Kumpulan 10 Resepi Ayam Goreng Pedas (Rangup Luar Berjus Dalam)

Siapa suka makan ayam goreng pedas? Mari sini.

Ayam goreng pedas merupakan hidangan yang sempurna untuk pencinta makanan pedas dan rangup. Lapisan luar yang garing dan isi ayam yang berjus. Ayam diperap dengan campuran rempah seperti serbuk cili, bawang putih, dan halia. Kemudian, ia disalut dengan tepung berempah dan digoreng dalam minyak panas. Teknik menggoreng yang betul akan mengekalkan kerangupan ayam dan berjus di dalam.

Jika anda sukakan rasa yang lebih pedas, tambahkan lebih banyak serbuk cili atau cili padi yang dikisar dalam perapan. Untuk mereka yang menggemari rasa pedas yang seimbang, campuran madu atau sos tomato boleh digunakan untuk memberikan sedikit rasa manis yang melengkapkan kepedasan ayam goreng. Anda juga boleh menambahkan pelbagai jenis sos sampingan seperti sos bawang putih atau sos keju untuk memberikan kelainan pada hidangan.

Jom cubakan 10 resepi ayam goreng pedas dari laman Facebook. Sekali cuba, pasti mahu lagi dan lagi, rangup, dan berjus dan menjilat jari!

Ayam Goreng Pes Pedas Ala korea

Imej via Facebook

Siapa sini suka perap ayam guna yogurt macam Zurina Zulkefli? Sebelum digaul dengan tepung, perap dulu ayam guna yogurt original, lebih senang berbanding guna susu. Tepung pun lebih mudah melekat pada ayam. Tepung pula guna tepung beras dicampur tepung jagung, sebab kalau guna dua tepung ini memang dijamin rangup. Guna sos korea bumiputra Aroma Saji. Sangat sedap dan wangi, mengikut citarasa Melayu. Tapi awas, sos ini sangat pedas.

Bahan-bahan :
  • Ayam bahagian kepak, dibersihkan dan dipotong dua.
  • Satu botol yogurt original.
  • Tepung beras dan tepung jagung.
  • Serbuk lada sulah dan lada hitam.
  • Pes pedas korea.
  • Serbuk cheese Saudagar Rasa.
  • Minyak masak.
Cara-cara :
  1. Taburkan serbuk lada sulah dan lada hitam untuk perasakan daging ayam.
  2. Kemudian masukkan sebotol yogurt.
  3. Gaul sebati dan perap selama 5 minit.
  4. Di dalam mangkuk lain, masukkan 1 cawan tepung beras bersama 1 sudu besar tepung jagung. Tepung digaul sebati.
  5. Kemudian salutkan ayam yogurt bersama tepung.
  6. Panaskan minyak masak separuh penuh ke dalam kuali dan masukkan ayam. Goreng sehingga ayam bertukar garing dan keemasan. Bila sudah masak, boleh angkat dan letak ke dalam mangkuk.
  7. Tuangkan 4 sudu besar sos pedas korea ke atas ayam goreng dan gaul sekata.
  8. Bancuh serbuk cheese dengan air panas.
  9. Sesudah bancuh, boleh tuang ke atas ayam pedas korea tadi.
  10. Gabungan pedas korea dan cheese memang menyelerakan.

Ayam Goreng Pedas Thai

Imej via Facebook

Resepi ini dapat daripada tukang masak di restoran siam. Dia tidak sama macam ayam paprik atau ayam sambal. Kalau sudah bosan makan ayam goreng/ayam kicap/ayam sambal, boleh cuba ayam masak Thai pula. Makan dengan nasi putih panas-panas, memang bertambah nasi. Resepi dari Nor Farah Atika di Laman Facebook.

