Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Akok Panas (Lazat dan Menyelerakan!)

Resepi Akok Panas

Akok merupakan sejenis kuih yang sangat popular di negeri sebelah Pantai Timur. Menggunakan bahan yang sangat minima, akok lazimnya dibakar didalam loyang yang khusus untuknya. Pada zaman dahulu apa sahaja kuih yang dibakar, tidak dibakar didalam ketuhar. Sebaliknya ia dibakar menggunakan sabut kelapa dan arang.

Prosesnya sebenarnya amat unik, kerana ia menggunakan bara jadi ia perlu dijaga agar tidak menjadi api yang akan menghanguskan kuih yang sedang dibakar.

Bagaimanapun zaman kini berubah, kedatangan ketuhar ke negara kita memudahkan urusan membuat kuih akok atau apa sahaja kuih yang perlu dibakar.

Resepi ini telah dikongsikan oleh dan mendapat lebih daripada Lily SyaziLiff

Resepi Akok Panas

akok-panas
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 7 biji telur – (Gred A) 
  • 250 gram santan – santan kotak + air
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan air 
  • 100 gram gula Melaka – nak manis boleh tambah 1 sudu gula
  • Secubit garam
  • 3 helai daun pandan – gunting

Cara – cara memasak:

  1. Kisar gula melaka, air dan daun pandan sehingga hancur dan tapis. Tuang semula ke dalam pengisar. 
  2. Kisar sekali lagi air gula Melaka tadi dengan semua bahan lain sehingga betul betul kembang. 
  3. Panaskan ketuhar selama 15 minit pada suhu 180 C dan griskan muffin tray/acuan akok dengan minyak. Masukkan acuan ke dalam ketuhar sehingga tray agak panas. 
  4. Keluarkan acuan dan tuang adunan ke dalamnya dalam 3/4 penuh sahaja. 
  5. Bakar selama 18-20 minit atau sehingga masak. 
  6. Siap.

Resepi – resepi yang boleh anda cuba:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!