Alhamdulillah… Tak habis2 anak2 puji sedap.menu paling senang Dan ringkas.
Nak diet, nak sihat boleh la cuba resepi ayam ni…
Meh akk share resepinya…
Ayam blackpaper versi Deqna Amanda Adams
1) ayam bahagian peha 5ketul
2) halia 5 keping hiris sekali kulit
3) bawang besar sebiji
4) lada hitam dalam 10biji
5) sos blackpaper Kimball
6) sos cili Kimball
7) sos tiram sikit
8) kicap jalen lemak manis(percik di akhir)
Cara2nya:
1) cuci ayam, basuh dengan tepung gandum utk hilang bau dan ayam lebih bersih. Ayam belah bagi masak dan terasa perisanya bila makan.
2) masukkan sos lada Hitam, sos chili,lada Hitam, sos tiram, halia,bawang besar.
3) perap 30minit
4) panggang ayam dalam Happycall. Nak bakar pun boleh.
5)Kuah lebih2, masuk je…
6)masukkan biji lada hitam. Last bile nak masak, percik kicap cikit. siap!!!
Mudahkan…
Bukan sahaja menu sihat. Sedap pulak tu.
Alhamdulillah….
kredit resepi kepada Deqna Amanda Adams via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Leave a Reply