Bahan-bahan :
  • Ayam dipotong kecil-kecil,
  • Cili kisar 2 sudu besar,
  • Sebiji bawang merah,
  • 3 ulas bawang putih,
  • Halia besar ibu jari,
  • Sos tiram 2-3 sudu besar,
  • Air secukupnya,
  • Sos cili 2-3 sudu besar,
  • Sos ikan 1 sudu besar,
  • Carrot,
  • Daun limau purut 4 helai,
  • Cili api 5 batang (kalau suka pedas boleh lebihkan),
  • Serai 2 batang.
Cara-cara :
  1. Goreng ayam dahulu jangan terlampau garing.
  2. Selepas ayam masak, keluarkan ayam, bawa keluar sedikit minyak.
  3. Masukkan cili kisar.
  4. Kemudian masukkan bawang dan halia.
  5. Masukkan sos tiram.
  6. Air sedikit, kalau suka berkuah kena lebihkan air.
  7. Kemudian masukkan sos cili.
  8. Terus masukkan sos ikan.
  9. Semua bahan sudah tercampur rata, boleh masukkan ayam yang digoreng tadi.
  10. Akhir sekali masukkan carrot, daun limau, cili api, dan serai.
  11. Perasakan garam dan gula.

Ayam Goreng Bon Chef

Imej via Facebook

Teringin makan ayam goreng MekDi. Sudah cuba guna beberapa jenis tepung segera di pasaran, tapi setiap jenama punya rasa tersendiri. Kali ini Aisyah Humaira cuba pula tepung ayam goreng segera Bon Chef Hot + Spicy, Akhirnya, rasa dan hasil 90% hampir sama macam ayam MekDi! Jom cuba.

Bahan perap :
  • 1 ekor ayam cuci bersih dan potong 14.
  • 1 sudu besar penuh membukit pes halia (halia yang ditumbuk/kisar).
  • 3 sudu besar penuh tepung Ayam Goreng Bon Chef (hot + spicy).
  • 2 gelas air atau secukupnya hingga tenggelamkan ayam ketika perap.
  • Satukan semua bahan kecuali ayam dan sebatikan.
  • Masukkan ayam dan perap beberapa jam dalam peti atau semalaman. (Keluarkan dari peti 1/2 jam sebelum goreng).
Bahan Salut kering:
  • Tepung Ayam Goreng Segera
Cara-Cara :
  1. Salut rata ayam yang diperap bersama tepung kering. Pakai penyepit atau sudu garfu supaya tepung tersalut rata bersama ayam.
  2. Bila salutan sudah rata , goncang ayam perlahan-lahan supaya baki tepung jatuh.
  3. Kemudian goreng dalam minyak yang banyak sehingga tenggelam keseluruhan ayam. Goreng dengan api sederhana hingga masak keperangan. Siap.

Ayam Goreng Tomyam Pedas

Imej via Facebook

Ayam goreng senang sedia menemani menu Ramadhan anda. Kalau bosan dengan resepi ayam goreng biasa, boleh cuba ayam goreng tomyam pula. Resepi dikongsikan oleh Nurul Ateekah.

Bahan-bahan :
  • Ayam 1 ekor (dipotong dan dibersihkan),
  • 5 sudu besar cili kisar,
  • 1 @ 2 paket perencah tomyam,
  • 8 batang cili padi merah,
  • 8 batang cili padi hijau,
  • 1 batang serai (dihiris serong),
  • 4 helai daun limau purut,
  • 1 biji tomato (dibelah 6),
  • 1 labu bawang besar (dipotong bulat),
  • 5 ulas bawang putih(dihiris),
  • 2 cm lengkuas (dipotong),
  • Lobak merah (tambahan),
  • ½ cawan air ,
  • 2 sudu besar sos tiram,
  • 2 sudu besar sos ikan,
  • Serbuk perasa (jika perlu),
  • Garam Dan gula (jika perlu).
Cara-cara :
  1. Masukkan minyak masak secukupnya untuk menggoreng ayam. Lumurkan sedikit kunyit dan garam pada ayam dan goreng sehingga masak.
  2. Minyak yang sama (keluarkan sedikit minyak untuk menumis bahan-bahan tomyam).
  3. Tumiskan bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut dan lengkuas. Masak sehingga naik bau dan kekuningan.
  4. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak dan pecah minyak.
  5. Kemudian, masukkan perencah tomyam, cili padi, sos tiram, sos ikan, tambahkan garam dan serbuk perasa, gaul rata.
  6. Akhir sekali, masukkan lobak merah, ayam yang telah digoreng dan air ½ cawan, biarkan ianya merenih sebentar dan sedikit kering.
  7. Angkat dan siap dihidang.

Ayam Goreng Kepak Ayam (Chinese Style)

Imej via Facebook

Kepak ayam goreng pedas rasa pedas, masin, manis, berempah. Nurul Ateekah berkongsi resepi yang sungguh lazat. Sekali makan mesti tak boleh berhenti.

Bahan-bahan :
  • 8 ketul kepak ayam,
  • 1 sudu kecil cuka,
  • 1 biji telur (putih sahaja),
  • 1 sudu besar tepung jagung,
  • 2 sudu besar tepung gandum,
  • Minyak masak.
Bahan rempah :
  • 1½ sudu kecil chilli flakes,
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih,
  • 1 sudu kecil serbuk Sichuan peppercorn,
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih,
  • 1¼sudu kecil garam,
  • ¼ sudu kecil gula,
  • 1 sudu kecil serbuk paprika.
  • P/s : Kalau Sichuan pappercorn tidak ada boleh gantikan dengan serbuk lada hitam. Campurkan kesemua bahan rempah dan gaulkan.
Cara-cara :
  1. Cuci kepak ayam sehingga bersih dan tapiskan.
  2. Sediakan 1 mangkuk besar dan masukkan kepak ayam, cuka dan 1 ½ sudu bahan rempah yang dicampurkan. Gaulkan sebati dan perapkan paling kurang 30 minit ke atas.
  3. Setelah diperap , campurkan tepung jagung, tepung gandum dan telur ke dalam ayam yang telah diperapkan tadi, gaul rata.
  4. Di dalam periuk @ kuali, goreng kepak ayam selama 10 minit. Minyak harus cukup sehingga kepak ayam dapat tenggelam. Angkat dan tapis ayam tersebut. Rehatkan kepak ayam sebentar.
  5. Panaskan minyak, kemudian masukkan semula ayam yang telah digoreng tadi ke dalam minyak yang panas dan goreng selama 3 minit sehingga menjadi warna keemasan dan rangup.
  6. Akhir sekali, angkat ayam tadi kemudian taburkan bersama lebihan bahan rempah tadi dan gaulkan sebati.

Ayam Gepuk Goreng Pedas

Imej via Facebook

Sejak sudah tahu cara buat sambal ayam gepuk, tiap-tiap hari rasa ingin buat sendiri nasi ayam gepuk. Tidak perlu pergi kedai sudah. Cuma kena gigih rebus, goreng, gesek sambal dan kacang gajus. Yang penting kena ada Kicap ABC! Baru lengkap. Resepi dikongsikan oleh Arif Eddy.

Bahan-bahan:
  • Ayam seekor kecil bahagi 4,
  • 2 inci lengkuas,
  • 2 inci halia,
  • 6 ulas bawang putih,
  • 2 inci kunyit hidup (boleh ganti kunyit serbuk),
  • 2-3 helai daun salam (bay leaf),
  • Garam dan serbuk perasa.
Cara-cara :
  1. Blend semua bahan, gaul dengan ayam, perap sebentar atau boleh terus rebus sehingga hampir kering.
  2. Kemudian toskan dan goreng ayam cukup sampai luar garing sebab isi dalam sudah masak.
  3. Potong tauhu dan tempe ikut suka, gaulkan dengan lebihan rempah rebusan dan gorengkan.
Resepi Sambal Gepuk :
  • Bawang putih,
  • Cili padi merah pedas,
  • Cili padi hijau kampung, ratio cili merah 3 : 1 cili hijau,
  • Kacang gajus (saya beli yang siap untuk makan sebab malas sangai),
  • Minyak bijan,
  • Minyak masak,
  • Garam, gula dan perasa.
Cara-cara :
  1. Tumbuk semua bahan, bila sudah tidak terlalu hancur, siram dengan minyak panas dan gaul.
  2. Kalau tidak makan pedas, boleh tumbuk gajus dan siram minyak panas sahaja.
  3. Kemudian boleh gabung dengan cili padi dan lain-lain semasa makan.
  4. Untuk kobis goreng paling senang, potong kobis kecil-kecil dan goreng sehingga sedikit kehitaman. Tidak perlu bahan lain.

Ayam Goreng Penyet Pedas

Imej via Facebook

Seterusnya resepi ayam penyet pula. Nuraini Whd Mua buat sendiri tepung salut ayam. Rasa boleh sesuaikan dengan selera.

