Ayam Bakar Cili Salad

Ayam Bakar Cili bersama salad segar. BBQ Chicken with spicy chili sauce. Bon Appetit

Bahan2nya
4 keping peha ayam segar
1 paket salad eropah campuran
1 batang baby timun di hiris bulat
4 biji tomato ceri di potong dua

Sos cili
3 sudu besar sos cili thai manis
1 sudu teh kicap cair (ikut citarasa)
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh jus limau (ikut citarasa)
Garam dan gula secukup rasa
Kacang goreng di tumbuk kasar2 (ikut citarasa)
Air suam sedikit (jangan terlau cair sos nya)
Buat lebih sedikit untuk perap peha ayam dan untuk sos nya

Cara2nya
Perapkan peha ayam dengan sos cili nya dalam 1 jam. Sediakan kuali yang panas, panggang peha ayam, dalam 8 – 10 mints dalam api sederhana, Balik2an supaya ia tidak terbakar. Bila ayam sudah masaka dan ada tanda bakar di kulit nya angkat , sejukkan. Tepikan ayam nya, rehatkan sebentar. Kemudian letakkan ayam bakar di atas pinggan penuh dengan salad segar (ikutcita rasa), letakkan timun hiris dan tomato ceri. Tuangkan sos cili yang di sediakan, Makan bersama nasi putih.

LIKE & SHARE

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih 🙂

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *