Resepi Ayam Masak Merah Sekali Cuba Nak Lagi
Resepi kali ini merupakan antara masakan yang berasaskan masak merah yang sangat popular dinegara kita ini. Masak merah adalah sejenis masakan yang mengabungkan cili yang dikisar bersama sos sili dan sos tomato. Gabungan ini memberi warna merah yang dijadikan nama masakan ini.
Ada pelbagai jenis lauk yang digunakan didalam masak merah ini, namun yang paling popular sudah tentulah ayam. Perkongsian kali ini akan membawa kepada anda resepi ayam masak merah yang sangat sesuai dihidangkan bersama nasi minyak atau nasi tomato. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati dikedai berdekatan.
Bahan bahan
- 1 ekor ayam – lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 sudu besar sos cili
- 60 ml santan
- 250 ml air
- 3 biji tomato – belah 4
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak utk menumis
- 4 biji bawang besar
- 5 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 1 senduk besar cili kisar
- 3 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 1 sudu besar sos cili/tomato
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.
- Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak.
- Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan seketika.
- Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai dan sos cili.
- Masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.
- Masukkan buah tomato dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.
- Jika suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau nasi tomato.
Selain dari menggunakan santan anda juga boleh menggunakan susu cair. Bahan ini ditambah bagi menaikkan lagi rasanya. Begitu juga ada sesetengah orang menambah kacang pea yang didalam tin sebagai menaikkan warnanya. Saya memilih untuk tidak letak kacang hijau kerana anak-anak tidak suka. Terpulanglah pada citarasa anda untuk menyediakan masakan yang amat sedap dan digemari ramai ini. Selamat mencuba!
Resepi Menarik Lain
Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!