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung beras,
  • ½ cawan tepung gandum,
  • ½ sudu baking powder,
  • 2 biji telur,
  • Serbuk kunyit,
  • Garam,
  • Air,
  • Bahan tumbuk,
  • 4 ulas bawang putih,
  • 1 sudu ketumbar,
  • 1 sudu jintan.
Cara-cara :
  1. Sangai jintan dan ketumbar, kemudian tumbuk halus dengan bawang putih.
  2. Pastikan ayam direbus separuh masak supaya masa goreng tidak lama, dan tepung pun tidak overcooked.
  3. Satukan bahan tepung dengan bahan tumbuk tadi, jangan cair sangat supaya mudah salut dekat ayam.
Bahan-bahan Sambal :
  • 8-10 batang lada merah,
  • Segenggam cili padi,
  • 1 biji tomato (buang biji),
  • 5 ulas bawang putih,
  • 2 biji bawang besar,
  • 5 biji bawang kecil,
  • 1×1 inci belacan,
  • 1 sudu gula merah,
  • 2 sudu cuka,
  • Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara :
  1. Goreng lada dan bawang hingga lembut, kemudian tumbuk atau blend pun boleh.
  2. Akhir sekali baru masukkan tomato.
  3. Sambal-sambil itu goreng belacan.
  4. Jika sudah siap tumbuk @ blend, gorengkan balik guna minyak tadi, tambahkan gula merah dan cuka, kalau suka masin boleh tambah garam.
  5. Teruskan goreng sampai garing.

Ayam Goreng Tepung Bestari

Imej via Facebook

Selama ini buat ayam goreng tepung yang pedas punya, tidak pernah rasa pedas. Macam-macam jenama tepung sudah diguna. Sekali ada tengok satu video rupanya teknik buat selama ini salah. Siti Afifah cuba buat alhamdulillah jadi tersangat. Pedas pun pedas sangat. Padahal hanya guna Tepung Bestari yang pedas sahaja.

Bahan-bahan :
  • Ayam,
  • Tepung Bestari Pedas.
Cara-cara :
  1. Bancuh tepung Bestari pedas dengan air masak (jangan terlalu pekat atau terlalu cair sangat).
  2. Untuk salutan kering, bubuh tepung ayam pedas banyak-banyak dalam bekas lain.
  3. Ambil ayam, golek-golekkan dalam tepung kering sekejap. Selepas itu masukkan dalam bancuhan tepung ayam tadi. Biarkan dia perap dalam 15 minit.
  4. Ambil ayam yang sudah diperap tadi, golekkan lagi sekali dalam tepung kering, tekan-tekan ayam agak lama sedikit bagi dia berkerinting.
  5. Goreng dalam periuk yang banyak minyak sampai ayam tenggelam sebab bagi ayam masak sekata. Masak dalam 15 minit.
  6. Angkat, toskan. Siap

Ayam Goreng Gunting Pedas

Imej via Facebook

Menu yang disediakan Syaidatul Fazreen untuk suami balik kerja. Ayam gunting pedas buat sepinggan makan sampai kenyang.

Bahan-bahan :
  • Isi dada ayam (dipotong nipis),
  • Telur,
  • Serbuk kari,
  • Serbuk cili,
  • Pasti sedap,
  • Garam/gula.
  • (Gaul semua perap@ tanak perap pon okey)
Bahan tepung :
  • Tepung ubi,
  • Garam,
  • Lada putih.
  • (Gaul semua bahan tepung).
Cara-cara :
  1. Renjiskan sedikit air dalam tepung ubi tadi, jadikan biji-biji sedikit.
  2. Boleh tepungkan ayam yang diperap tadi.
  3. Goreng dan siap.
  4. Tabur serbuk cili pedas atas ayam.

Ayam Goreng Berempah Pedas

Imej via Facebook

Walaupun tampak biasa, tapia yam gorang buatan Titin Mulyani berempah dan pedas sungguh. Resipinya sangat mudah seperti di bawah ini.

Bahan-bahan :
  • Ayam 500 gram,
  • 10 gram serbuk bawang putih,
  • 10 gram rempah perapan,
  • 2 sudu besar serbuk cili,
  • 1 biji telur,
  • 3 sudu besar tepung jagung.
Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan, kacau guna tangan hingga rempah sebati dan sekata dan diamkan 30 menit,
  2. Jika sudah, sediakan minyak baru goreng ayam hingga masak.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Ayam Goreng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan resepinya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *