harum dan sedap dari daun pandan yang digunakan sebagai bahan utama dalam menu ini.

Cara penyediaan ayam masak pandan agak mudah, tetapi ia mengambil sedikit masa bagi memastikan ayam dimasak dengan sempurna. Hidangan ini biasanya disajikan dengan dalam bentuk kecil, ayam yang kecil dibalut bersama daun pandan dengan kemas, Jom kami nak kongsikan resepi ayam masak pandan ini,

Resepi Ayam Pandan

Daun pandan memang mempunyai aroma yang menarik kan, nak lagi apabila dah dimasak memang boleh memikat selera. Masak pula bersama ayam lagi bertambah selera, Resepi ayam masak pandan ini ditulis oleh Zainab Abd Manan.

Bahan-bahan

  • 300 gm isi ayam potong kecil
  • 10 ulas bawang putih cincang
  • 1 labu bawang besar cincang
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu serbuk lada hitam
  • 3 sudu paste tomyam
  • Sebatang daun ketumbar hiris halus
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Cili flake
  • Garam dan serbuk secukup rasa
  • Daun pandan

Cara Penyediaan

  1. Ayam yang dihiris halus di gaul dengan semua bahan.
  2. Daun pandan disimpul longgar kemudian isikan isi ayam tadi hingga padat.
  3. Tarik ketat daun kemudian sematkan lidi.
  4. Goreng sekejap saja lebih kurang 5 minit.

Resepi Ayam Pandan Thai

Resepi ayam masak pandan ini juga merupakan resepi asal dari Thailand, resepi kali ini resepi asli dari negara jiran kita, dikongsi oleh Afni Octavia.

Bahan-bahan

  • Ayam
  • Daun pandan
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • Serai*
  • Daun limau purut*
  • Lada putih*
  • Biji Ketumbar*
  • Garam*
  • Sos tiram*

Cara Penyediaan

  1. anYg bertanda * kena blend.
  2. Perap dengan ayam dalam 3-5 jam.
  3. Baru balut dengan daun pandan dan goreng.

Resepi Ayam Pandan Berempah (Air Fryer)

Resepi ini lagi menggunakan air fryer untuk memudahkan lagi kerja. Resepi ini juga sihat kerana tidak menggunakan sebarang minyak dalam masakan. Resepi sihat ini dari Adzfa Lynda.

Bahan-bahan

  • 10 ketul isi ayam, saiz sederhana
  • Garam secukup rasa
  • 4 ulas bawang putih*(blend)
  • 3 ulas bawang merah*(blend)
  • 1 inci halia*(blend)
  • 5 batang serai*(blend) -blend jangan letak air banyak sangat
  • 1 camca besar ketumbar biji (dtumbuk)
  • 1 camca teh jintan manis (ditumbuk)
  • Rempah kari ayam daging
  • 10 helai daun pandan saiz besar, cuci dan lap kering
  • 10 batang lidi pencungkil gigi

Cara Penyediaan

  1. Ayam dicuci bersih, tos kering dan cucuk dengan garfu pada seluruh bahagian ayam.
  2. Masukkan ke dalam satu bekas, gaul dengan bahan yang ditumbuk dan blend serta rempah kari, gaul rata.
  3. Tambah garam or perasa secukup rasa, gaul lagi dan perap dalam peti sejuk sekurangnya 2 jam lagi lama lagi sedap.
  4. Keluarkan ayam, ambil sehelai daun pandan, buat bentuk kon.
  5. Kemudian isikan dengan seketul isi ayam yang diperap tadi balut ikut kreatif masing-masing asalkan kemas dan cucuk dengan lidi.
  6. .Masukkan dalam Af suhu 180′ dalam 10minit or 15minit siap selamat mencuba.

Resepi Ayam Pandan Madu

Ayam pandan madu ini rasanya sama seperti ayam percik, kali ini menggunakan madu untuk menambahkan rasa manis pada ayam. Memang rasa lain dari yang lain. Resepi ayam pandan madu ini dikongsi oleh Norlidah Nordin.

Bahan-bahan

  • 5 ketul ayam (dada tanpa tulang potong nipis)
  • 5 batang Isi ketam
  • Daun pandan
  • 5 batang serai (sebab saiz kecil)
  • 1 labu bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 sdb cili blend
  • 3 sdb madu
  • 2 sdb garam buluh
  • 5 titis sweetality
  • 2 sdb santan
  • Minyak untuk menggoreng
  • Pencungkil gigi untuk sematkan isi ketam

Cara Penyediaan

  1. Semua bahan diblend sekali hingga hancur kecuali ayam, isi ketam & daun pandan.
  2. Perapkan ayam dan isi ketam 1 jam 30 minit hingga 2 jam. Lebih lama diperap lebih mesra dan lebih sedap.
  3. Bungkus ayam dan isi ketam dengan daun pandan dan goreng.
  4. Lebihan bahan perapan tu dipanaskan dan tambah setengah kotak santan. Rasa masin manisnya dan masak hingga pekat. Jadi ala-ala kuah percik.

Resepi Ayam Pandan Kukus

Jika sebelum ini ayam panda digoreng bersama minyak, kali ini resepi ayam pandan ini perlu dikukus terlebih dahulu supaya untuk mendapatkan rasa dan tekstur yang sempurna. Nanti apabila dah dikukus dan nak digoreng tak perlu lama. Resepi ini dari Faizuka Fauzi.

Bahan-bahan

  • Halia ibu jari
  • Bawang putih 3 biji
  • Garam,perisa
  • Ayam dada 3 ketul
  • Sos tiram
  • Madu
  • Minyak bijan sikit
  • Sos ikan
  • Jintan ketumbar sikit (optional)
  • Daun pandan

Cara Penyediaan

  1. Halia dan bawang putih ditumbuk.
  2. Gaul semua bahan-bahan tadi pada ayam.
  3. Perap selama 30 min.
  4. Selepas itu gulung dengan daun pandan.
  5. Kukus dalam 15 min.
  6. Boleh digoreng.

Resepi Menarik Yang Lain

Resepi ayam masak pandan ini sedap dimakan bersama nasi panas memang menyelerakan. Rugi jika tak cuba resipi ini. Banyak lagi resepi berasaskan ayam yang kami kongsikan untuk anda. Terima kasih kerana sudi jadikan laman web kami sebagai rujukan anda.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *